Pulau Pinang banjir!! Ya, itu memang betul. Dengan hujan lebatnya hampir sebulan memang tak mustahil. Tak dinafikan paras kebanjiran tu memang tinggi. Musibah ini melanda di kedua-dua bahagian iaitu bahagian pulau dan seberang. Warga luar pulau pinang agak tergamam dengan banjir yang berlaku di seluruh pulau pinang. Apa yang peliknya ialah banjir yang berlaku ini tidak melibatkan air sebaliknya banjir ini adalah kebanjiran warga asing di Pulau Pinang.
Bagi aku sebagai warga pulau pinang, agak kurang terkejut dengan kebanjiran ni. Tapi baru-baru ni ada sorang pelajar tanya mak aku, time tu kami kat luar surau mydin (bawah BJ complex).
Pelajar : (senyum). Err, mak cik kat sini memang ramai orang asing ke?
Mak aku : (balas senyum). Owh, dulu lagi ramai...
Pelajar : Tadi saya naik bas rapid, penuh dengan diorang ja. Bising-bising pulak, pening kepala sementara nak tunggu sampai kat BJ ni.
Lebih kurang la perbualan ni. Pelajar ni bukan orang penang, tapi kelantan. Baru masuk usm dalam 3 minggu. Itu pun dah perasan yang penang ni 'banjir'.
Kenapa diorang ramai sangat ar ?? Aku pun pernah gak dok dalam bas dan majoriti penumpang tu adalah warga asing. Kalau yang datang melancong tu tak pa la, ini yang datang dengan niat melencong, bukan melancong, mai sekali tak balik-balik dah. Bukan tak menghargai penat lelah diorang buat bangunan sekolah la, perumahan la dan segala macam bangunan atau jadi pembantu rumah dan sebagainya, tapi kalau dari segi sosialnya pulak macam mana? Malas nak cerita panjang-panjang. Sendiri mau tau ar, masing-masing ada mata telinga semua boleh nampak sendiri apa yang jadi.
Ada 1 situasi tu, driver bus kena tempik+sedikit makian dengan warga asing ni. Padahal dia yang tak sabar beratur nak naik bas. Dah orang ramai nak naik bas, nak masukkan duit dalam tabung lagi, nak ambik tiket lagi. Itu baru 1 situasi yang simple ja. Hmm, lama-lama kita yang rasa macam kat luar negara. Mana-mana aku pi mesti jumpa warga asing punya la. Akan datang, apa nak jadi pun tak tau la.....
*p/s : saja guna word warga asing, tak nak tujukan pada sesapa pun, faham-faham sudah, heu3~
No comments:
Post a Comment