artikel menarik

Friday, July 2, 2010

kambing takut air ??

Semua orang mengemukakan pendapat bahawa kambing takut akan air. Adakah terdapat bukti-bukti kukuh yang menyatakan bahawa kambing takut akan air? Adakah pernyataan di atas merujuk kepada fakta?

Berikut adalah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kambing sebenarnya tidak takut akan air.
  • Selalunya pada hari hujan kita akan lihat kambing lari bertempiaran. Adakah disebabkan kambing takut akan air? Kita juga bertempiaran ketika hujan. Adakah kita juga takut akan air? Sebenarnya kambing juga tidak mahu diserang selesema atau demam,begitu juga dengan kita.
  • Kambing bukan saja tidak takut dengan air malahan ia datang lebih dekat dengan air. Bagaimana kambing hendak minum jika ia takut akan air? Cuba anda fikirkan.
  • Kita juga mengatakan kambing takut akan air kerana ia tidak berendam macam kerbau. Sebenarnya bukankah badan kambing lebih kecil daripada kerbau jadi,ia tidak cukup ketinggian untuk berendam.mungkin juga ia tidak tahu berenang.kita juga tidak mahu terjun dalam sungai jika kita tidak pandai berenang kerena takut lemas.
Jadi pernyataan bahawa kambing takut akan air adalah auta kan? Hakikat atau fakta yang sebenar ialah kambing sengaja berpura-pura takut akan air sebagai teladan kepada manusia yang malas mandi. Fikir-fikirkan…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...