artikel menarik

Saturday, March 5, 2011

labah-labah terbesar di dunia


Belek-belek estidotmy tadi, tetiba terjumpa labah-labah yang dikenali sebagai `Goliath Bird Eating’ merupakan labah-labah yang terbesar di dunia. Labah-labah berbulu ini mempunyai ukuran panjang 30 sentimeter iaitu sebesar pinggan makan. Haa, ni lah dia labah-labah yang besau nau  tu.

Memang besar gila, bayangkan tengah tidur dalam bilik yang samar-samar cahaya lepas tu ada benda merangkak-rangkak. Eeeee~ Memang saja aku tunjuk gambar ni besau-besau.


Biasanya, labah-labah ni suka mendiami kawasan lembah yang lembap. Labah-labah ni dinamakan labah-labah pemakan burung mungkin sebab keupayaan dia kot sampai burung pun dia boleh makan. Tapi makanan feveret dia katak, ular kecil, kelawar, serangga dan kumbang. Labah-labah ni tergolong dalam kategori tarantula tapi hanya menyerang manusia kalau diganggu. Bisanya ada pada taring tapi tak begitu berbahaya pada manusia. Bisanya hanya akan menyebabkan bengkak dan sakit yang sederhana. Dalam tempoh beberapa jam lepas tu hilang la. Walau macam mana pun, labah-labah ni mampu menanggalkan bulunya yang halus dan apabila terkena pada manusia, ia akan menyebabkan kita menjadi....


ini !! Believe it or not, memang ni semua satu penipuan semata-mata, he3~ .....akan menyebabkan kegatalan pada kulit. Apabila terasa diancam, labah-labah ni jugak boleh mambuat bunyi bising seakan-akan berdesir dengan menggesel-geselkan bulu di kaki-kakinya. Bukan tu ja, bunyi ni pulak mampu didengari dalam jarak hampir 24 kilometer. Dah macam jarak dari rumah aku nak ke sekolah time secondary school dulu. So, hati-hati la kalau masuk hutan ke, mana tau anda mungkin terpijak sesuatu yang berbulu. 

2 comments:

megat isa said...

lelabah ini comel~ camne nak bela ek kalo bulu dia gatal.

Unknown said...

may b dy tanggalkan bulu jz bila rs terancam kot..pakai glove, he3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...