artikel menarik

Sunday, October 24, 2010

~bowling~

Semalam lepas habis ja test sanitasi, aku terus keluar bandar nak g main bowling. Lama gak tak main, last main pun time tahun lepas. Walaupun aku ni just pemain amatur ja, tapi aku tak kisah la janji dapat main. Masuk longkang ka, strike ka, spare ka, aku layan ja semua, caca marba sudah. Puas itu penting ja, janji kita enjoy!! Semalam just main bertiga dengan aina and azah, 1 game. Seharian gak la keluar main, makan2 and jalan2. Hari ni pun keluar lagi, nak main bowling lagi tapi dengan orang lain lak. Hari ni keluar berempat dengan il, effa and dila. Sama gak macam semalam, main, makan2 and jalan2. Hari ni kitorang main 2 game, puas hati, ha3~ 2 hari berturut-turut aku keluar, almaklumla dah lama kot aku stay kat bilik tak pun busy buat report/assignment. Macam2 gaya dan aksi aku dapat tengok time kat bowling centre tu. Patutnya hari ni aku da rehearsal pukul 3 pm untuk jamuan ahad malam, organized by JPP tapi disebabkan lane bowling tu hanya akan ada kekosongan pukul 2.30 pm so kitorang ambil kepunak g reheatusan nak g tengok wayang. Tapi tiket semua pukul 2.40, 2.10 so mana sempat aku nak g rehearsal tu, then aku and il sepakat tak nak g rehearsal. Jadinya esok mlm ja la kitorang tengok keadaan nak duduk kat mana, nak buat apa, nak g mana dll. , ho3~ Apa2 pun 2 hari ni memang best sangat ditambah dengan ni sem last kami bersama2.
REALLY HAPPY AND LOVE THIS MOMENT THAT WE SPENT TOGETHER. THE MEMORY WILL ALWAYS BEAR IN MY MIND AND FEEL BY MY HEART.....

Friday, October 22, 2010

park shin hye- without words

Love this song in korean drama, you're beautiful. Watch the part (episode 7) where goo mi nam sang this song. Really wanna repeat this song after heard it once, he3...

i'm back !!

Minasan ohayoo, selamat pagi, morning, zao an...
Setelah sekian lama tak update blog, akhirnya. Dalam 2 minggu belakangan ni memang sibuk sangat, dah sem last2 ni, memang tak dapat dipisahkan diri dengan kesibukan. Aku nak recall jap, 2 minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan sesi ceramah a.k.a sesi tadah telinga, luas bukaan mata, tangan mencatat nota dan duduk atas kerusi rapat dengan meja.
Start dari hari khamis sampai ke hari sabtu ceramah ja.
Khamis : ceramah GMP and HACCP (tanya uncle google, dia memang terer)
Jumaat : taklimat untuk praktikal hujung tahun ni
Sabtu : ada 2 sesi, 1 kursus penampilan graduan. 1 lagi ceramah motivasi dari En. Amin Idris (personaliti tv). Hari ni memang aku almost 24 hours kot dengar ceramah.
Ahad : ni lain ckit, bukan ceramah, tapi still gunakan deria pendengaran dan penglihatan, ada teater, tajuknya "Menunggu Kata dari Tuhan". Ini adalah teater yang berdasarkan hadis yang dilakonkan oleh Sabri Yunus dan pemuzik dia Sani Kopratasa.
Itu jadual aku minggu lepas, tapi minggu ni pulak adalah minggu yang penuh dengan presentation. Presentation ni memang berturut-turut harinya. Kalau minggu lepas aku dengar orang bercakap, tapi minggu ni aku pulak yang bercakap.
Isnin : presentation bi, mula2 ingatkan sempat turn pagi, alih2 kena buat time petang. Group aku membentangkan bab2 pasal resume and cover letter. Then, ada sedikit soal jawab. Yang ni ok la sebab ya la sebab tak rasa nervous pun, lega.
Selasa : hari ni pulak pasal untuk kelas sanitasi dan perundangan. Tajuknya, pemantauan kebersihan di premis makanan. Tempat dah dipilih, gambar2 pun dah ambil, so tinggal nak present ja. Yang ni pun ok gak, sebab memang ada point nak cakap pasal premis 2.
Rabu : ini la presentation day yang bakal mengubah hidup aku and kawan2,hu3. Final project presentation. Pasal apa yang telah group aku kaji/buat selama tempoh masa hampir 5 bulan untuk sem ni. Group aku hasilkan new product and sedikit analisis kimia, Nutritious Baby Porridge, instant punya . Perisa ayam dan ikan bilis, no preservatives. Bubur ni orang dewasa pun boleh makan tapi sebenarnya ia lebih dirumus khas untuk baby. Bag abstrak, bagi sampel, tunjuk packaging, present hasil kajian, bersoal jawab then Alhamdulillah kitorang lulus !! Itulah flow before nak lulus 2.
Minggu depan pun dah bersusun tarikh untuk kitorang menghantar assignments and lab reports. Pas 2, study week start, then FINAL EXAM, hu3. Ni adalah exam aku last skali, tak da dah sem depan, praktikal sudah. Dah nak akhir2 sem, macam ni la rupanya kesibukan 2 tapi ni baru aktiviti tambahan, yang sibuk ke sana ke sini, uruskan itu ini, siapkan itu ini, hmm memang sibuk. Tapi tak pa, 'Strive 4 Success' , he3.....

Monday, October 4, 2010

kerenah jam loceng


Jam ni nak main hide and seek dengan kita. Bila loceng bunyi, ia akan jatuh terus ke lantai dan cari mana-mana tempat untuk sembunyi. Kalau tak nak jam ni terus melalak, carilah cepat....


Jam ni pulak macam ayam yang keluarkan telur. Selagi kita tak masukkan balik telur ayam tu, selagi tu la jam ni berbunyi...


4 keping puzzle tu perlu disusun untuk mendiamkan jam ni...


Dalam banyak-banyak pin tu, hanya 1 ja pin yang
boleh mematikan loceng jam ni. Mata pasti tak mengantuk selepas menyelesaikan misi ni...


Jam ni akan terbang dalam bilik so, kita kena la tangkap dan matikan bunyi loceng tu...

Sunday, October 3, 2010

kat-tun

The group's name is an acronym that was exclusively based on the first letter of each member's family name. KAT-TUN stands for Kazuya KAmenashi, Junnosuke Taguchi, Koki Tanaka, Tatsuya Ueda and Yuichi Nakamaru. I really love this song, the lyric is meaningful, he3~ The title for this song is 'Precious One' .....
Kono kurippu.. Kono kyoku wa, issho ni utau koto ga dekimasu (This is the song lyric for this clip..Lets sing together)
Time goes by bokura wa ikutsumo no deai to wakare wo kurikaesu
Here I am dareka no yasashisa ni amaete nanika wo miushinatta
ima sugisatta kisetsu wo kazoe 1(hito)rikiri no yoru nani wo omou?
Sometime toki ni nazeka mune ni semaru loneliness
I don't want to be all alone setsunakute
One day itsu no hi ni ka mitsukaru sa precious one
sora miagereba hora ne hitotsu no shining star
tell me why doushite boku-tachi wa konna ni ai wo motomeru no kana?
Ahh... hoshizora wa shoujiki da ne yasashiku kirameki yoru wo kazaru
Somewhere dokoka ni iru taisetsu na only one
You're not all alone anymore 1(hito)ri ja nai
Someday itsuka aeru unmei no someone you'll love
futo ki ga tsukeba hora ne kimi no soba ni iru
tatoe million years toki ga sutemo
We never change No worries You'll be alright
Your precious only one kanarazu deaeru sa
One day you'll find kono ??(hoshi) de I believe in love
zutto
Sometime toki ni nazeka mune ni semaru loneliness
I don't want to be all alone setsunakute
Somewhere dokoka ni iru taisetsu na only one
You're not all alone anymore 1(hito)ri ja nai
Someday itsuka aeru unmei no someone you love
futo ki ga tsukeba hora ne kimi no soba ni iru
kimi ga soba ni iru
You'll meet your only one
Somewhere dokoka ni iru taisetsu na only one
You're not all alone anymore 1(hito)ri ja nai
Sometime toki ni nazeka mune ni semaru loneliness
I don't want to be all alone only one

Saturday, October 2, 2010

20 jangan

  • JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk kebaikan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya...

rezeki syawal

Hari ni adalah hari yang tak disangka-sangka. Balik ja kelas kul 10 lebih g beli sarapan dulu, koey teow goreng + telur mata, he3. Sambil makan tu, macam biasa aku akan makan kat depan laptop sambil tengok anime, shaman king. Tengok anime dah nak dekat sejam lebih, tetiba mata rasa ngantuk pulak, bantal and katil dah sedia ada so apa lagi, aku pun melelapkan mata sekejap. Dah agak lama aku tidur, ada kawan aku hantar mesej suruh datang dewan. Katanya ada jamuan raya sekali dengan penyampaian anugerah pada sapa-sapa yang CGPA 3.8 and above. Aku pun terpisat-pisat bangun. Mula-mula rasa malas jugak tapi dah memandangkan dia tepon aku (celcom ke digi tu...), aku pun bersiap-siaplah ala kadar ja. Sampai ja dewan, mak ai dah ramai orang, tengah berucap plak tu. Aku pun main redah ja tak tengok dah kiri kanan. Ramainya lecturer and staff, ho3~ Nama sorang-sorang pun disebut and lastly, nama aku. Bertambah bangga bila hampir 10 orang dari 15 orang student tu adalah student from Food Technology Department, he3. All of us receive white envelope and really curious bout inside it. Pastu, boleh la makan-makan. Dah kebetulan, aku pun belum lunch so hari ni punya lunch is f.o.c. Satay 3 cucuk, lemang 2 potong, sesenduk rendang, roti jala 3 gulung, 2 potong tembikai and segelas air oren dah cukup mengenyangkan aku, Alhamdulillah. Then balik, bila sampai ja bilik terus buka white envelope tu. Wah, ada




kat dalam 2, yay !! Padan la aku rasa semangat ja nak g jamuan tu, kalau tak melepas aku jawabnya. Bukan nak bangga, just nak share yang usaha ke arah kebaikan atau kejayaan memang amat berbaloi. Semoga aku tidak berada dalam golongan orang-orang yang riak. Final exam lagi sebulan, fuhh. Harapnya aku dapat naikkan lagi CGPA aku, 3.9, even klau naik 3.92 ka 3.93 ka pun dah ok. To all my friends, thanks for being with me within this 3 years at Kuantan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...