artikel menarik

Wednesday, August 20, 2014

aktiviti semasa cuti semester

Lagi 2 minggu lebih, dah nak habis cuti. Nak memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir, tahun 4, super senior la katakan, haha... Kebanyakan orang mesti kerja part-time masa cuti tapi aku tak, goyang kaki ja. Selalu jugak orang tanya, ish tak bosan ke duduk rumah? Entah, tak rasa bosan sangat pun. Mak aku pun cakap, rehat ja la, nanti masa dah kerja memang tak dapat rehat dah. Tapi itu bukan la bermakna yang aku tak suka duit lebih, ($__$)Y. Pernah ja aku keja part-time masa study sekali dua, tapi bukan masa cuti semester.

Apa yang aku buat kat rumah sampai cepat ja berlalu masa 24 jam? Dah la kat rumah tak ada tv, setelah rosak beberapa tahun dulu ayah aku tak pernah beli dah. Hidup ja walaupun tak ada tv, plus dapat meningkatkan tahap imaginasi, haha... Dah biasa duduk asrama dari form 1, so tak kisah sangat dengan tv. Internet ada, kita gunakan sebaik-baiknya, hehe... Ada jugak kenalan yang jenis tak boleh duduk dalam rumah ja, mesti rasa gelisah hari-hari kalau tak keluar. Aku rasa sifat indoor and outdoor aku dah seimbang.

Tempoh cuti semester kali ni lebih kurang 2 bulan, sebulan puasa, sebulan raya, seminggu untuk bagi adik-adik junior minggu suaikenal. Habis ja praktikal hari tu, terus puasa. Masa bulan puasa, kita slow down sikit aktiviti luar. Apa yang aku buat sepanjang cuti adalah :

1) Menonton korean variety show (Running Man, Hello Counselor, Human Condition, etc.) yang terlepas masa tengah praktikal dan habiskan stok korean drama. Almaklum la jadi wanita bekerjaya sekejap, tak sempat nak tengok, kadang-kadang tidur awal. 


2) Buka puasa ramai-ramai kat luar dengan family dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Kira macam 2 in 1 la, iftar + reunion. Gosip macam2, sembang memang tak letih, tengok balik gambar dulu-dulu yang lawak dan entah apa la yang kami buat. Ya la dah kawan hampir 11 tahun, hoho...

3) Pergi print gambar dari tahun 2008 sampai yang the latest. Punya la lama tak cuci gambar, sejak dunia kamera menjadi digital belaka. Bila cuci tu senang sikit nak tengok, jelas untuk mak ayah tengok. Lagi pun kalau dalam laptop kang nanti takut la terpadam, rosak dan sebagainya.


4) Mencuba resepi baru/resepi yang aku tak pernah try. Masa ni la nak test skill memasak, haha... Sebenarnya lidah ni nak merasa makanan lain selain dari makanan cafe asrama. Masakan mak tak payah cerita la kan, bila-bila pun lalu ja makan, hehe...

5) Keluar dengan kawan pun biasa la, gi sana sini sinu, konvoi raya, shopping (cuci mata ja, tengok wayang, minum supper, jalan-jalan, etc. Oh ya, banyak pulak jemputan kahwin tahun ni, Alhamdulillah tumpang happy untuk kawan.

6) Tulis cerita tentang my childhood memories. Sementara ingatan masih kuat ni, tulis dalam buku, nanti tua-tua nak terkenang balik kan senang. Nak cerita pengalaman kononnya, haha...


7) Bagi semangat kepada sepupu yang nak UPSR tak lama lagi dan sepupu sorang lagi yang accident. Be strong and get well soon~ Melawat di N9 dan Klang.

8) Mengasuh anak buah yang dah jadi 'ekor' achu dia. Mana-mana aku pi, mesti nak ikut, apa aku buat nak tiru, pengikut sejati, haha...

9) Belajar balik bahasa cina yang belajar dulu, buka semester baru nanti nak masuk level seterusnya pulak. Dah lebih setengah tahun tak belajar (praktikal + cuti sem) dan pengetahuan aku yang setahun jagung ni, memang kena refresh balik la.


10) Projek menggunakan semula barang yang selalu kita buang. Contohnya, guna gegelung tisu gulung tu untuk simpan wayar charger handphone.


11) Baca buku yang diborong masa Big Bad Wolf, bertimbun buku, hoho...

Sebenarnya tak la hebat sangat aktiviti cuti semester aku, hoho... Apa-apa ja la, asalkan ada benda nak buat masa duduk kat rumah. Dan aktiviti yang aku tak suka adalah qadha tidur bak kata orang. Itu memang aku tak buat sebabnya masa akan berlalu dengan cepat, tadi siang then tup tup dah nak malam. Malam nanti nak tidur lagi. Lagi pun aku tak suka tidur siang, take a nap ok la masa tengahari tu. Tak ada makna bagiku untuk tidur siang hari lama-lama, haha...

9 comments:

Umi Nazrah said...

salam singgah. aduh teringat zaman-zaman ku dulu lepas baca entri cenggini ^_^

Sally Samsaiman said...

no wonder la tak kisah duduk rumah...byk aktiviti...hehehe

Unknown said...

umi nazrah : thx dtg singgah...zaman muda mudi eh, hehe

sally samsaiman : hehe, masa cuti r masa utk goyang kaki n buat hal sndri ^^

ummizarra said...

wahhhhh kreatif...

Lurima Travel said...

Saya pun peminat runningman juga. :D

Unknown said...

Masa xda keja tetiba plak jd kreatif2 ni haha

Unknown said...

Thx ^^

Unknown said...

Sep ckit hehe.. dh bnyk ketinggalan skrg, x sempat nk tgk :)

mira said...

mak saya pun bagi alasan yang sama kenapa kena duduk rumah. iaitu nanti dah xde waktu cuti mcm ni. so appreciate lol. saya pun happy dirumah :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...