Dalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja amali di makmal untuk projek tahun akhir, aktiviti mencari tempat makan yang best pun masih diteruskan. Lunch tadi makan dengan kawan-kawan kat Campus Cafe, USM. Baru la jugak cafe tu beroperasi. Sebelum ni tak sempat nak mencuba, maklum saja la bila lokasinya nun di atas bukit sana sedangkan aku tinggal nun di atas bukit yang lagi satu. Akhirnya sampai jugak tengahari tadi, walhal kat makmal aku biarkan gelatin terekstrak dari kaki itik. Biarkan dia 2 jam, aku nak mengisi perut, haha...
Suasana cafe tu memang santai dan memenuhi citarasa aku, sebagai pelajar yang suka makan sambil santai-santai bercerita hal itu dan ini. Harga makanan pun berbaloi dan affordable. Macam-macam makanan ada, chicken chop, nasi lemak meletup, spaghetti, kek dan beraneka jenis minuman. Nak memilih menu tu memang satu masalah bagi aku. Hari-hari aku hadapi masalah yang sama. Lagi pun minggu ni, aku kena amalkan chicken-free meal. Tapi hari ni cheat day sebab kat spaghetti tadi ada ayam tapi sikit ja la, hehe...
Nasi lemak meletup |
Chicken chop with rice |
Lunch tadi yang aku rasakan lunch paling ceria. Kawan-kawan yang ceria dan ada-ada saja cerita serta lawaknya, ditambah pulak dengan hadiah dari santa claus yang gelak HA-HA-HA instead of HO-HO-HO (gula-gula, jelly dan aiskrim Malaysia). Belum habis makan dapat lagi makanan, rezeki hari Jumaat.
HA-HA-HA... |
Makan aiskrim kat tangga pun boleh~ |
Tetiba terfikir, kami ni asyik-asyik makan itu makan ini, seronok dapat makan. Menghayati setiap kunyahan dengan deria rasa yang dikurniakanNya dengan sebaik mungkin. Ulasan atau komen bab makanan tak payah cerita la, mengalahkan chef. Tapi masih ada orang yang tak dapat menikmati semua ni. So, tambah dalam wishlist, untuk memberi makanan kepada golongan yang memerlukan atau golongan yang dipinggirkan dari masyarakat, supaya kami sama-sama dapat menikmati nikmat memberi dan nikmat bahagia tengok orang menerima.
5 comments:
nasib lemak meletup tu menggoda tekak..hukhuk..mesti sedappp
terpikat tengok nasik lemak meletop tu. hehe
Hehe...blh thn sedap gak, jgn tgk klau tgh puasa, mmg akn terpikat ^^
memang meletop nasi lemak tu. banyaknya sambal ehhhh. drooling okay T^T
budakvanilla: dh nk sm bnyk dgn ns smnal dy tu.. pinggan ns lmk pinggan terbesar compared to pinggan utk menu lain :)
Post a Comment