Tak berapa hari lagi dah aku nak pi langkawi. Cukup la kot duit yang ada. Tapi bukan guna duit dalam tabung tu, tak cukup pun. Yang tu nak simpan dalam bank nanti, ehehe... Dulu time kecik-kecik, suka sangat dapat duit syiling sampaikan tak nak tukar syiling tu jadi duit kertas. Nampak macam kaya cikit, sebab syiling berat lepas tu ada bunyi lagi, kaching-kaching~ Biasa la, otak budak-budak lagi time tu.
Segala bekas yang besar-besar habis aku ambik buat tabung. Kotak honey star yang besar tu pun aku pernah buat tabung. Selotape kat atas tu, pastu buat lubang 4 segi tepat kat badan kotak tu. Ada 1 tabung aku tu, nama dia "tabung sesuka-hati", aku tulis pakai marker pen. Sebab bila aku nak pi kedai beli keropok ka gula-gula ka, aku ambik dari tabung tu la, ahaha... Suka hati aku, bila nak simpan, simpan. Bila nak ambik, ambik. Macam la mak atau ayah aku nak bagi duit bila aku mintak nak beli makanan yang mengarut macam cekedis tu kan.
Lepas tu dah naik sekolah menengah, duit memang tak dapat nak simpan. Bukan sebab boros, tapi almaklumla sekolah menengah, join aktiviti ni, aktiviti nu, lawatan sambil belajar, semua aku pi. Lagi pun duit poket memang ayah aku bagi bila duit dah habis ja. Duit yang simpan dalam bank tu, duit raya. Bila fikir-fikir, umur dah nak masuk 20. Nak kena simpan duit ni, untuk masa depan la katakan.
Sejak pada tu, aku start la menabung. Tapi aku tak tetapkan sehari kena simpan berapa ringgit. Janji setiap hari simpan walaupun sepuluh sen ja yang masuk dalam tabung tu. Dalam wallet ada la dua tiga puluh sen. Yang lain semua duit kertas. Bila beli apa-apa yang harga dy macam rm 2.30 atau 2.50, yang penting bukan angka genap, mesti kita dapat baki dalam syiling kan. So, syiling tu la aku simpan dalam tabung. Setakat hari ni, dah ada lebih kurang rm 30 dalam tabung tu selama sebulan lebih aku menabung untuk semester baru ni. Tersimpan juga walaupun tak banyak mana, dari aku habiskan duit tu entah di mana dan untuk apa.
Kat rumah kawan aku dulu, ada balang syiling, yang 10 sen sebekas, 20 sen sebekas dan 50 sen sebekas. Besar gak la balang yang dia guna tu. Dia cakap, memang ayah dia akan marah kalau ambik syiling dari bekas tu. Tu antara kisah syiling yang aku tau. So, sekarang ni bila balik beli makanan kat kafe aku terus masukkan syiling dalam tabung. Senang ja kan? Bila ada syiling, masukkan la. Bila tak ada syiling, tunggu la esok pulak ka. Bak kata pepatah, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit''. Mana tau nanti simpan sikit-sikit, tengok-tengok jadi ribu-ribu ringgit, hehehe... Tak rugi menabung so jom menabung!! Boring-boring atau bila tak boleh tidur, boleh kira syiling. Tak payah kira berapa ekor biri-biri, kira syiling sudah, heuheuheu~