artikel menarik

Saturday, February 16, 2013

syukur~


Baru la aku rasa tak malu nak bagi tau result kat mak ayah~

Alhamdulillah, syukur. Hari ini keluar jugak official result untuk final exam semester lepas. Akhirnya, impian aku jadi kenyataan. Azam jangka pendek 2013 aku untuk tersenarai dalam dean list tercapai. Ini langkah pertama aku untuk terus memperbaiki result dan sebagai pembakar semangat untuk sem akan datang yang akan bermula lebih kurang 3 hari lagi. Aku dah pernah berasa duduk di bawah dan duduk di atas. Jadi, kalau orang lain boleh, aku pun mesti boleh. Kadang-kadang kita dah usaha, tapi keputusan macam tak setimpal, anggap la bahawa Allah ada sesuatu yang lebih baik dari itu. 

Aku nak buktikan pada diri sendiri dan orang lain bahawa aku pun boleh. Zaman mengelaskan seseorang itu dengan lulus atau gagalnya sesuatu dah berlalu. Sekarang apa yang membezakan seseorang itu adalah pengetahuan dan kejahilan. Walau apa pun, ini hanyalah urusan dunia. Kejar akhirat pasti dapat dunia. Sebab bila dah dapat akhirat, secara automatik kita akan dapat dunia juga.  

Aku ingat lagi masa aku tingkatan 2. Kawan aku dapat 79 markah untuk paper Bahasa Inggeris. Sayang kan, 1 lagi nak A. Dia minta nak tambah 1 lagi markah bagi jadi 80. Then, teacher aku cakap, "Jangan minta markah tambahan dari saya. Banyak mana yang awak usaha, banyak tu la yang awak dapat. Kalau awak cakap, ala sikit lagi nak A, saya pun boleh cakap, awak pun perlu usaha sikit saja lagi." Masa tu aku dapat 78, ada hati juga nak minta. Tapi tak jadi. Ada betulnya kata teacher aku tu. 

Terima kasih pada kawan-kawan aku yang menjadi teman bersendut (Perpustakaan Hamzah Sendut). Tahniah juga pada diorang. Aku pun dapat tumpang berbangga, diorang pun tak kurang hebatnya. Semoga nikmat yang Allah beri ni, tidak menjadikan aku seorang yang riak. Perkongsian ni hanyalah sebagai tempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa. Tak ada diari nak menulis memori ni, sebab menaip lebih mudah. (^^,)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...