artikel menarik

Wednesday, December 19, 2012

2 hari bersama orang asli ulu legong


Lebih kurang 10 hari lepas (8-9 Dec), aku ada join 1 program transformasi insan bersama masyarakat orang asli di  Ulu Legong, Baling, Kedah. Teringin nak tengok kehidupan diorang macam mana, tak pernah tengok, hehe... Mula-mula sampai kat sana, kami pun buat aktiviti gotong royong dulu, kawasan dewan, surau dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kutip sampah, buang dalam plastik sampah. Dari mula-mula kutip sampai la tak ada sampah dah yang nak dikutip, asyik jumpa batang lolipop dan plastik gula-gula ja. Lepas ja kutip sampah, hujan pun turun, so kami pun berteduh kat dalam dewan ja. Main dengan budak-budak ni. Diorang ajak main tom-tom bak, enjit-enjit semut, burger, milo ais dan tudung tin. Mereka sangat hyperactive. Ada yang bercerita, ada jugak yang main kejar-kejar, gusti pun ada. Lepas main, kami bagi koktel buah, diorang pun makan. Seronok tengok diorang makan benda yang kita bagi. Kalau time bergambar, they're the best, pantang ajak bergambar, hahaha...


Dah lewat petang, kami balik ke tempat penginapan, dorm kat kolam air panas, Ulu Legong. Tadi masa sampai tengahari, memang tak nampak orang sorang pun, parking pun luas ja. Ni dah lewat petang macam ni, memang parking tu sempit dan orang ramai pun dah start mandi-manda. Haish, tak sabar nak tunggu program malam tu, nak pi mandi, hehe... 


Kami solat Isyak sama-sama. Aktiviti malam kami ajar baca beberapa surah dan azan, bahasa inggeris dan matematik. Pandai dah diorang ni, seronok ajar. So, dah habis tu, aktiviti mandi-manda la pulak kan. Sambil mandi makan aiskrim, sedap... Aiskrim ni tak tau la nama apa, buatan sendiri, tapi tulis kat situ aiskrim yang pernah masuk majalah 3. Dari pukul 11 lebih sampai la pukul 1 baru balik dorm. Tapi sebelum balik tu, pekena balls (chicken balls, crab balls, etc) dulu. Pastu balik dorm, kemas-kemas barang, panjat katil (katil double decker, aku dok atas but unfortunately tak ada tangga) macam panjat kuda. 

Pagi-pagi lagi dah siap, nak check out dah. Sementara tunggu orang lain turun, main dulu. Main yang alat exercise tu, yang warna kuning dan merah. Sempat la main setengah jam kot sambil menghirup udara segar pagi kat kawasan sekitar tu. Pagi tu kami bersukaneka dengan diorang, bukan saja budak-budak malahan dengan kaum ibu sekali. Tapi sebelum tu ada la aerobik sikit. Time main dengan golongan ibu, aku pair dengan kak siti aminah. Kami menang untuk game baling belon air. Sampai ke hujung court badminton pun kami boleh sambut lagi belon tu tanpa pecah, hehehe... 


Masa makan tengahari, kami makan sama-sama. Semua pun datang, kami makan ramai-ramai. Sementara tunggu catering sampai, aku ternampak sorang kak ni, main tab. Wah, aku pun tak ada, heuheu... Dah lepas Zohor macam tu, YB datang dan merasmikan penutupan program ni. Satu pengalaman baru untuk aku. Seronok. Kami bertolak balik, tengok dari cermin bas, semua orang melambai-lambai kat kami tambah-tambah budak-budak. Diorang lari ikut bas untuk bye-bye kami. Dah bas gerak dalam sejam, mata aku pun tertutup, Zzzzz~

Tuesday, December 18, 2012

saya minta maaf 2...



Ni sambungan saya minta maaf... Alhamdulillah, malam jamuan tu dia yang datang tegur aku dulu. So, aku pun balas la teguran dia balik. Aku ni bukanlah hati kering sangat. Janji aku tak ada masalah hubungan dengan manusia. Tak nak menambah masalah yang sedia ada. Aku anggap ja la yang selama dia tak bertegur dengan aku tu sebab dia kata rasa macam nak demam, so moody la sikit. Hati aku pun dah tawar, sekarang ni tak ada dah la dia nak keluar makan sekali dengan kitorang. Tak apa, tak membawa kemudaratan kat aku pun. End of story. Sekarang ni masing-masing busy nak final exam. So, fokus!!! Aim for dekan this semester, haip!!! (^^,)Y

Sunday, December 16, 2012

saya minta maaf...


*Ini post luahan perasaan, boleh abaikan, heuheuheu

Adoi, sekali lagi dia tak hiraukan aku. Mesej tak balas, call pun tak angkat apatah lagi nak pandang muka aku. Hari ni dah masuk hari ke-6 kot dia merajuk. Aku pun tak tau kenapa. Kot-kot la aku ada buat salah dari segi perbuatan, terkasar bahasa dan sebagainya, so aku pun minta maaf dengan dia. Tapi aku tersentap bila dia kata "Apahal pulak ni ?? Nak minta-minta maaf ?? Dah macam drama pulak. Haishh." Aku tenggelam punca, tak tentu pasal ja dia tarik muka. Dah kita tanya, dia kata tak ada apa. Aku tak berjaya nak faham dia. Dah la sekelas, 1 group presentation, nak belajar sama-sama lagi 2 tahun lebih. Lagi pun dah kenal hampir 4 tahun sejak kat kuantan dulu walaupun baru tahun lepas macam rapat sikit. 

Aku susah hati sorang-sorang kat bilik bila fikir pasal benda ni. Memang la bukan masalah besar mana tapi still aku kena jaga la perhubungan dengan dia. Alih-alih macam ni dia buat kat aku, sedih aku rasa. Seumur hidup aku tak pernah ada masalah dengan kawan. Kalau ada pun, time darjah 3, tu pun kami berlakon yang kami bergaduh konon-konon tak berkawan. Zaman budak-budak, nak cari publisiti, haha... Sebagai kawan yang lebih tua sepatutnya dia bersikap lebih rasional. Kalau ada salah silap, tolong betulkan dengan cara baik. Kau buat salah, aku tegur, aku buat salah kau tegur. Macam tu la kawan yang aku harapkan. 
Kalau aku nak ikutkan jahat aku, boleh ja aku pun nak buat kering/dingin, tak pun aku pi serang dia tanya apa masalah dia sebenarnya ni. Tapi aku masih waras, buat apa nak bergaduh macam orang yang tak ada pegangan dan didikan yang baik. Mungkin betul aku ada buat salah dengan dia, tapi tolong la bagi tau apa salah aku. Memang bukan mudah memaafkan, ya aku tau. Alangkah indahnya kalau semua orang memiliki sifat pemaaf Saad bin Abi Waqas. Ada orang kata, memaafkan seorang musuh adalah lebih mudah berbanding memaafkan seorang kawan. 

Selama ni, ada ja beberapa kali dia kecilkan hati aku, aku terasa dengan sikap dia. Tapi tak la sampai nak tarik muka, buat tak tau ja la. Adat la dalam berkawan. Dah la nak final exam dah tak lama lagi. Aku tak nak dia berdendam atau marah aku dalam diam. Malam ni kami ada jamuan kelas, jumpa dia lagi. Tak tau apa pulak reaksi dia seterusnya. Aku bukan nak buruk-burukkan dia, tapi aku dah tak tahan tengok sikap ketidakmatangan dia. Bukan nak suruh matang macam mana, cuma kadang kala kita perlu matang. Boleh ja kalau nak main buih belon ka, pepsi cola ka, tak da masalah pun. Aku cuma mampu berdoa semoga Allah lembutkan hati dia. Aku dah cuba pelbagai cara. Biarlah aku lebih menjaga hubungan aku dengan Allah.

Saturday, December 15, 2012

durian crepe


Hmm, durian..... Sedap, my favourite, hehehe... Almaklumla, sekarang kan musim durian. Tapi sebenarnya durian pun dah tersalah musim ni. Dah ada durian, ada la durian crepe. Macam jadi 1 fenomena pulak sekarang ni, sana sini durian crepe. Padahal crepe yang lain macam apple crepe, kiwi crepe, strawberi crepe dan macam-macam crepe lagi tak glamour macam durian crepe. Kelapa crepe pun ada. Crepe kan sejenis pancake yang nipisssss, so crepe la jugak lan ketayap tu, hahaha... Tak kisah la, orang nak berniaga tapi aku tertanya-tanya jugak apa la rasa durian crepe ni. Sebab tak pernah try so teringin nak try. Ramai jugak yang iklan kat facebook, so order sebungkus, ada 5 keping, kongsi dengan kawan aku.

Ni bukan durian crepe yang aku order, x sempat nak snap pic pun, dah masuk perut, heeee~

Sebelum ni, ada la macam-macam komen yang orang bagi pasal durian crepe ni. Ada yang kata sedap, ada yang kata muak kalau makan banyak, ada yang kata biasa ja. Jadi, kami pun buat sensory evaluation sendiri. Lain taste bud, lain pendapat kan. Pada aku, sedap ja durian crepe ni. Dari segi rasa, kalau kita buat sendiri boleh letak durian banyak sikit, lagi bertambah sedap la. Rasa berkrim ala-ala ais krim. Warna dah sesuai, kuning, kalau durian pun kita nak isi warna kuning baru nampak menarik daripada yang warna putih sikit. Aroma pun ada sikit-sikit, ikut la kandungan durian kat dalam tu. Overall, ok menepati cita rasa aku, hohoho... Kalau nak lagi puas, makan durian ori ler, hehehehe


* lama dh tak update, huhuhu


Monday, June 4, 2012

aku berserah padaNya



Bersendirian aku dalam bilik hari ni. Semalam dan esok juga begitu. Aku cuba menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembacaan aku memandangkan tidak lebih dari 20 hari lagi peperiksaan akhir akan bermula. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman, aku mencoret semula apa yang telah aku baca pada sehelai kertas dengan ditemani lagu-lagu dari maher zain. Sambil menghayati bait-bait indah dari lagunya, secara tidak langsung mengingatkan aku pada Yang Esa. 

Betapa selama ini aku lalai dengan masa dan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Timbul sedikit rasa kesal dari hati aku. Aku berehat sebentar dan melayari laman sosial facebook. Aku mendapat khabar, ayah kepada seorang pensyarah aku telah meninggal dunia di kota madinah ketika mengerjakan umrah. Entah kenapa perasaan aku yang telah sedia ada berbaur, bertambah lagi berbaur. Fikiran aku kusut dengan masalah yang ada. Walaubagaimanapun, semua masalah itu tidak harus aku fikirkan sekarang. Fikiranku seharusnya tertumpu hanya pada peperiksaan yang bakal menjelma. 

He’s always watching us, guiding us 
And He knows what’s in our little heart 
So when you lose your way to Allah 
You should turn 
As He promises to you 
He’ll always be there ...

Begitulah bait-bait dari lagu 'Always be there' oleh maher zain. Hati aku terkesan setelah mendengar lagu tersebut. Aku cuba memotivasikan diri sendiri. Setelah berusaha, hanya pada-Mu aku berserah Ya Allah. Hanya Kau yang dapat membantu kami iaitu hamba-Mu yang lemah. Sesungguhnya kita tidak mampu mengubah arah angin. Namun kita mampu mengubah haluan pelayaran. La tahzan, innallaha ma'ana~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...