Hello Monday!! Monday blues?? Nanti la nak cerita pasal macam mana nak beat monday blues. Mulanya nak update blog semalam tapi disebabkan terlalu letih maka pagi ni la baru mula menaip. Nak cerita mengenai Ohhsem Festival yang berlangsung sejak hari Sabtu sampai Ahad iaitu semalam. Kalau tengok kat instagram (#ohsemfestival), banyak la gambar orang membeli-belah. Oh ya, Fynn Jamal aka Kok Ping bersama Juna and Tri pun ada datang.
Aku pergi tolong kawan berniaga kat sana. Dia jual baju, skirt, shawl, tudung, kasut, headband baby etc. Aku melepak ja kat sana sambil jadi promoter sambilan, hehehe... Ni dia punya instagram, dreamdomewardrobe. Festival ni berlangsung kat depan Dewan Budaya, USM (kawasan sekitar Permatang Pelajar dan Dataran Bintang). Itulah kali kedua aku berniaga kat sana. Yang first time, masa berniaga untuk subjek Keusahawanan. Masa tu jual beg and aksesori wanita. Alhamdulillah kedua-dua pengalaman berniaga aku memberi pulangan yang memuaskan.
Photo by:BF kawan aku yang snap pic ni, yang aku snap jadi blur, hehe |
Aku pergi tolong kawan berniaga kat sana. Dia jual baju, skirt, shawl, tudung, kasut, headband baby etc. Aku melepak ja kat sana sambil jadi promoter sambilan, hehehe... Ni dia punya instagram, dreamdomewardrobe. Festival ni berlangsung kat depan Dewan Budaya, USM (kawasan sekitar Permatang Pelajar dan Dataran Bintang). Itulah kali kedua aku berniaga kat sana. Yang first time, masa berniaga untuk subjek Keusahawanan. Masa tu jual beg and aksesori wanita. Alhamdulillah kedua-dua pengalaman berniaga aku memberi pulangan yang memuaskan.
Seronok sebenarnya berniaga ni, macam kita main jual-jual masa kecik-kecik dulu. Secara tak langsung, berniaga ni dah asah soft skill aku. Macam mana nak deal dengan ragam manusia yang pelbagai kerenah, mempengaruhi orang dan kemahiran mencongak. Biasa la pelanggan, nak murah, nak tawar-menawar, sebab bila aku jadi pelanggan, aku pun macam tu jugak, haha... Ada mak cik yang datang sampai 3 kali dalam tempoh 2 hari berniaga. Dia tanya itu ini, sembang itu ini tapi kita kena layan la. Berniaga tak boleh berat mulut, tapi jangan ringan sangat mulut sampai orang meluat.
Areena, our friend and our first customer ^^ |
Semoga kawan sekelas aku tak meluat kat aku sebab dok promote barang kat kedai tu sampai dia terbeli, hehehe... Kawan lagi 1 cakap, aku patut ambil minor management, subjek marketing. Aku minat jugak bab tu tapi tak berminat untuk belajar secara teori. Aku ambil minor psikologi dan dari situ pun kita boleh aplikasi dalam berniaga. Aku gunakan ayat-ayat persuasive supaya pelanggan terbeli barang kat kedai tu. Terima kasih pada semua yang membeli, semoga anda happy memakai barang belian tersebut.
Aku memang minat dengan psikologi walaupun orang cakap, ala ambil minor psikologi
senang nak score sebab paper tu jawapan dia multiple choices. Kalau jawapan dah ada depan mata tapi tak study elok-elok, jawapan tu kita tak nampak depan mata, siap nampak 4 5 jawapan lagi. Kebanyakkan student dari kos aku ambil minor psikologi or management. Walaupun major food tech., kalau ada ilmu management, itu sangat bagus sebab macam pelengkap bila kita masuk industri. Tapi pada pandangan aku, kalau belajar saja tapi tak diaplikasikan pun tak guna jugak. It's a bonus la kalau lebih mudah dapat A or A- bila ambil paper psikologi. Bidang ilmu itu kan luas, so the choice is yours~ Tapi ingat, betulkan niat, jangan nak A saja.
Melalut dah aku, nak terlari topik dah. No offense k, nak pergi buat minuman panas pada hari yang sejuk mencengkam tulang ni (^^,)Y