artikel menarik

Tuesday, July 6, 2010

sayangi hidung anda

Saja nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu. Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya kenalah kita ambil tahu sedikit. Bunga akan berkembang segar jika disirami air. Dan hidung akan berkembang megah bila dipuji orang. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kekadang air hidung lebih banyak dari air mata malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah anda hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya. Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah SAW selain daripada bersugi.
Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita macam-macam dia bikin. Oleh itu bersihkanlah.
CARA NAK BERSIHKANNYA :
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal daa) Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan banyak nanti berbuih pulak lubang hidung tu, lemas kang susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah SWT dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kpd amalan masing-masing).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...