artikel menarik

Friday, November 18, 2011

falsafah kucing



Waktu malam-malam sebelum tidur, jom kita muhasabah diri sikit. Supaya hari esoknya kita boleh berubah ke arah yang lebih baik. Orang berfalsafah, kucing pun ada falsafahnya iaitu falsafah kucing. Apa teladannya? 

Inilah falsafah hidup saya~
Makanan kegemaran kucing ialah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pergi memancing atau menangkap ikan sendiri di laut. Hal itu memang tidak dapat dilakukannya. Justeru, untuk memakan ikan, apa yang kucing buat? Biasanya, aksi apa yang kucing buat untuk minta makanan? Kucing akan menggesel-geselkan dirinya pada tuannya, menunjukkan sikap manjanya. Maka dengan belas ihsan dan kasing sayang dari tuannya, maka ia diberikan ikan sebagai santapannya. 

Begitu jugalah dengan manusia. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita perlu mendekati tuan kita. Siapa tuan kita? Allah yang Maha Agung, Tuhan sekalian alam. Kita mesti mendekati, mengenali dan cubalah 'bermanja' kepadaNya. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Mungkin kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan dapat tanpa belas ihsan dan rahmat dari tuan kita. Tidak mungkin kita mendapat rezeki tanpa izinNya. 

Lihatlah bagaimana kucing dikejar dan diburu tuannya kerana mencuri. Walaupun kucing berjaya mendapatkan ikan, tetapi tuannya tidak redha dan marah padanya. Jika begitu akhirnya, apakah ada gunanya??  Renung-renungkan dan selamat beramal~

2 comments:

afzalsukasuki said...

selain bermanja2 dengan Allah..boleh juga bermanja2 ngan bini, ngan omak, pakngah, acik, ketua kampung dan menatang ternakan

Unknown said...

ha3...kalau dengan ayh, bleh dpt duit poket lbh sikit =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...