Selamat pagi. Aku bangun dari tidur dengan kepayahan membuka
mata. Sukar betul mata ni nak tertutup semalam. Sebelum tidur, saja belek
henfon lama nak buang mesej dulu-dulu yang mungkin membuatkan henfon tu lembab.
Tiba-tiba terbaca long conversation dengan dia. Asal boring atau ada masa,
selalu mesej or chat kat YM. Tup tup dengan tidak semena-mena teringat pulak
kat dia.
Ada sekali tu, first time
keluar sama-sama. Padahal Jumaat dengan Sabtu pun dah keluar outing. Ahad pun
keluar lagi. Tak plan pun dress code, tengok-tengok eh sama kaler la pulak.
Beli barang sikit (beli sabun Top saja sebenarnya, haha), lepas tu jalan-jalan
dalam mall. Masa lalu depan KFC, aku macam kenal ja 2 3 orang kat dalam tu,
kawan sekelas. So, cepat-cepat kami ubah arah laluan takut diorang nampak.
Nanti jadi bahan gosip, hehe…
Then, ada sekali dia pernah marah aku. Sebab bagi pendrive
dia dekat lagi sorang kawan sekelas yang ramai orang judge sebagai tidak
bertanggungjawab. Kawan yang tidak bertanggungjawab tu cakap, dah minta izin
dengan dia untuk pinjam. Walhal, masa bagi pendrive tu dia pesan dengan aku
jangan bagi sapa-sapa pinjam. Mana la aku tahu, aku pun percaya la kata-kata
kawan yang tidak bertanggungjawab tu. Masa tu tengah amali, tahan ja air mata dari
bercucuran. Kebetulan ada kawan datang tanya apa entah, so cepat-cepat bagi
kering mata. Rasa sensitive gila masa tu.
Masa last day kat Kuantan, nak balik dah ni, angkat barang
semua bawa balik, dia tolong angkat barang. Sebelum masuk kereta, dia bagi hadiah.
Sampai sekarang aku tak tau kenapa dia bagi, apa maksud dia? Aku pun tak
tertanya dekat dia. Kami tak pernah declare apa-apa. Dia buat aku confused,
kami ni TTM (teman tapi mesra), BF (best friend) ka apa? Sampai kat situ cerita
kami, pause sampai ke hari ni. Masing-masing sambung belajar, jarang-jarang
contact dan tak tahu la kalau satu hari nanti butang play akan ditekan semula
atau tak. Tunggu kerjaya masing-masing stabil, mungkin.
Mungkin jugak aku yang perah santan tapi entah la, kami
pernah pegang tali yang sama. Those old good days, kadang-kadang buat aku
tersenyum sendiri. Cerita muda remaja masa 19 20 tahun, haha… Rahsia yang lebih
selamat kalau simpan kat sini. Tak tahu nak cerita kat sapa, lagi pun aku lebih suka cerita bab-bab ni dekat strangers or kenalan.
Jangan muntah hijau baca ayat-ayat kat atas k, hehe~
2 comments:
ada la sikit ijau muntah ni...ahakz...
Haha.. smga muntah x berterusan
Post a Comment