Terasa lama tak menjejakkan kaki kat sini. Hanya berbicara dalam hati tanpa mampu tertaip di sini. Sibuk mungkin. Tapi itu tidak patut dijadikan alasan, takut-takut nanti jadi tabiat. Cakap ja la, yang sebenarnya aku malas nak menaip, hahaha... Aaaa, hari ni hari pertama dalam tahun 2014 so, azam tahun 2013 korang dah tercapai? Kalau belum tercapai lagi pun, masih belum terlambat sebab kita tak perlu tunggu tahun baru untuk laksanakan sesuatu. Kan? Hehe... Macam biasa, aku masih bergelumang dengan nota-nota, soalan past years, musim final exam. Dah lepas belajar nanti pun, ada exam jugak, exam-exam kehidupan, banyak lagi cabaran dan ujian. Rasanya aku perlu post entri kompilasi lagi kali ni. Yang lepas punya, entri kompilasi 1 dan entri kompilasi 2.
1) Langkawi Lagi
Masa April 2012, pi Langkawi dengan kawan-kawan masa diploma dulu berlima, tapi awal March 2013 pi Langkawi dengan kawan-kawan degree berbelas-belas orang. Dah macam rombongan che kiah dah. Kalau nak gembira bukan kita di mana tetapi dengan siapa atau apa. Kalau duduk dalam bilik ja pun, kalau ada kawan, menjadi-jadi seronok tu, hahaha... Sebelum sibuk dengan apa-apa test or assingment, kami bercuti dulu siap-siap, hehehe....
2) Big Bad Wolf 2013
Akhirnya, ada jugak Big Bad Wolf kat Penang, dari 22-31 March. Baru senang aku nak pi. Serius rambang mata, ini belum sebesar kat KL tu. Alang-alang dapat baucer buku tu, kita beli la buku kan. Lagi pun time ni aku dah habis beli buku rujukan and alat tulis. Yang ni pun kami buat rombongan jugak, dalam 8 orang kot. Keluar pukul 11 pagi, balik pukul 10 malam. Dah puas jalan kat BBW kat Penang Times Square, kami pi jalan-jalan kat 1st Avenue pulak. Mujur dah buat preparation awal, bawa beg yang selesa untuk menggendong buku-buku tu. Macam ni la cara perempuan exercise, kehkehkeh~
3) Happy Nurses Day & Happy Teachers Day
May all the care and kindness you give to others come back to warm your heart. My own sister, nurse, kawan-kawan pun ada yang nurse. Jadi, wish untuk diorang every 12 May and Happy Teachers Day setiap 16 May sebab ramai jugak kawan-kawan or kenalan yang menjadi cikgu. Semestinya tak lupa ucapan untuk cikgu yang mengajar dari tadika, kelas fardhu 'ain, SKTK, AIGS, POLISAS and USM, yang utamanya untuk mak ayah, ajar macam-macam dari start lahir lagi...
4) Bertemu dengan June
Bukan June nama orang tapi bulan June. Macam biasa tiap-tiap tahun, June and January aku akan menghadapi final exam. Yang exam June 2013 aku dah selesai, Alhamdulillah matlamat tercapai, tunggu exam January 2014 ni pulak. Sekarang aku dalam mode study week sebab 1st paper 4 January, hohoho~
5) Ramadhan dan Syawal
Sekarang Ramadhan dan Syawal dah berlalu, tapi masih merindui 2 bulan tersebut.
Bukan bulan Ramadhan
A : Dah masuk waktu Maghrib ka?
B : Belum lagi rasanya, 5 minit lagi kot...
C : Masuk dah la, dah 7.20 dah ni...
Bulan Ramadhan
A : Dah masuk waktu Maghrib ka?
B : Belum lagi, lagi 3 minit.
C : Aah belum lagi, hari ni buka puasa pukul 7.16 pm.
Macam tu la situasinya, dah masuk Ramadhan baru akan alert Maghrib masuk pukul berapa. Subuh pun sebab takut terlajak sahur. Kalau dulu, tunggu nak solat Subuh sampai hampir waktu Syuruk dah. Sejak pindah rumah 3-4 tahun lalu, masa raya mesti lorong perumahan aku tu, kami yang jiran-jiran ni ambil gambar sama-sama.
6) 3rd Year di USM
Masuk ja September, sidang baru bermula. Selalu kalau jumpa kawan-kawan mak atau ayah, diorang akan tanya, tahun berapa dah belajar? Aku cakap la, tahun 3. Then, depa kata owh tahun akhir dah la. Perbualan berterusan, aku jawab tak, sebab kos saya 4 tahun.(T__T) September 2014 boleh aku jawab, aah saya tahun akhir, hahaha.... Majlis konvokesyen pun on September jugak, ber'pastri'an kami buat untuk jual under Food Tech. Club. Puas main tepung, doh semua, Alhamdulillah mendapat sambutan dan hasil yang baik (^^,). Yang lain-lain pergi ke kelas macam biasa, join aktiviti itu ini, sukaneka, jalan-jalan etc. Hahaha...
7) Majlis Bertunang dan Perkahwinan
Bukan aku tapi kawan aku, hehehe... Kan nak dekat hujung-hujung tahun ni, berderet-deret jemputan. Tumpang bahagia untuk kawan-kawan. Selamat melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia dan diberkati...
8) Happy Birthday
Happy birthday to me !!! Semoga Allah panjangkan usiaku dengan kesihatan yang baik, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan, Amin~ Wish untuk diri sendiri jap. Terima kasih untuk kawan-kawan yang wish, mengambil sedikit masa untuk mendoakan kesejahteraan diri ini. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melaksanakan tugas sebagai hambaNya. Dulu masa kecik-kecik, kawan-kawan pun tak tau bila birthday sebabnya birthday masa cuti sekolah, 29 Nov. Masa tu teringin la jugak, nak beli cumi, gula-gula, wafer lepas tu bungkus dalam plastik. Pi sekolah bagi kat kawan-kawan. Hahaha...
9) Keychain Free
Beli 2 kotak susu Dutch Lady, anda akan dapat keychain lembu percuma kat 7E. Tak tau la promosi ni kat certain kedai saja or dah tamat tempoh promosi. Yang lawaknya kami bertiga dapat sorang satu. Kisah dia macam ni :
Aku : Eh, gambar lembu ni macam pernah tengok. Macam lembu kat kotak susu apa entah.
Aina : Aah la, rasa macam pernah tengok. Tak ingat la pulak kat mana
Aku : Kan? Aku pun rasa macam tu.
Cashier 7E : Nah ambil satu lagi, jangan berebut.
Aku pun ambil sambil cakap terima kasih. Then aku and aine berbisik-bisik, kita just bincang gambar lembu tu ja kan.
Akak : Wah, not fair!!
Cashier 7E : Ambil ni, sorang satu.
Walaupun kawan aku yang akak tu beli susu Goodday, tapi dia pun dapt keychain tu. Setakat tu ja ceritanya.
10) Beriadah
Masa study week minggu lepas, balik rumah sat. Pagi-pagi lagi dah keluar pi jogging dengan mak and ayah. Sejuk ja mata memandang kehijauan alam. Dah halfway jogging tu, beli sawi segar dah alang-alang sampai kebun sayur. Tak boleh nak study ja, kena riadah jugak, baru rasa fresh, hehehe....
Sekian sampai di sini saja. Banyak lagi nak cerita tapi dah lama habiskan masa untuk taip entri ni. Masa untuk study semula, (^^,)Y
No comments:
Post a Comment