artikel menarik

Wednesday, August 27, 2014

perkara yang menular di internet

Daripada mengadap buku latihan bahasa cina, sehinggalah menonton video mengenai dialek hokkien, diteruskan lagi dengan video perbezaan antara bahasa cina Taiwan dan Malaysia, akhirnya aku sampai di video bawah ni.


Boleh pulak main sep-sep-sep, bom-bom-bom macam tu. Memang tak payah sapu blusher lagi dah, jimat duit tapi tangan dan pipi yang sakit, hoho... Next, pasal produk review, review style baru ni. Sesiapa yang ada bussiness sendiri boleh menggunakan strategi periklanan macam tu. Mana tau boleh increase sales, hehe... Then, rakam diri sendiri makan pulak dah. Esok-esok akan datang nak rakam apa pulak ya depan kamera? Haha... Minit ke 5.23 adalah minit yang paling aku terkejut pada mulanya, rasa nak gelak dan asyik ulang part tu saja, bahaya kalau dengar malam-malam, dan diikuti dengan rasa nak 'pang' si mokpang tu. Tapi tak jadi sebab lawak pulak tengok diorang ni tiru gaya mokpang tu.

Macam ni la bila ada kerja yang perlu dibuat tapi tak ada mood nak buat. Akhirnya, melayari internet mencari video lawak-lawak.  So, kalau kat Malaysia pulak, apa yang tengah viral eh? Yang pastinya, sekarang ni merata-rata tengah kecoh dengan ALS Ice Bucket Challenge. Macam-macam jenis orang yang menyahut cabaran ni.
Korang ada rasa nak try? Keke...

Monday, August 25, 2014

resipi flourless pancake

Bangun pagi hujung-hujung minggu ni, ada la benda yang nak dicuba. Tengok lama dah cara nak buat pancake tanpa tepung, tapi hari ni baru buat. Sesuai sangat bagi sesiapa yang mengamalkan no-sugar, no-flour diet dan untuk sesiapa yang ada gluten allergy (kat malaysia jarang dengar, biasa orang malaysia ada seafood allergy). Bahan-bahan dia sikit dan mudah ja. 

Lenyekkan 2 biji pisang yang ranum (ada banyak bintik hitam kat kulit). Jangan hancur sangat, bagi ada nampak ketul sikit.

Pukul 2 biji telur sampai kembang.

Masukkan pisang yang dilenyek tadi dan 1 sudu kecil (saya pakai sudu makan coleslaw and kentang putar yang kfc tu) sodium bicarbonate. Kacau sampai sebati dan biarkan sekejap dalam 1-2 minit. Panaskan non-stick pan, letak minyak sikit dan masak dengan api sederhana. Siap!!

Lupa pulak nak ambil gambar yang dah siap masak sebabnya tetiba datang idea lain. Mula tu nak try jadi tak buat banana flourless pancake ni, last-last jadi express birthday cake untuk kakak (dah selamat masuk perut kakak saya dah). Kasi surprise sikit, hehe... Petang nanti baru kita pi keluar makan ok... Happy birthday, kak~ 

 
Flourless banana pancake with sweet corn ice cream and condensed chocolate milk
(Homemade belaka)

Wednesday, August 20, 2014

aktiviti semasa cuti semester

Lagi 2 minggu lebih, dah nak habis cuti. Nak memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir, tahun 4, super senior la katakan, haha... Kebanyakan orang mesti kerja part-time masa cuti tapi aku tak, goyang kaki ja. Selalu jugak orang tanya, ish tak bosan ke duduk rumah? Entah, tak rasa bosan sangat pun. Mak aku pun cakap, rehat ja la, nanti masa dah kerja memang tak dapat rehat dah. Tapi itu bukan la bermakna yang aku tak suka duit lebih, ($__$)Y. Pernah ja aku keja part-time masa study sekali dua, tapi bukan masa cuti semester.

Apa yang aku buat kat rumah sampai cepat ja berlalu masa 24 jam? Dah la kat rumah tak ada tv, setelah rosak beberapa tahun dulu ayah aku tak pernah beli dah. Hidup ja walaupun tak ada tv, plus dapat meningkatkan tahap imaginasi, haha... Dah biasa duduk asrama dari form 1, so tak kisah sangat dengan tv. Internet ada, kita gunakan sebaik-baiknya, hehe... Ada jugak kenalan yang jenis tak boleh duduk dalam rumah ja, mesti rasa gelisah hari-hari kalau tak keluar. Aku rasa sifat indoor and outdoor aku dah seimbang.

Tempoh cuti semester kali ni lebih kurang 2 bulan, sebulan puasa, sebulan raya, seminggu untuk bagi adik-adik junior minggu suaikenal. Habis ja praktikal hari tu, terus puasa. Masa bulan puasa, kita slow down sikit aktiviti luar. Apa yang aku buat sepanjang cuti adalah :

1) Menonton korean variety show (Running Man, Hello Counselor, Human Condition, etc.) yang terlepas masa tengah praktikal dan habiskan stok korean drama. Almaklum la jadi wanita bekerjaya sekejap, tak sempat nak tengok, kadang-kadang tidur awal. 


2) Buka puasa ramai-ramai kat luar dengan family dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Kira macam 2 in 1 la, iftar + reunion. Gosip macam2, sembang memang tak letih, tengok balik gambar dulu-dulu yang lawak dan entah apa la yang kami buat. Ya la dah kawan hampir 11 tahun, hoho...

3) Pergi print gambar dari tahun 2008 sampai yang the latest. Punya la lama tak cuci gambar, sejak dunia kamera menjadi digital belaka. Bila cuci tu senang sikit nak tengok, jelas untuk mak ayah tengok. Lagi pun kalau dalam laptop kang nanti takut la terpadam, rosak dan sebagainya.


4) Mencuba resepi baru/resepi yang aku tak pernah try. Masa ni la nak test skill memasak, haha... Sebenarnya lidah ni nak merasa makanan lain selain dari makanan cafe asrama. Masakan mak tak payah cerita la kan, bila-bila pun lalu ja makan, hehe...

5) Keluar dengan kawan pun biasa la, gi sana sini sinu, konvoi raya, shopping (cuci mata ja, tengok wayang, minum supper, jalan-jalan, etc. Oh ya, banyak pulak jemputan kahwin tahun ni, Alhamdulillah tumpang happy untuk kawan.

6) Tulis cerita tentang my childhood memories. Sementara ingatan masih kuat ni, tulis dalam buku, nanti tua-tua nak terkenang balik kan senang. Nak cerita pengalaman kononnya, haha...


7) Bagi semangat kepada sepupu yang nak UPSR tak lama lagi dan sepupu sorang lagi yang accident. Be strong and get well soon~ Melawat di N9 dan Klang.

8) Mengasuh anak buah yang dah jadi 'ekor' achu dia. Mana-mana aku pi, mesti nak ikut, apa aku buat nak tiru, pengikut sejati, haha...

9) Belajar balik bahasa cina yang belajar dulu, buka semester baru nanti nak masuk level seterusnya pulak. Dah lebih setengah tahun tak belajar (praktikal + cuti sem) dan pengetahuan aku yang setahun jagung ni, memang kena refresh balik la.


10) Projek menggunakan semula barang yang selalu kita buang. Contohnya, guna gegelung tisu gulung tu untuk simpan wayar charger handphone.


11) Baca buku yang diborong masa Big Bad Wolf, bertimbun buku, hoho...

Sebenarnya tak la hebat sangat aktiviti cuti semester aku, hoho... Apa-apa ja la, asalkan ada benda nak buat masa duduk kat rumah. Dan aktiviti yang aku tak suka adalah qadha tidur bak kata orang. Itu memang aku tak buat sebabnya masa akan berlalu dengan cepat, tadi siang then tup tup dah nak malam. Malam nanti nak tidur lagi. Lagi pun aku tak suka tidur siang, take a nap ok la masa tengahari tu. Tak ada makna bagiku untuk tidur siang hari lama-lama, haha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...