artikel menarik

Sunday, December 18, 2011

final exam dah dekat


Sekejap ja masa berlalu. Rasanya macam baru ja masuk sem 1, ni dah nak final exam dah. Nak kena study balik apa yang 4 bulan lalu yang aku dah belajar. Final exam aku start 5-19 jan. Selalunya, tiap2 minggu aku balik rumah, almaklumla u dekat dengan  rumah. Tapi ni kali kedua aku stay kat hostel, kononnya nak study la. Lagi pun isnin and khamis ni ada test lagi. Kelas ganti pun ada lagi sebab syllabus tak habis cover, lagi pun minggu depan dah study week.

Risau la nak final exam kali ni. Yang dulu time diploma, dah 5 kali jawab pun x serisau ni. Sebabnya, tak ready lagi nak menjawab ni. Ada 2 subjek ja yang aku agak yakin sikit untuk jawab sekarang ni, biochem and introduction to food and technology. Agak la, bukan yakin sangat. 2 subjek ni jugak, pembuka dan penutup paper untuk final exam aku. Yang kat tengah tu, paper yang........ Macam mathematics, physical chem, organic chem, statistic. Dah la formula tak bagi. Soalan past years pun tak buat lagi. Jadual exam pun padat semacam kat tengah-tengah tu. Itu pun semalam kawan aku ajak pi pesta penang. Tapi aku tak pi pun, boleh gak belek-belek nota sikit, hohoho


So, untuk sapa-sapa yang dah nak final exam, good luck ok... InsyaAllah, kita boleh berjaya. Mana tau ada keajaiban akan berlaku. Buktikan pada kawan-kawan kita yang kita pun boleh. Keluarga pun meletakkan harapan yang tinggi. Dan aku ada extra sikit, nak buktikan pada orang yang selalu cakap besar dan over confident depan kawan-kawan (tak tau la dia sedar ke tak yang dia tengah cakap besar time tu). Semoga kita dijauhkan dari sifat riak dan takbur. Jangan lupa mohon pada Allah dan ingat yang Allah tak suka pada orang yang berputus asa. Cuba buat yang terbaik. Hwaiting!!!!  (^^,)Y

3 comments:

Dalila Hamid said...

good luck

akubest501 said...

Good luck ok....

hazirah cw said...

dalila & akubest501 : tenkiu kawan2, i'll try my best (^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...