artikel menarik

Friday, December 30, 2011

maksud ABCDEFGHIJKLMN


Aku baru ja lepas study statistics, so online sat la, facebook sikit, blog sikit, hehehe... Nak pi naik basikal, malas la pulak. Sebab nampak awan tengah kandung air. Lagi satu, aku memang tak berniat nak berbasikal petang ni. So, jom baca dialog kat bawah ni sat. Dulu time tadika ada belajar A B C sampai Z kan? Kat sini sampai N saja.  Jom belajar sekali lagi, kalau nak baca sambil nyanyi pun boleh, ikut suka hati. 



Boy : You are, ABCDEFGHIJK.
Girl : What does it means ?
Boy : Attractive, Brilliant, Cute, Darling, Elegant, Funny, Gorgeous, Hot.
Girl : Aww, so sweet. What does IJK means?
Boy : I'm Just Kidding, ahahaha...
Girl : LMN.
Boy : What ??
Girl : Lempang Muka Nak ?
Boy : (=,=) "

Santai~~   (^^,)Y

Wednesday, December 28, 2011

end year mega giveaway 2011 by cahaya azyla


Thanks to aalia shahira sebab tag mega giveaway anjuran cahaya azyla. So, sementara dok relax lepas baca buku, aku pun rasa nak join. Lagi pun banyak betul hadiah yang menarik, hohoho


Kat bawah ni syarat-syarat untuk join, ada 7 syarat semuanya:
1) Follow blog CA dulu
2) Buat entry END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011 by Cahaya Azyla
3) Copy banner diatas dan linkkan ke entry ini
4) Tag 3 orang blogger.Make sure diorang tahu about this Giveaway
5) Like fan page CA
6) Wajib tinggalkan link entry korang di ruang komen 
7) Copy senarai sponsor dalam entry korang dan LIKE for pages or FOLLOW blog CA.


Kat bawah ni pulak senarai sponsor:


Nak tag 3 orang :

tips bangun awal pagi untuk belajar


Hai, sekarang semua orang kat sekeliling aku tengah demam nak final exam. Semua muka tunduk ja, menghafal kot. Bila nak final exam ni, teringat pulak aku time study untuk final exam time aku sem 2 diploma  dulu. Macam-macam cara kami buat nak bagi senang bangun awal pagi. Cara yang pertama, tidur tapi tak tutup lampu. Tak berjaya, kalau dah mengantuk tu mengantuk la jugak. Yang kedua, tidur tapi tidur dengan cara yang kita tak berapa nak selesa macam tidur kat meja ka. Jangan pulak tidur dengan kipas speed 5 lepas tu siap pakai selimut lagi, sah tak bangun. Cara ni pun tak berjaya sebab bila terjaga ja terus tidur elok-elok macam hari biasa. Cara yang ketiga, sebelum tidur niat siap-siap nak bangun awal, nak baca buku. Lepas tu nota tu letak sebelah kita. Bila bangun ja, terus nampak buku, teringat sekali niat kita sebelum tidur tadi. Alhamdulillah dengan senangnya terbangun dari tidur.

Hari tu aku balik rumah, ambil berkat sebelum exam. Bawa balik 1 buku ja, tapi 1000++ muka surat. Kalau bawa balik buku banyak-banyak pun, bukan boleh habiskan pun. Nota tak bawa balik. Dalam masa 4 hari, aku hanya baca 10-15 muka surat ja. So, balik la ke asrama. Baca dalam 2 jam, habis la 2 bab. Kalau kat rumah, sekali baca ada la 5 minit ja kot. Tapi kat asrama pun, katil sangat la dekat, rasa nak berbaring tu sangat kuat. May be kena study kat library kot. Tapi kat situ tak boleh nak bancuh-bancuh air, makan-makan biskut, sembang dengan kawan jap, banyak yang tak boleh nya. Biasa la, nak mencari alasan. Bak kata kawan aku, susah nak mencari laksa penang yang sedap, susah lagi nak cari mood untuk study. Lusa aku pi study kat library kot, hehehe... Nak ikut teladan bearbrick kat bawah ni....









Wednesday, December 21, 2011

muzik instrumental (piano):yiruma

Hai.. Aku baru ja habis jawab soalan assignment math. Tapi esok nak bincang tengok dengan member group aku, tengok kot-kot ada salah kat mana-mana. Sambil wat assignment tu, sambil telinga aku dok dengar muzik instrumental (piano). Orang yang kat bawah ni la pemain piano tu, Yiruma nama dia.


Yiruma adalah nama pentas bagi I Ru-ma yang dilahirkan pada 15 Februari 1978 merupakan seorang pemain piano yang popular dan dikenali di peringkat antarabangsa selain daripada menjadi seorang komposer di Korea Selatan. Beliau mula bermain piano pada seawal usia 5 tahun dan berpindah ke London untuk belajar di Purcell School of Music ketika berusia 11 tahun. Antara hasil karya beliau yang terkenal adalah seperti kat bawah :

  
River flows in you


  
Kiss the rain


  
If I could see you again

Kalau nak dengar yang lain lagi, boleh la pilih kat sini. Aku ada lagi kerja nak buat, soalan tutorial math, tapi dah tak ada mood nak buat. Tu yang post entri ni, nak kongsi muzik ni, hehehe...

Sunday, December 18, 2011

final exam dah dekat


Sekejap ja masa berlalu. Rasanya macam baru ja masuk sem 1, ni dah nak final exam dah. Nak kena study balik apa yang 4 bulan lalu yang aku dah belajar. Final exam aku start 5-19 jan. Selalunya, tiap2 minggu aku balik rumah, almaklumla u dekat dengan  rumah. Tapi ni kali kedua aku stay kat hostel, kononnya nak study la. Lagi pun isnin and khamis ni ada test lagi. Kelas ganti pun ada lagi sebab syllabus tak habis cover, lagi pun minggu depan dah study week.

Risau la nak final exam kali ni. Yang dulu time diploma, dah 5 kali jawab pun x serisau ni. Sebabnya, tak ready lagi nak menjawab ni. Ada 2 subjek ja yang aku agak yakin sikit untuk jawab sekarang ni, biochem and introduction to food and technology. Agak la, bukan yakin sangat. 2 subjek ni jugak, pembuka dan penutup paper untuk final exam aku. Yang kat tengah tu, paper yang........ Macam mathematics, physical chem, organic chem, statistic. Dah la formula tak bagi. Soalan past years pun tak buat lagi. Jadual exam pun padat semacam kat tengah-tengah tu. Itu pun semalam kawan aku ajak pi pesta penang. Tapi aku tak pi pun, boleh gak belek-belek nota sikit, hohoho


So, untuk sapa-sapa yang dah nak final exam, good luck ok... InsyaAllah, kita boleh berjaya. Mana tau ada keajaiban akan berlaku. Buktikan pada kawan-kawan kita yang kita pun boleh. Keluarga pun meletakkan harapan yang tinggi. Dan aku ada extra sikit, nak buktikan pada orang yang selalu cakap besar dan over confident depan kawan-kawan (tak tau la dia sedar ke tak yang dia tengah cakap besar time tu). Semoga kita dijauhkan dari sifat riak dan takbur. Jangan lupa mohon pada Allah dan ingat yang Allah tak suka pada orang yang berputus asa. Cuba buat yang terbaik. Hwaiting!!!!  (^^,)Y

Wednesday, December 14, 2011

seni:syarikat penerbangan


Selalu kalau kita nak buat garisan lurus, tapi tak lurus so, kadang kala mesti ada orang yang akan cakap camni, " Alah, biar ja..itu seni namanya". Tak pun setengah sesetengah orang tak faham lukisan yang mahal-mahal tu, nanti mesti ada orang cakap, itu lah seni. Hari ni nak cakap cerita pasal seni lagi. Hari tu ada cakap pasal seni pasir, tapi sekarang ni seni yang syarikat penerbangan hasilkan untuk kapal terbang diorang. Kononnya nak tarik perhatian bakal-bakal penumpang diorang la. Tapi memang lawa pun lukisan tu, aku tengok kat strange world. Jom tengok kat bawah.


Yang ni gambar mickey and minnie mouse tengah terbang sama-sama dengan aladdin and ratu dia tu. Nama pa ah, princess _________ (fill in the blank)


Yang ni pulak kononnya macam ada ikan melompat keluar dari laut ah. Padahal kapal terbang yang ada lukisan ikan, hehehe


Katakan la ada orang tanya, naik apa datang sini tadi? Cakap dengan dia, saya naik kereta terbang, bukan kapal terbang. (^^,)Y


Kalau kawan-kawan tanya ada ole-ole tak bawak balik dari oversea. Cakap ja ada. Ni ha, beruang seekor, ngeh3~


Yang ni pulak, mentang-mentang nama qatar airways, kambing gurun seekor dia kasi. Tapi ada la simboliknya tu. 


Gambar yang second last ni yang aku paling suka. Macam comel ja paruh burung tu.


Tema kapal terbang yang last ni tema disney. Mickey ada, minnie ada, goofy ada, donald duck pun ada. Pendek kata, macam-macam ada, hohoho....

Kalau hiasan dalaman kapal terbang ni pun sama berseni macam kat badan kapal terbang tu, best ar. Sedap ja mata memandang. So, sapa yang ada kapal terbang tu bila lagi? Tapi ada ka? hehehe... Kalau nak lebih berseni, aku boleh tolong seni kan kapal terbang tu, ahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...