artikel menarik

Sunday, January 11, 2015

jaga kesihatan mata

Malam ni aku menaip entri dalam kesamaran, sebab hanya bersumberkan lampu study. My roommate tak berapa sihat, so kita tutup lampu bagi dia tidur. Tak habis-habis lagi aku menjawab exam, baru selesai 2 subjek. Sesekali telinga ni tertangkap juga bunyi roda bagasi, ramai dah nak balik bercuti semester di rumah. Tulat, 13hb and the next, next day tu baru last paper, 15hb. Tapi perangai tak serupa ada exam pun, dari tengahari asyik menghadap laptop ja, aktiviti yang tak sihat langsung untuk orang muda hatta semua orang la.

Tengok video banyak daripada tengok nota. Nota pun ada dalam laptop ni, sumber lagha pun ada. Rasa macam dah boleh tersedut masuk ke alam maya dah macam ada satu buku cerita yang aku baca dulu. Tak ingat tajuk apa tapi main point dia kena sedut ke alam maya. Menghadap laptop, tablet dan smartphone lama-lama bukannya bagus pun untuk mata. Satu lagi habit yang aku tak boleh nak buang, sebelum tidur tu mesti nak kena main phone/tablet walaupun sekejap. Tutup lampu bilik, baring atas katil dah lama, tapi masih belum tidur. Masa tu muka penuh nur, sebab cahaya phone suluh muka, hehehe...

Ok la nak cerita pasal mata.



 Keturunan aku sebelah mak, memang ada masalah dengan mata. Ramai la yang menjadi 'spek'ers. InsyaAllah kalau ada rezeki dan diizinkanNya, aku teringin nak undergo LASIK. Macam mana nak kekalkan kesihatan mata? Dari segi pemakanan, of course sayur terutama carrot (kaya dengan beta carotene), sayuran hijau dan buah adalah sumber utama. Kalau in English, macam ni bunyinya, protecting your eyes starts with the food on your plateAku dulu ada sayur-sayur tertentu ja makan, tapi bila semakin meningkat umur ni, dah belajar makan sayur yang lain. 

Next, sesekali keluar jalan-jalan tu singgah la pergi check mata. Ada yang tak rabun tapi silau, so kena sentiasa tahu status kesihatan mata kita. Bila patut berhenti menghadap laptop? Bila mata kering, atau pun rasa macam ada something kat mata tapi tak ada apa pun. Nak hilangkan rasa tak selesa tu, blink your eyes. Blink, blink, blink banyak-banyak, nak senang letak eye drop. Tapi aku tak pakai, blink-blink ja. Kadang-kadang mata tiba-tiba rasa kabur, sakit belakang, pening kepala dan rasa letih mata. Macam mana nak describe rasa letih mata tu eh? Hmmm... eye strain?? 

Last sekali, kita boleh amalkan konsep 20-20-20. Senang ja nak amalkan, setiap 20 minit alihkan pandangan dengan tengok somewhere yang 20 feet away selama 20 saat. 


Ni la yang orang kat Focus Point tu selalu pesan, hohoho
Ok, dah 20 minit aku menghadap ni, bye~~~ Baru nak beramal, hahaha... 

5 comments:

Cik_Shiqah said...

saya pun turut terjebak dgn rabun.. huhuhu dri skolah rendah. mungkin sbb suka suka baca bku dlm gelap. salah sndiri. mak ada juga mrh dlu2 tapi yelah, tak amik kisah. last2 rabun la jadinya. T_T

Unknown said...

Risau bila nak bagi tau mak, nak wat spek...hohoho

anamizu said...

zmn skrg ni lg kan. semuanya gadget + online. nak restkan mata 20second pon rasa mcm lamanye la hai eheeee

Madam N said...

Tagging u!! :) http://mylittlepad-syifa.blogspot.com/

Amelia said...

mata saya dah lama rabun, then jdi lagi teruk sbb asyik hdp laptop xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...