Sunday, December 30, 2012
Thursday, December 27, 2012
reka bentuk rumah yang unik
Mengantuk pulak lepas lunch ni, makan nasi berlaukkan ayam masak kicap dan kentang goreng. Semalam tak dapat tidur, segar bugar lagi padahal dah pukul 3 am. Kesan tidur siang kot walhal sejam ja, hohoho... Pagi tadi pukul 7.15 pergi berjogging dengan kawan, pusing stadium ada la dalam 3 4 round. Hirup udara pagi yang segar dan tengok pokok-pokok menghijau. Mata dah penat tengok ayat-ayat dalam nota, almaklum la final exam tinggal tak berapa hari lagi. So, entri kali ni pun tak nak taip banyak-banyak, hehehe...
Sempoi gak rumah macam ni, macam blok-blok mainan ja. Siap ada kolam kecil lagi kat depan rumah. Boleh la bersantai sambil minum jus buah, hahaha... Dapat sebuah, baru tenang nak study, hehehe...
Orang yang design ni minat bola kot. Dulu kawan aku ada cakap dia nak design rumah bentuk hemisfera, ala-ala rumah kartun Yookies tu. Ok, aku tunggu~
Yang ni pulak, rumah nampak tak macam rumah. Tapi ok jugak, kalau ahli keluarga bertambah, sambung ja kat tepi-tepi tu...
Agak-agak Edward dengan Bella berkenan tak design rumah ni? Sesuai sangat untuk diorang, pada pandangan aku la. Aku pun berkenan jugak sebenarnya. Rumah yang serasi dengan alam. Sesuai untuk merehatkan minda.
Tak payah susah-susah nak buat kolam renang, teringin nak terjun pun boleh. Kolam ikan pun tak perlu upah orang buat dah, ini kolam ikan semulajadi punya. Jangan ada jerung sudah. Petang-petang makan pisang goreng sambil dihempus bayu laut, bertambah sedap pisang goreng tu.
Amboi, rumah bentuk kereta pulak. Ok, nanti design rumah bentuk bas, lori atau keretapi pulak, heeee... Tapi cantik, lain dari yang lain.
Owh, yang ini rumah idaman walaupun tak seunik mana. Bumbung dia senget sana, senget sini. Car park pun pakai bumbung macam tu jugak.
So, korang suka rumah yang mana? Kalau boleh aku nak rumah no 4, 5 dan 7. Design rumah no 1 tu, kalau buat library best jugak. Rumah no 3 pulak, mungkin boleh buat design untuk homestay tak pun resort ka. Mudah ja nak besarkan, just tambah kotak hijau tu ja, hehehe...
Monday, December 24, 2012
Wednesday, December 19, 2012
2 hari bersama orang asli ulu legong
Lebih kurang 10 hari lepas (8-9 Dec), aku ada join 1 program transformasi insan bersama masyarakat orang asli di Ulu Legong, Baling, Kedah. Teringin nak tengok kehidupan diorang macam mana, tak pernah tengok, hehe... Mula-mula sampai kat sana, kami pun buat aktiviti gotong royong dulu, kawasan dewan, surau dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kutip sampah, buang dalam plastik sampah. Dari mula-mula kutip sampai la tak ada sampah dah yang nak dikutip, asyik jumpa batang lolipop dan plastik gula-gula ja. Lepas ja kutip sampah, hujan pun turun, so kami pun berteduh kat dalam dewan ja. Main dengan budak-budak ni. Diorang ajak main tom-tom bak, enjit-enjit semut, burger, milo ais dan tudung tin. Mereka sangat hyperactive. Ada yang bercerita, ada jugak yang main kejar-kejar, gusti pun ada. Lepas main, kami bagi koktel buah, diorang pun makan. Seronok tengok diorang makan benda yang kita bagi. Kalau time bergambar, they're the best, pantang ajak bergambar, hahaha...
Dah lewat petang, kami balik ke tempat penginapan, dorm kat kolam air panas, Ulu Legong. Tadi masa sampai tengahari, memang tak nampak orang sorang pun, parking pun luas ja. Ni dah lewat petang macam ni, memang parking tu sempit dan orang ramai pun dah start mandi-manda. Haish, tak sabar nak tunggu program malam tu, nak pi mandi, hehe...
Kami solat Isyak sama-sama. Aktiviti malam kami ajar baca beberapa surah dan azan, bahasa inggeris dan matematik. Pandai dah diorang ni, seronok ajar. So, dah habis tu, aktiviti mandi-manda la pulak kan. Sambil mandi makan aiskrim, sedap... Aiskrim ni tak tau la nama apa, buatan sendiri, tapi tulis kat situ aiskrim yang pernah masuk majalah 3. Dari pukul 11 lebih sampai la pukul 1 baru balik dorm. Tapi sebelum balik tu, pekena balls (chicken balls, crab balls, etc) dulu. Pastu balik dorm, kemas-kemas barang, panjat katil (katil double decker, aku dok atas but unfortunately tak ada tangga) macam panjat kuda.
Pagi-pagi lagi dah siap, nak check out dah. Sementara tunggu orang lain turun, main dulu. Main yang alat exercise tu, yang warna kuning dan merah. Sempat la main setengah jam kot sambil menghirup udara segar pagi kat kawasan sekitar tu. Pagi tu kami bersukaneka dengan diorang, bukan saja budak-budak malahan dengan kaum ibu sekali. Tapi sebelum tu ada la aerobik sikit. Time main dengan golongan ibu, aku pair dengan kak siti aminah. Kami menang untuk game baling belon air. Sampai ke hujung court badminton pun kami boleh sambut lagi belon tu tanpa pecah, hehehe...
Masa makan tengahari, kami makan sama-sama. Semua pun datang, kami makan ramai-ramai. Sementara tunggu catering sampai, aku ternampak sorang kak ni, main tab. Wah, aku pun tak ada, heuheu... Dah lepas Zohor macam tu, YB datang dan merasmikan penutupan program ni. Satu pengalaman baru untuk aku. Seronok. Kami bertolak balik, tengok dari cermin bas, semua orang melambai-lambai kat kami tambah-tambah budak-budak. Diorang lari ikut bas untuk bye-bye kami. Dah bas gerak dalam sejam, mata aku pun tertutup, Zzzzz~
Kami solat Isyak sama-sama. Aktiviti malam kami ajar baca beberapa surah dan azan, bahasa inggeris dan matematik. Pandai dah diorang ni, seronok ajar. So, dah habis tu, aktiviti mandi-manda la pulak kan. Sambil mandi makan aiskrim, sedap... Aiskrim ni tak tau la nama apa, buatan sendiri, tapi tulis kat situ aiskrim yang pernah masuk majalah 3. Dari pukul 11 lebih sampai la pukul 1 baru balik dorm. Tapi sebelum balik tu, pekena balls (chicken balls, crab balls, etc) dulu. Pastu balik dorm, kemas-kemas barang, panjat katil (katil double decker, aku dok atas but unfortunately tak ada tangga) macam panjat kuda.
Pagi-pagi lagi dah siap, nak check out dah. Sementara tunggu orang lain turun, main dulu. Main yang alat exercise tu, yang warna kuning dan merah. Sempat la main setengah jam kot sambil menghirup udara segar pagi kat kawasan sekitar tu. Pagi tu kami bersukaneka dengan diorang, bukan saja budak-budak malahan dengan kaum ibu sekali. Tapi sebelum tu ada la aerobik sikit. Time main dengan golongan ibu, aku pair dengan kak siti aminah. Kami menang untuk game baling belon air. Sampai ke hujung court badminton pun kami boleh sambut lagi belon tu tanpa pecah, hehehe...
Masa makan tengahari, kami makan sama-sama. Semua pun datang, kami makan ramai-ramai. Sementara tunggu catering sampai, aku ternampak sorang kak ni, main tab. Wah, aku pun tak ada, heuheu... Dah lepas Zohor macam tu, YB datang dan merasmikan penutupan program ni. Satu pengalaman baru untuk aku. Seronok. Kami bertolak balik, tengok dari cermin bas, semua orang melambai-lambai kat kami tambah-tambah budak-budak. Diorang lari ikut bas untuk bye-bye kami. Dah bas gerak dalam sejam, mata aku pun tertutup, Zzzzz~
Tuesday, December 18, 2012
saya minta maaf 2...
Ni sambungan saya minta maaf... Alhamdulillah, malam jamuan tu dia yang datang tegur aku dulu. So, aku pun balas la teguran dia balik. Aku ni bukanlah hati kering sangat. Janji aku tak ada masalah hubungan dengan manusia. Tak nak menambah masalah yang sedia ada. Aku anggap ja la yang selama dia tak bertegur dengan aku tu sebab dia kata rasa macam nak demam, so moody la sikit. Hati aku pun dah tawar, sekarang ni tak ada dah la dia nak keluar makan sekali dengan kitorang. Tak apa, tak membawa kemudaratan kat aku pun. End of story. Sekarang ni masing-masing busy nak final exam. So, fokus!!! Aim for dekan this semester, haip!!! (^^,)Y
Sunday, December 16, 2012
saya minta maaf...
*Ini post luahan perasaan, boleh abaikan, heuheuheu
Adoi, sekali lagi dia tak hiraukan aku. Mesej tak balas, call pun tak angkat apatah lagi nak pandang muka aku. Hari ni dah masuk hari ke-6 kot dia merajuk. Aku pun tak tau kenapa. Kot-kot la aku ada buat salah dari segi perbuatan, terkasar bahasa dan sebagainya, so aku pun minta maaf dengan dia. Tapi aku tersentap bila dia kata "Apahal pulak ni ?? Nak minta-minta maaf ?? Dah macam drama pulak. Haishh." Aku tenggelam punca, tak tentu pasal ja dia tarik muka. Dah kita tanya, dia kata tak ada apa. Aku tak berjaya nak faham dia. Dah la sekelas, 1 group presentation, nak belajar sama-sama lagi 2 tahun lebih. Lagi pun dah kenal hampir 4 tahun sejak kat kuantan dulu walaupun baru tahun lepas macam rapat sikit.
Aku susah hati sorang-sorang kat bilik bila fikir pasal benda ni. Memang la bukan masalah besar mana tapi still aku kena jaga la perhubungan dengan dia. Alih-alih macam ni dia buat kat aku, sedih aku rasa. Seumur hidup aku tak pernah ada masalah dengan kawan. Kalau ada pun, time darjah 3, tu pun kami berlakon yang kami bergaduh konon-konon tak berkawan. Zaman budak-budak, nak cari publisiti, haha... Sebagai kawan yang lebih tua sepatutnya dia bersikap lebih rasional. Kalau ada salah silap, tolong betulkan dengan cara baik. Kau buat salah, aku tegur, aku buat salah kau tegur. Macam tu la kawan yang aku harapkan.
Kalau aku nak ikutkan jahat aku, boleh ja aku pun nak buat kering/dingin, tak pun aku pi serang dia tanya apa masalah dia sebenarnya ni. Tapi aku masih waras, buat apa nak bergaduh macam orang yang tak ada pegangan dan didikan yang baik. Mungkin betul aku ada buat salah dengan dia, tapi tolong la bagi tau apa salah aku. Memang bukan mudah memaafkan, ya aku tau. Alangkah indahnya kalau semua orang memiliki sifat pemaaf Saad bin Abi Waqas. Ada orang kata, memaafkan seorang musuh adalah lebih mudah berbanding memaafkan seorang kawan.
Selama ni, ada ja beberapa kali dia kecilkan hati aku, aku terasa dengan sikap dia. Tapi tak la sampai nak tarik muka, buat tak tau ja la. Adat la dalam berkawan. Dah la nak final exam dah tak lama lagi. Aku tak nak dia berdendam atau marah aku dalam diam. Malam ni kami ada jamuan kelas, jumpa dia lagi. Tak tau apa pulak reaksi dia seterusnya. Aku bukan nak buruk-burukkan dia, tapi aku dah tak tahan tengok sikap ketidakmatangan dia. Bukan nak suruh matang macam mana, cuma kadang kala kita perlu matang. Boleh ja kalau nak main buih belon ka, pepsi cola ka, tak da masalah pun. Aku cuma mampu berdoa semoga Allah lembutkan hati dia. Aku dah cuba pelbagai cara. Biarlah aku lebih menjaga hubungan aku dengan Allah.
Saturday, December 15, 2012
durian crepe
Hmm, durian.....
Sedap, my favourite, hehehe... Almaklumla, sekarang kan musim durian. Tapi
sebenarnya durian pun dah tersalah musim ni. Dah ada durian, ada la durian
crepe. Macam jadi 1 fenomena pulak sekarang ni, sana sini durian crepe. Padahal
crepe yang lain macam apple crepe, kiwi crepe, strawberi crepe dan macam-macam
crepe lagi tak glamour macam durian crepe. Kelapa crepe pun ada. Crepe kan sejenis
pancake yang nipisssss, so crepe la jugak lan ketayap tu, hahaha... Tak kisah
la, orang nak berniaga tapi aku tertanya-tanya jugak apa la rasa durian crepe
ni. Sebab tak pernah try so teringin nak try. Ramai jugak yang iklan kat
facebook, so order sebungkus, ada 5 keping, kongsi dengan kawan aku.
Sebelum ni, ada la
macam-macam komen yang orang bagi pasal durian crepe ni. Ada yang kata sedap,
ada yang kata muak kalau makan banyak, ada yang kata biasa ja. Jadi, kami pun
buat sensory evaluation sendiri. Lain taste bud, lain pendapat kan. Pada aku,
sedap ja durian crepe ni. Dari segi rasa, kalau kita buat sendiri boleh letak
durian banyak sikit, lagi bertambah sedap la. Rasa berkrim ala-ala ais krim. Warna
dah sesuai, kuning, kalau durian pun kita nak isi warna kuning baru nampak
menarik daripada yang warna putih sikit. Aroma pun ada sikit-sikit, ikut la
kandungan durian kat dalam tu. Overall, ok menepati cita rasa aku, hohoho...
Kalau nak lagi puas, makan durian ori ler, hehehehe
* lama dh tak update, huhuhu
Subscribe to:
Posts (Atom)