Semalam adalah hari terakhir dalam minggu ini aku OT untuk ekstrak gelatin, minggu depan lain cerita. Beralaskan perut dengan beberapa biji kuih-muih tradisional sebagai sarapan, aku pun melakukan rutin yang sama dalam makmal. Setelah habis kuih-muih tersebut dicerna, jam 2.45 petang perut aku minta diisi semula. Dengan keletihan menyiapkan projek tahun akhir, tiba-tiba kenderaan dari kedua-dua arah memberikan laluan untuk aku melintas ke kafe. Alhamdulillah, lancar perjalanan aku, hehe... Boring jugak kalau hari-hari makan nasi, jadi untuk lunch aku decide nak makan koay teow sup, tambah sikit bebola ikan dan crab stick (sebenarnya sama ja dua-dua ni, surimi ja pun, haha...) supaya lunch aku nampak menarik. Letak sambal kicap sikit, sambal merah sikit, dah cukup sedap dah.
Masa beratur, sempat bertegur sapa dengan akak PJJ yang sama-sama beratur membeli makanan. Sebelum membayar koay teow sup tu, sekali lagi aku mendapat rezeki tak diduga, akak di hadapan yang aku tak pasti akak PJJ atau pensyarah, membayar harga makanan aku. Alhamdulillah sekali lagi. Aku teruskan kerja-kerja di makmal. Untuk makan malam (beli ayam goreng, makan bersama instant porridge yang beli di kedai 24 jam) pulak, dah ada kawan yang tolong belikan dan dapat keropok lekor free. Rezeki lagi. Malamnya selepas siap membersihkan diri, borak-borak sambil krup-krap-krup-krap makan tempeyek dan kuih akaq nyoq yang kawan aku bawa, mak dia buatkan.
Bila fikir balik, memang la siang tadi aku letih buat kerja rutin dan ditambah dengan tawaf mencari radas, memahami instrumen yang nak digunakan nanti tapi Allah gantikan rasa kesusahan itu dengan rasa syukur atas rezekiNya. Macam dalam surah Al-Insyirah, sesungguhnya setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Jadi kalau ditimpa kesusahan, bacalah surah Al-Insyirah. Kalau tak ditimpa kesusahan pun, apa salahnya kita baca. Semoga Allah mudahkan urusan kita pada hari yang mendatang, dimurahkan rezeki dan sentiada berada di bawah payungan rahmatNya. Amin~