Saturday, February 16, 2013
syukur~
Baru la aku rasa tak malu nak bagi tau result kat mak ayah~ |
Alhamdulillah, syukur. Hari ini keluar jugak official result untuk final exam semester lepas. Akhirnya, impian aku jadi kenyataan. Azam jangka pendek 2013 aku untuk tersenarai dalam dean list tercapai. Ini langkah pertama aku untuk terus memperbaiki result dan sebagai pembakar semangat untuk sem akan datang yang akan bermula lebih kurang 3 hari lagi. Aku dah pernah berasa duduk di bawah dan duduk di atas. Jadi, kalau orang lain boleh, aku pun mesti boleh. Kadang-kadang kita dah usaha, tapi keputusan macam tak setimpal, anggap la bahawa Allah ada sesuatu yang lebih baik dari itu.
Aku nak buktikan pada diri sendiri dan orang lain bahawa aku pun boleh. Zaman mengelaskan seseorang itu dengan lulus atau gagalnya sesuatu dah berlalu. Sekarang apa yang membezakan seseorang itu adalah pengetahuan dan kejahilan. Walau apa pun, ini hanyalah urusan dunia. Kejar akhirat pasti dapat dunia. Sebab bila dah dapat akhirat, secara automatik kita akan dapat dunia juga.
Aku ingat lagi masa aku tingkatan 2. Kawan aku dapat 79 markah untuk paper Bahasa Inggeris. Sayang kan, 1 lagi nak A. Dia minta nak tambah 1 lagi markah bagi jadi 80. Then, teacher aku cakap, "Jangan minta markah tambahan dari saya. Banyak mana yang awak usaha, banyak tu la yang awak dapat. Kalau awak cakap, ala sikit lagi nak A, saya pun boleh cakap, awak pun perlu usaha sikit saja lagi." Masa tu aku dapat 78, ada hati juga nak minta. Tapi tak jadi. Ada betulnya kata teacher aku tu.
Terima kasih pada kawan-kawan aku yang menjadi teman bersendut (Perpustakaan Hamzah Sendut). Tahniah juga pada diorang. Aku pun dapat tumpang berbangga, diorang pun tak kurang hebatnya. Semoga nikmat yang Allah beri ni, tidak menjadikan aku seorang yang riak. Perkongsian ni hanyalah sebagai tempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa. Tak ada diari nak menulis memori ni, sebab menaip lebih mudah. (^^,)
Tuesday, February 12, 2013
elektrik di dalam tubuh manusia
Pernah tak anda mengalami keadaan seperti terkena renjatan elektrik ketika
memegang besi (troli di supermarket), bersentuh tangan dengan rakan di sebelah
yang memakai cincin, memegang tombol pintu dan pelbagai lagi keadaan yang
lain? Aku pernah. Tapi tak la kerap sangat, sekali sekala. Jadi,
tertanya-tanya jugak apa sebabnya. Keadaan ini adalah perkara biasa atau pun
tidak. Lepas baca artikel mengenal hal ni, baru aku faham kenapa renjatan
elektrik berlaku. Kat bawah ni adalah penerangan mengenai hal ini.
Menurut Dr. Azmi Alias, Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila ransangan diberikan.
Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada
neuron-neuron. Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf
terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, kalium
(potassium, K) dan natrium (sodium, Na) misalnya membawa cas positif dan
klorida (chloride, Cl) membawa cas negatif. Dalam keadaan normal, cas lebih
negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku
ransangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf.
Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi.
Tubuh manusia merupakan konduktor elektrik
dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil.
Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu
mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik. Apabila seorang
manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif
akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada
manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.
Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif
itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia
juga boleh mendapat renjatan elektrik. Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan
bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya
satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu
sendiri.
Seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas
negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika
berjalan atau duduk. Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas
boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia
boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik
statik kerana tindakan seperti geselan. Begitu juga tabiat berjalan secara
bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang
diperbuat daripada kapas.
Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga
menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak
berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku
ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan. Kejadian itu banyak melibatkan
kawasan lengan, mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang
bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.
Namun, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang
berlaku dalam tubuh bdan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat
beberapa penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik seperti
sindrom carpal tunnel, sakit tulang belakang cakera prolaps, trigeminal
neuralgia dan penyakit sawan.
Patutlah masa aku dalam tempat yang sejuk macam kat
supermarket or shopping complex, rasa macam kena renjtan elektrik. Dah sejuk
gila, mesti la gosok tapak tangan kan, kononnya nak bagi haba pada tangan.
Mujur gosok-gosok, tak keluar api, hehehe... Kadang-kadang aku lapik dengan
lengan baju bila nak pegang troli bila kat supermarket. So, korang lepas ni
ambil precautions sebelum sentuh apa-apa, gunakan penebat elektrik, hohoho...
(^^,)Y
Subscribe to:
Posts (Atom)