artikel menarik

Thursday, September 29, 2011

kalau binatang ada facebook


Hari ni, semua orang ada facebook. Jarang la kalau kita tanya orang, then dia cakap dia tak da akaun facebook. Pada yang muda-mudi la, yang sebaya dengan mak ayah kita memang normal la jugak kalau tak da facebook. Cuba kita bayangkan kalau la binatang pun ada facebook, apa agaknya status yang akan ditulis oleh binatang-binatang ni kan? Jom tengok kat bawah ni. May be macam kat bawah tu la kot statusnya. Profile picture pun ada sekali... Hahaha...


CICAK
Tolongggg !!! Ada tak sapa-sapa yang boleh tolong isteri aku. Ekor dia tersepit celah pintu, nak putus dah, parah sangat. Tolong respond kalau pada sapa-sapa yang boleh membantu, urgent!! 


KUCING BETINA
Anak i yang ke-5 tetiba ja tanya sapa bapak dia. Serba salah i dibuatnya. Actually, i pun bingung sapa bapak dia. Hu3...


AYAM
Kawan-kawan... Kalau esok gua dah tak update, maksudnya gua dah kena goreng. Gua sayang korang semua. Jangan lupa buat kenduri arwah untuk gua ok... Sob5~


NYAMUK
Siot... Sekali drug addict aku sedut. Adoyai, aku positif HIV AIDS... Uwaaaa


KUCING JANTAN
Baru ja add awek sebelah rumah. Keturunan Parsi beb!!! Ngeh3...


B**I
Aku bengang betul la. Dia pijak taik kucing tapi nama aku yang disebut. Woi, lain kali siasat la dulu sapa berak depan rumah kau. Tension betul !!

MORAL :  Ingatlah binatang pun ada perasaan jugak
MOTIF : Tiada sebarang motif, suka-suki ja, he3...

Monday, September 19, 2011

1st doodle yang aku terima


Hari tu time bulan pusa aku ada join contest by miss snow sakura. Contest untuk bercerita serba sedikit pasal memori Ramadhan time kita kecik-kecik dulu. Aku pun join sementara nak tunggu waktu berbuka, he3... Sekarang ni raya pun dah hari yang belas-belas dah. Punya la tak berkesempatan aku nak meng online kan diri, sampai tak sedar cerita memori Ramadhan aku terpilih. Tak sangka pulak cerita aku terpilih, Alhamdulillah. So, miss snow sakura ada kasi doodle sebagai hadiah. Comel, i like!! Ni haa doodle nya kat bawah


Thankz ya miss snow sakura (^^,)

Kalau korang nak baca memori Ramadhan aku, korang boleh klik SINI

Sunday, September 18, 2011

kisah permulaan di usm



Alhamdulillah, berjaya jugak aku lalui minggu orientasi kat usm. Segala macam ceramah dan taklimat aku dah dengar. Berikrar pun sudah, so secara rasminya aku dah jadi pelajar usm yang sah. Kat bawah ni ada la beberapa gambar time minggu orientasi hari tu. Tak sempat nak update awal-awal sebab keluar bilik 7 ++ am, balik bilik yang betul-betul 12 ++ am. So, ak nak kongsikan sikit beberapa gambar time minggu orientasi hari tu. Ada sikit ja.

Ni gambar masa nak tunggu vvip datang untuk hari angkat ikrar tu. Dewan yang baru siap di renovate, masih berbau cat, ho3...

Petang betul lepas Asar, ada walkrobik..Sempena merdeka, sambil berjalan sambil bersorak menggunakan sorakan dari desa masing-masing.

Setelah berjaya menanam pokok durian di padang desa aku. Group lain ada yang tanam pokok belimbing dan ciku. Demi udara yang segar dan suasana yang saujana mata memandang, pokok pun ditanam. Semoga pokok ni membesar seperti mana kami membesar di usm.

 Minggu pertama kuliah pun aku dah lalui. Biasalah, awal-awal ni, waktu untuk meng explore segala bangunan yang ada. Esok lusa, minggu kedua kuliah pulak. Tapi, buku pun ada yang dah sold out, hu3... Esok, isnin, memang hari yang sangat padat, selasa yang paling free gila. Dalam sibuk mengenal usm dengan lebih dekat, aku pun agak sibuk dengan latihan untuk malam apresiasi merdeka. Malam untuk menunjukkan bakat pelajar baru dengan tema kemerdekaan dan semangat 1 Malaysia. Persembahan desa aku tak dapat anugerah yang terbaik tapi khabar angin mengatakan kalau ada hadiah no 1, 2 and 3, kitorang no 2. Tapi apa-apa pun, aku enjoy. Yang paling puas hati, penonton happy tengok persembahan dari desa aku, desa aman damai. (^^,)Y 

Ni time rehearsal pagi before persembahan malam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...