artikel menarik

Friday, July 31, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Hari ni dah masuk 14 Syawal dah pun, baru aku nak buat entri. Maaf, hehe... Mesti korang dah banyak makan lemang, ketupat dan rendang kan? Makanan identiti Syawal, itulah dia. Jujur aku katakan, pertama kali aku makan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit. Jadi aku tak risau mengenai berat badan aku naik mendadak selepas sebulan berpuasa. Bukan nak berlagak, tapi makan sedikit tu sebab benda tu tak ada. Cuba kalau makanan tu ada, aku tak keluar dapur kot, keke...

Gambar Google ja ni, kat rumah aku tak ada macam ni, hehe...

Ketupat daun palas, mak aku tak buat tahun ni. Tak sempat, mak aku pun busy haha... Makan seketul masa beraya kat rumah jiran. Lemang Alhamdulillah jiran bagi, ada la dalam setengah batang habis ke aku sorang sebab ayah aku pantang pulut. Rendang mak aku buat, rendang ayam tapi raya kedua. Raya pertama aku makan apa eh? Lupa dah, haha... Family mak teh aku datang so mak aku tambah lagi menu, buat gulai daging. Owh ingat dah, mak aku wat sup tulang hari raya pertama tu. 

Raya ketiga kawan aku kahwin so rendang tu sempat cuit seketul. Tapi tak pa la, kita dahulukan tetamu. Nasib baik BIL aku belikan ayam dua ekor. Rendang mak aku laku, thorbaik mengikut pendapat sepupu aku yang datang. Pastu hidang bersama nasi impit segera Nona yang sebungkus kecil tu comel-comel. Hari raya mesti macam mana pun kena ada ayam, sebab kepelbagaian menu dan mudah disediakan. Tak lama lagi kena ternak ayam semula kot macam masa aku sekolah rendah dulu. Sampaikan ayam tu boleh bergurau patuk-patuk lagi, punyalah kenal tuan dia. 

Boleh bayangkan tak kalau ayam tak ada? Raya nak masak apa? Inilah akibat dia.


Jom muhasabah sesuatu yang munasabah. Asyik fikir makan ja kan. Ingat juga pada yang tak mampu, jadi marilah bersederhana. Alhamdulillah dapat sambut Syawal lagi tahun ini~ (^^,)

Saturday, June 13, 2015

puisi : rasa hati

Puisi yang ditaip on the spot usai solat Asar selepas bangun dari tidur. Dari sudut kesasteraannya aku tak dapat memberi jaminan. Saja suka-suka sebab sini tempat paling selamat untuk aku. Hehe~

aku ingin berbaring
pejamkan kedua belah mata
rapatkan tubuh pada dinding
merasai nyaman dinding itu
berharap agar hati lebih tenang
otak ini ligat berfikir
apa mereka rasa apa yang aku rasa
apa mereka tidak punya rasa ingin tahu
apa aku ini tiada nilai bagi mereka
manusia itu suka membuat andaian
manusia itu cepat benar menghakimi
manusia itu juga sukar aku mengerti
namun aku pujuk rasa hati
aku harus bebaskan rasa semak ini
usah biarkan ia mengalir dalam derasnya darah
usah pamerkan dalam gerak geri
lantas aku nyahkan perasaan itu
kerana rasa bukan dari buah fikiran
rasa adalah dari hati
hati yang ingin aku jaga kesuciannya
jangan pernah ada benci.

Sekian, puisi seorang pelajar jurusan Sains, ohoho~

Saturday, June 6, 2015

24 hours getaway [Part 2]

Enjin kereta dihidupkan semula dan perjalanan diteruskan lagi. Nak pergi ke Pesta Flora kat Botanical Garden tapi agak mengecewakan sikit sebab dibuat di luar kawasan Botanical Garden tu, bawah khemah-khemah. Kalau dulu yang aku pergi, dapat feel yang best sikit sebab dibuat dalam kawasan Botanical Garden tu sendiri. So kami acah-acah ja la tangkap gambar sikit dengan pemandangan yang ada. Tak singgah pun ke khemah tu, dan plan tetiba kena tukar. Nak pergi Butterfly Farm, tutup la pulak sampai Disember bila tengok kat webpage dia sebab ada proses penambahbaikan. Dah pusing-pusing, tak tau nak pergi mana, kami decide untuk pergi ke Taiping. Tengok fauna pulak kat Zoo Taiping.

Kat kawasan luar Botanical Garden
Kalau tadi balik ke Penang naik Jambatan 1, sekarang nak keluar Penang kami naik Jambatan 2 pulak. Masa dalam perjalanan ni, hiburan kurang sikit sebab tak ada yang boleh digelakkan so kami just sembang-sembang, dengar radio. Ada la dalam 2 3 kali radio tu mainkan lagu Aduh aduh sayang, catchy la jugak part chorus tu. Sebagai bekal dan alang-alang kawan aku dapat baucer KFC, kami singgah ke R&R Guning Semanggol untuk beli burger. Nanti nak pusing dalam zoo, takut tak larat. Mana-mana pergi mesti ada KFC, kat USM ada, Baling ada, R&R ada, kat Taiping pun nampak. Memang la KFC banyak cawangan tapi maksud aku, asal pandang luar tingkap ja nampak bangunan KFC. 


Banyak lagi tempat boleh melawat kat Taiping dan berdekatan zoo macam Taman Tasik, Bukit Larut, mee udang Mak Jah dan sebagainya. Tapi kawan aku ada nak balik KL kul 5.30 pm dan kereta pun nak dipulangkan ke owner jugak, hehe... Sampai zoo dalam pukul 12 lebih, kami makan dulu burger dalam kereta. Suasana kat situ best sebab banyak pokok besar, rasa tenang jugak. Then, bermulalah kami punya ekspedisi melawat binatang-binatang. Kami jalan kaki ja, tak naik van so boleh la singgah lama sikit untuk setiap haiwan. Bukan selalu nak tengok live kan. Masuk ja, dah disambut oleh bunyi Woot-woot-woot~ burung apa entah, riuh la jugak mulut dia. Ada beberapa nama haiwan yang pelik macam Burung Hantu Carik Kafan (tak boleh tengok kain putih kot), Rusa Ubi, Babi Jokut, Beruk Kentoi dan macam-macam lagi. Beruk Mak Yeh? Aku rasa memang tak wujud, tak tau la mitos atau pun dah pupus. Hanya gelaran yang diberi untuk orang yang suka melompat-lompat, terkinja-kinja dan suka buat bising. 




Masa tengok chimpanzee, kesian jugak kat seekor tu, dia dah tua kot sampaikan gaya dia seolah-olah sedang berzikir sambil meratapi nasib. Unta pun ada, korang boleh tengok macam mana unta garu sebab gatal, kat kaki dia ada jangkitan kulat kot, ada tompok hijau sikit. Haiwan yang aku excited nak tengok adalah fox yang warna oren (red dhole) tu. Aku teringin sangat nak tau bunyi dia sebab teringat lagu Ylvis-What does the fox say?
So misteri selesai, dia bunyi sekejap ja, hik-hik-hik~ Gambar dia tak ada sebab dia sedang berehat dalam lubang pokok. Selain tu, ada jugak beruang matahari yang sebenarnya merupakan beruang terkecil antara beruang. Lee Kwang Soo (zirafah) pun ada, tak sempat nak bagi dia makan, dia dah lari. Tapi nampak la lidah dia panjang. Kalau kita tengok kartun kan, kancil yang dilukis tu sebenarnya kijang sebab kancil yang sebenar memang sangat kecil. 



Lepas keluar dari zoo, singgah makan kat satu kedai ni, memang specialized dengan udang. Sapa yang alah teruk, memang kena berhati-hati la. Disebabkan faktor alahan, malas nak kupas kulit udang, kami semua order nasi goreng kampung. Tapi nasi goreng kampung dia memang lain, ada rasa udang incorporated dalam nasi dan kita dapat kuah udang (macam kuah mee udang) instead of sup kosong. Sebelum nak masuk jambatan 1, nampak 1 kenderaan menunda. Sekejap kami potong dia, sekejap dia potong kami. Setiap kali potong-memotong, pak cik tu tengok kami dan kami tengok pak cik tu. Ada la hiburan sikit. Sampai ja Penang dalam hampir-hampir 5 petang, kami terus hantar kawan yang nak balik KL tu. Lambai-lambai dia, lepas tu balik ke hostel untuk mandi, rehat dan sebagainya. Malam lepas Isyak, tinggal kami berempat, pergi keluar makan kat Tanduk Cafe (masakan panas). Aku makan bihun sup. Kedai dia ni memang dikenali sebab sup daging, isi banyak, sup sedap. Lepas makan, cadang nak lepak tepi laut, mana entah tempat yang nak lepak tu, terlepas simpang dan aku pun lupa, so kami balik dan pulangkan kereta pada owner. 

Sebenarnya bukan 24 hours la, macam 30 hours kot. Malam yang nak tidur tu, teringat macam-macam. Crazy trip dengan kawan-kawan, lepas ni tak jumpa selalu dah. Alhamdulillah dah final year, tinggal nak final exam dan konvokesyen. Sesekali buat kerja gila, total milage dalam 600 km, tidur pun tidur-tidur ayam. Masa sekarang la nak buat pun, esok-esok nanti dah kahwin dah berusia, macam kurang sesuai, hehe... Aku harapkan yang terbaik untuk korang teruskan realiti kehidupan ini. InsyaAllah panjang umur, kita jumpa lagi. Kat bawah ni serangkap apa tak tau la, rap kot, dapat ilham masa rehat lepas mandi air panas:

Jemah is here, 
Jemah is there,
Jemah is everywhere,
Jemah is selling tupperware.

Friday, June 5, 2015

24 hours getaway~ [Part 1]

Alhamdulillah, VIVA presentation untuk undergraduates Final Year Project telah pun selesai 2hb Jun, Selasa lepas. Maka dengan itu, sekarang tinggal nak betulkan thesis dan bersedia untuk final exam bagi semester yang terakhir. 24 hours getaway ni bermula dari cakap-cakap kosong selepas balik dari majlis kenduri kawan sekelas, 30hb Mei hari tu. Lepas ja viva, semua orang rasa macam merdeka dah, seolah-seolah final exam tak wujud. Aku selesai viva pada petang 1hb Jun, so malam tu baru terus cari kereta sewa. Entah dapat atau tak, aku hanya mencuba nasib. Sebelum tengah malam, dah dapat cari kereta dengan harga yang berpatutan. Hanya menunggu lagi 2 orang rakan selesai viva mereka pada petang 2hb Jun sebelum boleh proceed dengan step seterusnya.


Pukul 4 petang, kami (rombongan mak jemah) ambil kereta dari owner, lepas selesai ja semua urusan sewa menyewa, kami bergerak ke school untuk men'culik' seorang lagi ahli rombongan mak jemah. Dia dengan berbaju kurungnya dari Penang sehinggalah sampai ke Baling, Kedah. Why kami ke Baling? Sebab nak pergi mandi di Kolam Air Panas, Ulu Legong. Ini merupakan kali kedua aku ke sana, kali pertama dengan tujuan ilmiah seperti yang aku ceritakan dulu kat sini (2 hari bersama orang asli ulu legong). Sampai Baling pun dah Maghrib, usai solat tu kami pergi mengisi perut dengan char koay teow. Aku tak pasti samada itu benar-benar pekan Baling atau tak, tapi macam; Wow, this is Baling yang pekannya rasa legend. Tak tau nak describe macam mana. 

Ada yang makan char koay teow kerang, ada yang udang tapi sorang jemah ni order char koay teow ayam. Mak cik tu pun cakap, 1st time customer order macam tu. Kami makan dengan bahagianya sebab masing-masing dah lapar. Masa nak bayar tu, kawan aku (yang berbaju kurung) minta resit supaya senang nak kira belanja nanti. Memang tak ada la resitnya, so mak cik ni tulis ja harga kat kertas buku order tadi. Mak cik tu berbasa basi dengan bertanya; Datang kenduri ka? Haha... Ya la, lagi pun kereta yang kami sewa tu plat Johor. Perjalanan diteruskan, akhirnya kami sampai juga ke kolam tu. Rasa macam tak percaya pun ada, sebab macam on the spot ja pergi. Yang kami tau, nak mandi air panas dulu then next stop belum fikir lagi. Memang sengaja tak nak merancang sebab kami tak nak gagal dalam merancang. Jadinya, ke mana nak pergi, pergi ja la selagi enjin dan roda masih berputar.

Kat sana memang disediakan bilik persalinan dan tandas yang mencukupi. Bagi sesiapa yang nak menginap, tempat penginapan macam pun turut disediakan. Kolam pulak, ada yang cetek dan dalam, suam kuku sehinggalah panas berasap. Biasanya orang mandi pada waktu malam dan tengah pagi. Kalau waktu siang tak ramai sebab sekejap ja lagi nak tengahari, mana tahan panas matahari dengan panas air lagi. Semakin lewat malam, semakin ramai yang datang. Tua, muda, lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak serta orang dewasa semuanya ada di sini. Hatta pak cik yang berkain pelikat dan yang bertongkat pun ada datang. Mula-mula cari spot kat kolam mana korang nak mandi. Acah-acah dulu dengan kaki lepas tu boleh la perlahan-lahan sampai seluruh badan. 


Aku tak la mandi bersungguh sangat mengenangkan tudung aku yang tiada gantinya kalau basah. Dah letak sebelah beg pun boleh lupa, lepas ni kena banyak makan makanan yang kaya dengan Omega 3 dan lain-lain kot. Yang lain tu memang sakan la, bertepuk-tepuk air, basah seluruh kepala. Kalau setakat renjis-renjis tak main la kan... Aku selamat la dari war diorang tu dengan berperisaikan sehelai tudung walaupun ada la jugak terpercik sikit-sikit. Sokay, I'm cool, keke... Dah berendam lama, memang tak sah kalau tak lapar. Tadi sebelum bertolak dari Penang, kami ada beli bekal, sandwich from Subway. Naik la ke darat sebentar, makan sambil sembang-sembang di bawah cahaya bulan. Bintang tak ada sebab dalam perjalanan tadi dah hujan lebat. Lama-kelamaan, baju yang basah tadi membuatkan kami rasa menggigil sikit walaupun angin tak la ada sangat. Kemudian, dengar pulak loceng pak cik penjual aiskrim. Pak cik yang sama jual masa aku datang dulu, aiskrim buatan sendiri, dulu perisa ala-ala butterscotch sekarang campuran rasa mango, coklat dan yam kot, kalau tak salah lidah aku la. 
  
Gambar ala-ala zaman belasan tahun dulu, buat bintang dengan jari ^^


Sejuk-sejuk pun boleh ja makan aiskrim. Nak merasa aiskrim yang masuk Majalah 3 dulu-dulu. Boleh tengok kat troli bergerak pak cik tu, ada tulis kat situ. Sukar untuk percaya? Serius aku tak tipu. Enjoy makan aiskrim sejuk-sejuk sampai ke tulang sambil gelakkan orang. Tengok adik chubby bertudung frozen, adik bulat mengutuk kakak dia sebagai badak air dan telatah orang cuba membuat terjunan 'perfect 10 marks'. Lepas tu, kami sambung mandi sampai hampir-hampir pukul 2 pagi. Kami pun pergi membersihkan diri, mandi dengan sabun sampai puas. Sidai kejap baju yang basah tadi sambil mengeringkan rambut dengan blower di lantai bilik persalinan. Kalau nak gila lagi, boleh ja angkat blower tu ramai-ramai letak kat tebing sinki. Lebih efektif la rambut tu nak kering. Lapar datang lagi, kami pun dah tak tau nak buat, nak pergi mana. So, keluar dari situ, singgah ke 7E, beli, masak dan makan Maggi tomyam dalam kereta. Siap ditemani oleh abang polis, alang-alang dia menjaga 7E. 


Driver dah minum kopi, lapik perut sikit so lebih kurang jam 4 pagi kami meneruskan perjalanan balik ke Penang. Tapi sebenarnya getaway kami belum selesai. Sememangnya kawan aku yang driver ni memang dah terlatih untuk plan gila-gila macam ni. Kabus memang tebal, baca dalam hati Ayat Kursi dan Surah Yasin ikut handphone supaya perjalanan kami selamat. Sampai R&R 5.20 am, kami rehat kejap dalam surau. Tidur tapi lampu surau dibuka supaya kami tak hanyut dibuai mimpi nanti. Dalam tidur tak tidur aku, tetiba ada mak cik nk masuk surau, dia terkejut tengok kami bergelimpangan. So, bangun, siap-siap Subuh, 6 lebih am kami gerak semula, singgah breakfast roti canai kat Permatang Pauh. Atas jambatan Penang, hiburan datang mencari kami. Ada satu akak ni, dia asyik tukar lane tapi malangnya beberapa kali lane yang dia pilih tetiba stop or slow. Mungkin dah terlambat pergi kerja kot, itu yang kalut semacam tu. Hilang mengantuk tengok akak tu. Sesekali kereta kami memintas dia, sampai la keluar jambatan dia terus memecut laju meninggalkan kami. Kami balik ke hostel 8.40 am, mandi dan kemas barang sebelum keluar semula pukul 9.30 am. 

To be continued... 

Tuesday, May 5, 2015

random topics

Selamat membaca ke'merepek'an aku. 

Comelnya cat on glass table ni, meow~

1) Home sweet home
Tak tau la kenapa sesetengah orang tak tahan duduk rumah lama-lama. Pada aku, itulah kebahagiaan bila dapat balik rumah setelah berzaman stay kat hostel. Aku bukanlah indoor person sangat, tapi home is home. Perfect home sweet home bila mak ada kat rumah. Belakangan ni mak aku busy mengalahkan orang kerja pejabat, mengasuh my anak fruits dekat rumah kakak. But it's okay, minggu ni dapat jumpa semua; mak, ayah, kakak, abang ipar, anak-anak buah. Alhamdulillah.

2) Makan
Hari memang banyak makan, dari pagi sampai la ke malam. Balik rumah, semua makanan nak try. Apa yang dah telan adalah pancake + jem strawberi, nasi lemak ayam, pasembur, mee rebus, bengkang (bingka) pisang and ayam rebus halia + tomato + etc. Nafsu makan tu membuak-buak, Astaghfirullahalazim, tamaknya aku.

3) When i was a kid
Ini rentetan daripada memuat naik gambar 20 tahun lalu kat instagram, haha. Seronok kan jadi budak-budak? Tak payah fikir banyak. Tapi zaman tu dah berlalu. Esok kembali pada realiti, kelas full, assignments and thesis pun tak siap lagi. Aku tak boleh mengeluh, cuma perlu sedar ja kat mana aku berpijak.

4) Menonton
Nak tonton tv, tv bukannya ada kat rumah aku. Jadi kita tonton laptop untuk tengok tv atau tengoklah drama apa-apa. Ramai yang tak percaya rumah aku tak ada tv. Aku hanya boleh tersengih atau tergelak kecil ja. Serius tak tipu. Barulah imaginasi tinggi, bonding time dengan family pun banyak sebab banyak berinteraksi sebab kurang mengadap tv. Tapi balik rumah kali ni, aku memang banyak menghadap laptop, kerja banyak and tak ada orang sangat pun kat rumah.

5) Berangan
Ini bila-bila masa pun boleh. Kawan makin ramai kahwin, yang dah kahwin pun makin ramai dapat baby. Don't worry, kita merancang, Allah tentukan. He knows better. Sambil-sambil tu teringat dulu skandal masa pergi kem/seminar/program wakilkan sekolah and masa plkn. Lawak jugak. Teringat nak beli kereta. Teringat nak pergi bercuti, macam-macam terlintas.

6) Popia
Ingat nak buat popia siang tadi, boleh buat sarapan esok pagi sebelum balik hostel. Tapi tak sempat la pulak. Tak jadi sarapan popia ketam+carrot+sengkuang, esok boleh sarapan dengan roti. Minggu depan kalau tak sibuk boleh balik rumah lagi and buat popia.

7) Gigi bongsu
Sebelah kanan dan kiri belum tumbuh. Tapi sebelah kiri, nampaknya dah macam ada naik sikit tapi belum tembus gusi. Rimas pulak ada rasa gigi sikit-sikit ni, naik terus kan senang. Tapi biasanya orang demam kan bila gigi bongsu naik? Hmm, aku akan terus sabar menanti. 

8) Kenduri kahwin
Semalam pergi 2 kenduri. Puas makan nasi kenduri. Dulu selalu ikut mak ayah pergi kenduri sampailah ketika usia aku mececah awal remaja, kemudian aku tak berapa suka pergi. Rasanya sebab malas nak jawab bila mak cik-mak cik suka tanya macam-macam soalan. Korang tau kan soalan daripada mulut seorang mak cik macam mana? Semoga aku/kita tak menjadi mak cik yang kepochi. Amin~

Ok, setakat ni ja la aku merepek. Malam semakin merangkak ke tengah malam, jadi kelopak mata aku pun harus merangkak menutup mata. Esok nak bangun awal, kena pergi settle hal sikit kat JPJ sebelum ke kelas.

Thursday, April 23, 2015

resepi panna cotta

Panna cotta (/ˌpanə ˈkōdə,ˌpanə ˈkädə/) adalah sejenis pencuci mulut (dessert) daripada Italy dan biasanya dihidangkan dengan sos buah. Baru try buat sekali gara-gara menonton peserta masterchef usa buat, Alhamdulillah menjadi. Rasa dan feeling dia macam makan dadih yang dulu-dulu tu, bukan dadih yang sekarang ni, bancuh serbuk dadih tu. Tapi amaran awal-awal bagi sesiapa yang tak makan atau ada masalah dengan produk tenusu. 

Panna cotta with strawberry sauce and orange zest
 Tak nak cerita panjang-panjang, jom kita terus ke bahan-bahan dan cara nak membuatnya.

Bahan-bahan & cara-caranya:
A) Panna cotta
2 cawan susu segar (fresh milk)
1/2 cawan heavy cream/whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin
5 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang anda suka)
1 sudu kecil esen vanilla

1) Taburkan serbuk gelatin dalam bekas yang ada 4 sudu besar air masak (air pada suhu bilik), kacau sedikit dan biarkan.
2) Masukkan susu segar, krim dan gula dalam periuk. Masak pada api sederhana sampai ada buih-buih kecil pada tepi periuk.
3) Tutup api dan masukkan gelatin, kacau hingga larut dan masukkan esen vanilla.
4) Biar sejuk sedikit sebelum diisi dalam bekas dan masukkan dalam peti ais (2-3 jam dalam freezer/4-5 jam kot kalau dalam chiller). 

B) Sos strawberi
Jem strawberi
Sedikit air (bergantung pada tahap kelikatan yang anda suka) 

1) Masukkan 4-5 sudu besar jem strawberi dan 3-4 sudu besar air masak ke dalam periuk.
2) Gunakan api sederhana dan teruskan mengacau sampai jem cair dan nampak larut. 

Cara hidangan:
Tuangkan sos strawberi pada panna cotta setelah ia membeku (pejal). 


Ini cara Chef Gordon Ramsay buat panna cotta, boleh la buat panduan

Sedikit pesanan/panduan:
1) Perbezaan kandungan lemak : Heavy cream (sekurang-kurangnya 36 %) atau whipping cream (30-35 %). Boleh ja guna mana-mana krim sebab nama panna cotta maksudnya cooked cream.
2) Gelatin : Guna gelatin dari halalgel untuk yakin dengan status halal. Kalau guna gelatin sheet, rendam biar kembang jugak tapi perah sikit untuk buang lebihan air. Alternatif kepada gelatin adalah agar-agar (serbuk:3-4 sudu kecil/strips:10-15 strips larutkan macam masak agar-agar).
3) Gula: Kalau nak makan dengan sos buah, boleh kurangkan manis tu sebab jem pun dah manis kan.
4) Sos buah: Boleh ja guna buah sebenar. Buat puri buah dan masukkan gula (macam buat homemade jem).

 Banyak pulak pesanan kan, hehe... Kalau ada apa-apa tak faham boleh tanya. Banyak lagi nak cerita, science behind cooking la, macam-macam. Sorry tak sempat nak tangkap gambar step by step. Ok lah, selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...