artikel menarik

Monday, March 30, 2015

life hack di asrama

Tahun 2015 ni merupakan tahun yang ke-13 aku tinggal kat asrama. Lama gila kan? Sejak Tingkatan 1, sampai la Diploma sampai la sekarang, Ijazah. Cerita kenakalan aku dan kawan-kawan, ragam manusia, cerita mistik yang pastinya, memang banyak. Macam-macam sampaikan tak tercerita. Jadinya, hari ni aku rasa terpanggil nak cerita sikit mengenai cara nak mudahkan kehidupan kat asrama/hostel/desasiswa/kolej kediaman dan yang sewaktu dengannya. 

1) Cara mudah dan cepat seterika uniform sekolah/baju
Bagi siapa yang masih bersekolah, mesti bosan dan malas kan nak seterika baju sekolah? Atau aku sorang ja rasa macam tu? Hehe... 
a) Baju sekolah - seterika hanya pada bahagian pinggang dan ke bawah, yang lain boleh tutup dengan tudung. Kemudian, seterika lengan baju sikit, untuk bagi nampak garis kemasan.
b) Kain sekolah - seterika pada bahagian lutut dan ke bawah, yang lutut ke atas dah tutup dengan baju sekolah. Lepas tu. seterika lipatan kain pun untuk nampak garis kemasan.
Sebenarnya uniform sekolah ni tak perlu basuh pakai mesin basuh pun, boleh elakkan kedutan melampau. Rendam sekejap dengan sabun basuh, kemudian berus kat bahagian yang mungkin berdaki dan mudah lekat kotoran seperti kat leher dan pergelangan tangan. Satu lagi, kat kain bahagian bawah sebab ada sesetengah pelajar sukakan kebersihan jadi dia sapu habis sampah dengan kain sekolah. Kalau baju biasa pulak, yang mudah kedut tu jangan perah terlalu kuat (kibas ja) untuk kurangkan kedut dan konsepnya, seterika pada bahagian yang nampak kedut dan tak dapat diselindungkan.

2) Senaman 
Nak pergi bersenam tu yang malas sebenarnya. Nak bersiap, pakai kasut sukan, itulah punca rasa malas tu. Senaman ni boleh ja buat kat bilik/dorm. 
a) Jom buat 'sit up'. Biasanya bahagian hujung katil besi akan ada ruangan untuk selit kaki. Selitkan kaki kat situ dan boleh buat 'sit up' sorang-sorang, jangan kata tiada kawan nak pegang kaki sebagai alasan. 
b) Getah banyak kan dapat masa beli makanan yang dibungkus? So, apa kata buat satu tali 'skipping' selain daripada melastik cicak. Lompat la selagi jiran di bawah tak marah dengan bunyi hentakan kaki dan beban dari badan, kesan daripada graviti. 
Murah dan mudah, tinggal untuk dilaksanakan atau tidak.

3) Lampu study terlalu cerah
Lampu study tujuannya supaya cahaya tu lebih fokus pada meja dan kurang mengganggu roommate untuk tidur. Tapi kadang-kadang bila dah lama duduk kat meja study tu, pening jugak dengan lampu yang terlalu cerah tu. Ambil sehelai kertas A4/kajang (warna putih) dan gulung/selitkan di lampu. Kalau kertas berwarna, nanti malap sangat dan tak sesuai nak buat kerja sebab pencahayaan tak cukup. 

4) Jimat 'toiletries'
Contohnya ubat gigi, tak perlu untuk kita picit ubat gigi sepanjang berus gigi tu. Saiz ubat gigi yang sesuai hanyalah sebesar kacang pea saja. InsyaAllah pasti mulut tu cukup berbuih-buih dan berangin dah. Sabun mandi pulak, picit sikit atas span/jala mandi yang basah kemudian baru sabun badan. Buih yang lebih tu boleh la main tiup-tiup. Untuk syampu pulak, ikut ketebalan dan panjang rambut, kena pandai agak-agak. Lepas tu, masa syampu, gosok sikit kulit kepala dengan hujung jari (bukan kuku). Baru hilang minyak, pembentukan kelemumur dan rasa gatal. Tak kan nak syampu setiap kali kepala rasa gatal kan?

5) Alat bantu lipat baju
Ini tiada kena mengena dengan alat bantuan dari Doraemon. Baju hari-hari bertukar, dah basuh kena la lipat pulak. Apa kata cuba buat alat ni, mesti rasa teruja setiap kali nak lipat baju.

Dulu kena buat oral presentation, kononnya kita sebagai promoter dan barang yang nak dipromote tu mestilah barang yang tiada di pasaran. Dapat idea dari video tu so, aku pun buat alat bantu lipat baju tu, Alhamdulillah mendapat pujian (mesti sebab lecturer tu pun rasa malas nak lipat baju jugak, haha). Dengan beberapa langkah saja, baju pun siap dilipat. Nak masukkan dalam almari, kena usaha sendiri la. 

Nak lagi 'life hack' yang lain? Boleh baca kat artikel ni : 9 Creative Hacks Malaysian Students Pulled Off To Survive College Life

Monday, March 23, 2015

tips menjimatkan wang

Cepat ja masa berlalu, baru hari tu rasanya sambut tahun baru 2015. Mac dah nak habis, April pulak tak sabar-sabar nak datang gantikan Mac. Yang kita pulak? Tak kisah la bulan apa pun, duit memang tak sabar-sabar nak keluar dari poket tambah-tambah masa April nanti sebab errrrr... you-know-what. Lepas baca artikel kat bawah ni, aku rasa memang semua orang mampu buat, mampu menjimatkan wang.

I love saving money but i love spending money too, hehe
So, ada lagi tak cara nak jimatkan wang selain dalam artikel tu? Ada lagi, jangan risau.

1) Bayar diri kita dulu lepas dapat gaji/biasiswa/sumber kewangan lain
Sekarang kan ada internet banking, klik-klik saja, simpan sejumlah wang dalam akaun simpanan. Contoh, sebulan aku kena simpan/asingkan RM 30 dalam akaun lain.

2) Kurangkan menonton wayang.
Kalau dah menonton wayang tu, mulut mesti nak kunyah-kunyah kan? Kita pun beli popcorn sekali dengan air la (combo). Kononnya habis jimat dah la daripada beli popcorn semata. So, tiket wayang sekali makan, lazimnya boleh sampai RM15. Apa kata, tunggu lambat sikit, then download movie tu dan pasang kat laptop with DIY projector, projectkan kat dinding rumah.

3) Kitar semula barang
Selain daripada kitar semula kertas, kaca, aluminium tu (walaupun hasilnya sikit but duit tetap duit kan?), kita boleh jugak gunakan semula. Contoh macam balang kaca jem, boleh buat bekas simpan rempah ratus dan sebagainya. Bekas tu biasanya memang kedap udara, sesuai untuk simpan makanan. Tak payah nak spend more money beli bekas plastik itu, bekas plastik ini. Lagi pun, plastik ni non-biodegradable la, tak tau tahun bila boleh reput bila dibuang.

4) Jimat air dan elektrik
Ok fine, memang ni keperluan harian dan digunakan hampir sepanjang masa. Cakap pasal air dulu, masa gosok gigi, basuh tangan, basuh pinggan mangkuk, mandi dan banyak masa lain lagi yang kita dah bazirkan. Contoh, masa gosok gigi kita cuma perlu celupkan berus gigi dalam bekas air kumur nanti dan gosok. Cara yang salah ialah dengan membuka pili, basahkan berus gigi, baru nak picit ubat gigi, gosok gigi (mesti lama sebab nak bersih dan berseri kan? Haha), kumur-kumur then basuh berus gigi. Sepanjang masa pili air mencurah, sepanjang masa tu jugak la kita membazir.

Elektrik pulak. Kalau nak keluar dari bilik pergi makan/tengok tv dan sebagainya, tutup la kipas atau lampu atau peralatan elektrik lain yang patut ditutup. Kalau keluar sekejap ja, ok la. Masa cas gajet, biarkan bateri gajet tu penuh dulu, jangan tengah masa cas tu la kita pun nak main. Bila masa bateri nak penuh kan?

5) Jadilah pengguna yang bijak semasa membeli
Macam mana nak jadi macam tu? Katakan nak beli pencuci muka brand A, tapi ada dua size, berat dan harga mesti tak sama. Tapi kita tengok kalau beli yang besar lebih jimat atau yang kecil? Kena buat perbandingan antara brand, size dan kualiti. Bukan bermaksud bila nak jimat tu, kita pun beli barang cap ayam (low quality/brand yang tak famous). Ada sesetengah barang, mahal kerana jenama ja. Kadang-kadang ada promotion, macam barang yang jimat untuk certain hari (tengok kat katalog pasaraya). Untuk berjimat atau tak, sebelum beli apa-apa, baca dulu label. Tengok kandungan dan tanda Halal, itu sudah semstinya. Beli apa yang perlu, bukan apa saja yang anda mahu.

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh dikongsi dan dipraktikkan. Benda-benda kat atas tu, bukan kita tak tahu, kita sengaja buat-buat tak tahu. Kan? Haha... Benda mudah tapi kalau kita tak buat memang tak jadi. Korang selalu berjimat macam mana? Aku selalu buat macam ni.

Friday, January 30, 2015

rezeki dari langit~


Semalam adalah hari terakhir dalam minggu ini aku OT untuk ekstrak gelatin, minggu depan lain cerita. Beralaskan perut dengan beberapa biji kuih-muih tradisional sebagai sarapan, aku pun melakukan rutin yang sama dalam makmal. Setelah habis kuih-muih tersebut dicerna, jam 2.45 petang perut aku minta diisi semula. Dengan keletihan menyiapkan projek tahun akhir, tiba-tiba kenderaan dari kedua-dua arah memberikan laluan untuk aku melintas ke kafe. Alhamdulillah, lancar perjalanan aku, hehe... Boring jugak kalau hari-hari makan nasi, jadi untuk lunch aku decide nak makan koay teow sup, tambah sikit bebola ikan dan crab stick (sebenarnya sama ja dua-dua ni, surimi ja pun, haha...) supaya lunch aku nampak menarik. Letak sambal kicap sikit, sambal merah sikit, dah cukup sedap dah. 

Masa beratur, sempat bertegur sapa dengan akak PJJ yang sama-sama beratur membeli makanan. Sebelum membayar koay teow sup tu, sekali lagi aku mendapat rezeki tak diduga, akak di hadapan yang aku tak pasti akak PJJ atau pensyarah, membayar harga makanan aku. Alhamdulillah sekali lagi. Aku teruskan kerja-kerja di makmal. Untuk makan malam (beli ayam goreng, makan bersama instant porridge yang beli di kedai 24 jam) pulak, dah ada kawan yang tolong belikan dan dapat keropok lekor free. Rezeki lagi. Malamnya selepas siap membersihkan diri, borak-borak sambil krup-krap-krup-krap makan tempeyek dan kuih akaq nyoq yang kawan aku bawa, mak dia buatkan. 

Bila fikir balik, memang la siang tadi aku letih buat kerja rutin dan ditambah dengan tawaf mencari radas, memahami instrumen yang nak digunakan nanti tapi Allah gantikan rasa kesusahan itu dengan rasa syukur atas rezekiNya. Macam dalam surah Al-Insyirah, sesungguhnya setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Jadi kalau ditimpa kesusahan, bacalah surah Al-Insyirah. Kalau tak ditimpa kesusahan pun, apa salahnya kita baca. Semoga Allah mudahkan urusan kita pada hari yang mendatang, dimurahkan rezeki dan sentiada berada di bawah payungan rahmatNya. Amin~

Sunday, January 11, 2015

jaga kesihatan mata

Malam ni aku menaip entri dalam kesamaran, sebab hanya bersumberkan lampu study. My roommate tak berapa sihat, so kita tutup lampu bagi dia tidur. Tak habis-habis lagi aku menjawab exam, baru selesai 2 subjek. Sesekali telinga ni tertangkap juga bunyi roda bagasi, ramai dah nak balik bercuti semester di rumah. Tulat, 13hb and the next, next day tu baru last paper, 15hb. Tapi perangai tak serupa ada exam pun, dari tengahari asyik menghadap laptop ja, aktiviti yang tak sihat langsung untuk orang muda hatta semua orang la.

Tengok video banyak daripada tengok nota. Nota pun ada dalam laptop ni, sumber lagha pun ada. Rasa macam dah boleh tersedut masuk ke alam maya dah macam ada satu buku cerita yang aku baca dulu. Tak ingat tajuk apa tapi main point dia kena sedut ke alam maya. Menghadap laptop, tablet dan smartphone lama-lama bukannya bagus pun untuk mata. Satu lagi habit yang aku tak boleh nak buang, sebelum tidur tu mesti nak kena main phone/tablet walaupun sekejap. Tutup lampu bilik, baring atas katil dah lama, tapi masih belum tidur. Masa tu muka penuh nur, sebab cahaya phone suluh muka, hehehe...

Ok la nak cerita pasal mata.



 Keturunan aku sebelah mak, memang ada masalah dengan mata. Ramai la yang menjadi 'spek'ers. InsyaAllah kalau ada rezeki dan diizinkanNya, aku teringin nak undergo LASIK. Macam mana nak kekalkan kesihatan mata? Dari segi pemakanan, of course sayur terutama carrot (kaya dengan beta carotene), sayuran hijau dan buah adalah sumber utama. Kalau in English, macam ni bunyinya, protecting your eyes starts with the food on your plate. Aku dulu ada sayur-sayur tertentu ja makan, tapi bila semakin meningkat umur ni, dah belajar makan sayur yang lain. 

Next, sesekali keluar jalan-jalan tu singgah la pergi check mata. Ada yang tak rabun tapi silau, so kena sentiasa tahu status kesihatan mata kita. Bila patut berhenti menghadap laptop? Bila mata kering, atau pun rasa macam ada something kat mata tapi tak ada apa pun. Nak hilangkan rasa tak selesa tu, blink your eyes. Blink, blink, blink banyak-banyak, nak senang letak eye drop. Tapi aku tak pakai, blink-blink ja. Kadang-kadang mata tiba-tiba rasa kabur, sakit belakang, pening kepala dan rasa letih mata. Macam mana nak describe rasa letih mata tu eh? Hmmm... eye strain?? 

Last sekali, kita boleh amalkan konsep 20-20-20. Senang ja nak amalkan, setiap 20 minit alihkan pandangan dengan tengok somewhere yang 20 feet away selama 20 saat. 


Ni la yang orang kat Focus Point tu selalu pesan, hohoho
Ok, dah 20 minit aku menghadap ni, bye~~~ Baru nak beramal, hahaha... 

Friday, January 2, 2015

kaki ayam dan petai

Happy New Year!! Dah 2015, sekejap ja masa berlalu, masih terngiang-ngiang lagi jeritan dan sorakan orang menyambut tahun baru yang 2014. Masa tu diorang tak tahu apa yang bakal dihadapi sepanjang tahun, rupa-rupanya macam-macam terjadi. All the pains and heart-breaking stories, kita left dalam buku lama. Jadikan panduan dan pedoman, sentiasa beringat dan bersederhana. Hari ni 1 Januari, semua orang nak cerita azam 2015. Azam 2015 aku adalah untuk melaksanakan azam 2014 yang sepatutnya diselesaikan pada 2013 sebab dah plan sejak 2012, hahaha...

Hari ni nak cerita bab... well, as the title la...

Gambar dari Mr. Google. Aku kalau makan kat rumah agak susah nak snap picture, sebab makan dulu baru ingat nak ambil gambar, hehehe

 First, kaki ayam... Aku baru berjinak-jinak dalam arena makan kaki ayam walaupun errr... yang aku makan tu lebih kepada tapak kaki ayam. Jari dia aku tak makan. Mula-mula buang jari lepas tu buang kulit. Then baru makan. Dulu yang tak makan tu sebab teringat masa kecik-kecik pergi mengaji, nampak ayam tu pijak najis dia sendiri. Lagi pun, aku pun tak tahu macam mana nak makan, macam tak ada isi pun.

Dengar kat radio, katanya lendir kat kaki ayam tu bagus untuk lutut sebagai minyak pelincir kat sendi lutut tu. Kebetulan pasar dekat rumah kakak ada jual ayam kampung. Tapi tak liat pun isi dia sebab diorang jual ayam yang cukup umur ja, sembelih. Aku suruh mak aku beli, sebab bagus untuk lutut kan. Balik buat sup. Masa tu la try makan, pastu sekarang ni dah macam favourite pulak, hehehe... Yang aku tau memang kat kaki ayam, itik banyak kolagen dan boleh proses buat gelatin. FYP aku pun guna kaki itik nak ekstrak gelatin. Tapi aku makan hanya bila orang yang dikenali masak sebab kita tahu macam mana diorang prepare.

Ok, second pulak pasal petai. Aku rasa aku dah boleh terima petai. Tadi makan nasi dengan sambal tumis ikan bilis campur petai. Lauk orang bagi lebihan kenduri kot. Tak sure sebab hari ni lari balik rumah jap walaupun isnin ni start 1st paper untuk final exam , esok balik USM semula. Petai tu dah dihiris halus, skali dengan kulit, dah nampak macam ikan bilis jugak. Sebelum ni pun ada termakan, sebab macam susah ja nak asingkan petai dengan ikan bilis. Tapi rasanya buat masa sekarang, aku makan bila dah tersenduk petai tu dan bila dimasak sambal tumis. Kalau makan untuk dibuat ulam, belum boleh terima kot sebab sambal belacan pun aku tak makan, hehehe...

Cencaluk, budu pun tak makan. Nanti insyaAllah makan, bak orang kata orang, belajar. Teringat cerita kawan aku yang baru kahwin. Diorang pergi pasar, then husband dia tunjuk petai. Kawan aku balik rumah, dia pun masak. Last-last kawan aku makan petai sorang-sorang. Husband dia cakap, tunjuk petai tadi sebab dia tau kawan aku ni memang makan petai. Lorh~~~ Ok la, setakat ni ja, lagi 3 hari nak final exam. Ada kawan yang dah habis pun, aku ja 1st paper yang belum start lagi. Good luck and all the best untuk kawan-kawan yang sedang atau tak lama lagi bakal menjawab final exam.

Tuesday, December 23, 2014

berniaga di ohhsem festival !!

Hello Monday!! Monday blues?? Nanti la nak cerita pasal macam mana nak beat monday blues. Mulanya nak update blog semalam tapi disebabkan terlalu letih maka pagi ni la baru mula menaip. Nak cerita mengenai Ohhsem Festival yang berlangsung sejak hari Sabtu sampai Ahad iaitu semalam. Kalau tengok kat instagram (#ohsemfestival), banyak la gambar orang membeli-belah. Oh ya, Fynn Jamal aka Kok Ping bersama Juna and Tri pun ada datang.

Photo by:BF kawan aku yang snap pic ni, yang aku snap jadi blur, hehe

Aku pergi tolong kawan berniaga kat sana. Dia jual baju, skirt, shawl, tudung, kasut, headband baby etc. Aku melepak ja kat sana sambil jadi promoter sambilan, hehehe... Ni dia punya instagram, dreamdomewardrobe. Festival ni berlangsung kat depan Dewan Budaya, USM (kawasan sekitar Permatang Pelajar dan Dataran Bintang). Itulah kali kedua aku berniaga kat sana. Yang first time, masa berniaga untuk subjek Keusahawanan. Masa tu jual beg and aksesori wanita. Alhamdulillah kedua-dua pengalaman berniaga aku memberi pulangan yang memuaskan.

Seronok sebenarnya berniaga ni, macam kita main jual-jual masa kecik-kecik dulu. Secara tak langsung, berniaga ni dah asah soft skill aku. Macam mana nak deal dengan ragam manusia yang pelbagai kerenah, mempengaruhi orang dan kemahiran mencongak. Biasa la pelanggan, nak murah, nak tawar-menawar, sebab bila aku jadi pelanggan, aku pun macam tu jugak, haha... Ada mak cik yang datang sampai 3 kali dalam tempoh 2 hari berniaga. Dia tanya itu ini, sembang itu ini tapi kita kena layan la. Berniaga tak boleh berat mulut, tapi jangan ringan sangat mulut sampai orang meluat.


Areena, our friend and our first customer ^^

Semoga kawan sekelas aku tak meluat kat aku sebab dok promote barang kat kedai tu sampai dia terbeli, hehehe... Kawan lagi 1 cakap, aku patut ambil minor management, subjek marketing. Aku minat jugak bab tu tapi tak berminat untuk belajar secara teori. Aku ambil minor psikologi dan dari situ pun kita boleh aplikasi dalam berniaga. Aku gunakan ayat-ayat persuasive supaya pelanggan terbeli barang kat kedai tu. Terima kasih pada semua yang membeli, semoga anda happy memakai barang belian tersebut.


Aku memang minat dengan psikologi walaupun orang cakap, ala ambil minor psikologi
senang nak score sebab paper tu jawapan dia multiple choices. Kalau jawapan dah ada depan mata tapi tak study elok-elok, jawapan tu kita tak nampak depan mata, siap nampak 4 5 jawapan lagi. Kebanyakkan student dari kos aku ambil minor psikologi or management. Walaupun major food tech., kalau ada ilmu management, itu sangat bagus sebab macam pelengkap bila kita masuk industri. Tapi pada pandangan aku, kalau belajar saja tapi tak diaplikasikan pun tak guna jugak. It's a bonus la kalau lebih mudah dapat A or A- bila ambil paper psikologi. Bidang ilmu itu kan luas, so the choice is yours~ Tapi ingat, betulkan niat, jangan nak A saja. 

Melalut dah aku, nak terlari topik dah. No offense k, nak pergi buat minuman panas pada hari yang sejuk mencengkam tulang ni (^^,)Y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...