artikel menarik

Friday, November 18, 2011

falsafah kucing



Waktu malam-malam sebelum tidur, jom kita muhasabah diri sikit. Supaya hari esoknya kita boleh berubah ke arah yang lebih baik. Orang berfalsafah, kucing pun ada falsafahnya iaitu falsafah kucing. Apa teladannya? 

Inilah falsafah hidup saya~
Makanan kegemaran kucing ialah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pergi memancing atau menangkap ikan sendiri di laut. Hal itu memang tidak dapat dilakukannya. Justeru, untuk memakan ikan, apa yang kucing buat? Biasanya, aksi apa yang kucing buat untuk minta makanan? Kucing akan menggesel-geselkan dirinya pada tuannya, menunjukkan sikap manjanya. Maka dengan belas ihsan dan kasing sayang dari tuannya, maka ia diberikan ikan sebagai santapannya. 

Begitu jugalah dengan manusia. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita perlu mendekati tuan kita. Siapa tuan kita? Allah yang Maha Agung, Tuhan sekalian alam. Kita mesti mendekati, mengenali dan cubalah 'bermanja' kepadaNya. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Mungkin kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan dapat tanpa belas ihsan dan rahmat dari tuan kita. Tidak mungkin kita mendapat rezeki tanpa izinNya. 

Lihatlah bagaimana kucing dikejar dan diburu tuannya kerana mencuri. Walaupun kucing berjaya mendapatkan ikan, tetapi tuannya tidak redha dan marah padanya. Jika begitu akhirnya, apakah ada gunanya??  Renung-renungkan dan selamat beramal~

Wednesday, November 9, 2011

seluruh pulau pinang banjir !!


Pulau Pinang banjir!! Ya, itu memang betul. Dengan hujan lebatnya hampir sebulan memang tak mustahil. Tak dinafikan paras kebanjiran tu memang tinggi. Musibah ini melanda di kedua-dua bahagian iaitu bahagian pulau dan seberang. Warga luar pulau pinang agak tergamam dengan banjir yang berlaku di seluruh pulau pinang. Apa yang peliknya ialah banjir yang berlaku ini tidak melibatkan air sebaliknya banjir ini adalah kebanjiran warga asing di Pulau Pinang. 

Bagi aku sebagai warga pulau pinang, agak kurang terkejut dengan kebanjiran ni. Tapi baru-baru ni ada sorang pelajar tanya mak aku, time tu kami kat luar surau mydin (bawah BJ complex). 

Pelajar : (senyum). Err, mak cik kat sini memang ramai orang asing ke?
Mak aku : (balas senyum). Owh, dulu lagi ramai...
Pelajar : Tadi saya naik bas rapid, penuh dengan diorang ja. Bising-bising pulak, pening kepala sementara nak tunggu sampai kat BJ ni.

Lebih kurang la perbualan ni. Pelajar ni bukan orang penang, tapi kelantan. Baru masuk usm dalam 3 minggu. Itu pun dah perasan yang penang ni 'banjir'.

Kenapa diorang ramai sangat ar ?? Aku pun pernah gak dok dalam bas dan majoriti penumpang tu adalah warga asing. Kalau yang datang melancong tu tak pa la, ini yang datang dengan niat melencong, bukan melancong, mai sekali tak balik-balik dah. Bukan tak menghargai  penat lelah diorang buat bangunan sekolah la, perumahan la dan segala macam bangunan atau jadi pembantu rumah dan sebagainya, tapi kalau dari segi sosialnya pulak macam mana? Malas nak cerita panjang-panjang. Sendiri mau tau ar, masing-masing ada mata telinga semua boleh nampak sendiri apa yang jadi. 



Ada 1 situasi tu, driver bus kena tempik+sedikit makian dengan warga asing ni. Padahal dia yang tak sabar beratur nak naik bas. Dah orang ramai nak naik bas, nak masukkan duit dalam tabung lagi, nak ambik tiket lagi. Itu baru 1 situasi yang simple ja. Hmm, lama-lama kita yang rasa macam kat luar negara. Mana-mana aku pi mesti jumpa warga asing punya la. Akan datang, apa nak jadi pun tak tau la.....

*p/s : saja guna word warga asing, tak nak tujukan pada sesapa pun, faham-faham sudah, heu3~ 

Sunday, November 6, 2011

bila gambar berbicara


Bila Gambar Berbicara aka BGB

Setiap hujung minggu akan diupdate kalau tiada kekangan masa, masalah internet lombab dan sebagainya. Dalam setiap entri yang dipost, tiada lagi ayat yang panjang, merepek dan melalut sampai ke mana entah. Hanya gambar yang ada sepotong dua ayat. Semua gambar dikreditkan untuk 'Best Quotes'. Nantikan setiap entri BGB pada hujung minggu!!! 

(^^,)Y

Friday, October 14, 2011

from the bottom of my heart



Hi everybody!! this is my 2nd or 3rd entry in English if I'm not mistaken. First of all before I'm going to continue my writing, I'm not good enough in English and may be you can correct me if I'm wrong (grammar etc.). Hope that you can understand my English, ho3.. 

My roommate is packing her camping bag while i'm just lazying myself on my bed. My class for today started early in the morning, 8 am and the class only ended at 10.30 pm. So, this is the right time for letting my body a long rest, he3... So, i start thinking about my friends and him.Him is can also known as Mr. X, Y or Z. Dunno why suddenly my mind thought bout him. 


He is such innocent boy, sometimes become blur person and sometime become hyperactive (keep teasing other people) or do something nonsense. Since I got a laptop and the wireless spot is nearby, i will always sign in to my yahoo messenger. His name will appears every time i sign in. Then, after a few seconds, he will buzz me, I buzz him back and we chat until 1 or 2 am. At the same time, we are writing lab reports or doing assignments or any other work that all students done. So, we can have online discussion (15 %), another 75 % is we just talk nonsense or arguing (not really arguing). 

Nowadays, when i eat pizza or sundae, i will remember him, the person whom always pay for it, he3... He is also easy-going person, can be friends with all peoples but sure he had some peoples that he feels uneasy while with them. He scolded me once, but it's only a misunderstanding about the person he feels uneasy. But now, we are really far from each other, separated by sea and land. No more YM, eating pizza and sundae, play bowling or doing  group discussion together. My 3 years time that I had spent with him is over now. We are buzy with our own assignments, tests and lecture.

My story might end here forever until there is another new story about us. (^^,)Y

This special song is dedicated for him (nakashima mika-yuki no hana) 


*This entry is in english because I don't want to be called as 'jiwang' if this entry is in malay, so i'm using english. I dunno how to express my feeling in words. Besides, its already midnight so the ideas are not really comes out with this tired body. Sorry for my bad english. Oyasumi nasai minasan!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...