artikel menarik

Saturday, April 16, 2011

semak warna urin anda~



Berdasarkan gambar di atas... Huh, macam nak tulis surat rasmi pulak kan?? Bukan niat aku nak kongsi kisah ada orang yang tak flush lepas masuk tandas walaupun aku pernah mengalaminya, tapi nak tunjukkan warna urin tu.  Kadang-kadang tu aku ragu-ragu gak, air tu memang keruh atau pun ada orang tak flush?? Penggunaan perkataan air kencing amat panjang untuk ditaip dan sedikit geli, so gunakan perkataan urin, he3... apasal kejap urin jernih kejap warna kuning sikit kan? Tu yang aku cuba nak kongsikan kat sini setelah lama aku menyepi dari dunia blogging, ho3~ 

Urin mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dengan apa yang masuk ke dalam tubuh. Selain air, urin mengandungi pelbagai garam bukan organik dan sebatian organik termasuk protin, hormon dan pelbagai jenis metabolite. Urin adalah larutan lutsinar yang boleh kelihatan dari tanpa warna (putih jernih) kepada warna tetapi biasanya kuning jernih. Cecair dan bahan yang ditapis oleh buah pinggang yang akan menjadi urin. Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang mengalami masalah jangkitan urin/saluran urin (urinary tract infection, UTI), urinnya adalah hampir tanpa warna. Urin boleh berbau hancing akibat tindakan bakteria dan kandungan ammonia akan memberi bau yang menyengat hidung hasil daripada penguraian urea (sebatian organik).

Warna kuning terang urin disebabkan oleh urokrom (pigmen yang memberi warna pada urin) dan juga penguraian bilirubin (pigmen kekuningan dalam hempedu) dan urobilin (pigmen hempedu yang dihasilkan oleh pengurangan bilirubin). Faktor lain wujudnya warna-warna berbeza urin adalah bergantung kepada jumlah air di dalam badan. 

Berikut adalah antara warna-warna urin :
  • Jernih - terlebih air, dianggap lebih sihat dari kekurangan air (dehidrasi).
  • Kuning/kuning bata cair - menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari darah.
  • Kuning bata - setelah makan sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium
  • Kilauan merah jambu - sekiranya memakan ubi bit, keadaan ini hanya sementara dan tidak berbahaya.
  • Hampir perang - mungkin merupakan simptom demam kuning.
  • Kuning gelap - menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi).
Kesimpulannya, minum la sky juice (air kosong) banyak-banyak dan tak payah risau pasal warna urin, kan senang. Lepas tu, satu lagi sebelum entri ni ditamatkan, jangan lupa flush ya selepas guna tandas. Untuk kebaikan dan kesihatan bersama gak~  (^^,)

Friday, March 25, 2011

charlie dan abangnya


Di suatu petang yang bosan lagi syahdu untuk melelapkan mata ni, aku yang sedang kebosanan berada di office pun mula menggunakan kemudahan internet yang sedia ada untuk post entri ni. Tapi internet hari ni ada problem la pulak, so sekarang entri ni dipos dengan internet broadband aku. Mujur laju sebab aku balik rumah hari ni, he3~ Aku nak share 2 video, pasal telatah charlie dan abangnya. Sharing is caring, ho3~ Amenda la aku merapu ni, layan... 



 Ha3, kesian kat abang charlie, kena gigit jari...baik gak abang dia ni, kalau tak mesti dah lama kepala charlie yang botak licin tu kena cepuk, ha3... Yang kat bawah ni pulak, versi autotuned. Sedap gak bila dah jadi lagu. Apa-apa pun, 'ouch'  tu mesti jelas. Enjoy watching this videos !!  


Wednesday, March 23, 2011

kuih seri muka kegemaranku




Haish, seri muka oo seri muka. Kau memang pojaan hatiku. Aku rasa aku suka kuih ni sebab rasa dan bau pandan dia kot. Lagi pun aku memang suka pandan-pandan ni, kek span pandan, kek gulung pandan, Apollo pandan dan segala macam pandan lagi. Ada orang kata kalau makan kuih seri muka ni nanti muka jadi berseri-seri tapi aku tau itu semua dusta belaka. Kalau ada yang percaya, sah orang tu kena tipu lonjong-lonjong.  Aku memang suka sangat makan kuih ni. Minum petang tadi kat kilang pun makan kuih ni. Tapi yang hari ni punya kuih lagi tak sedap macam first time aku makan kuih ni kat kafe kilang aku, may be bukan tuan kuih yang sama macam aku makan hari tu kot. Macam dah lama sangat aku tak dapat cari kuih seri muka yang sedap. Balik rumah minggu lepas, dah alang-alang keluar ke pejabat pos aku pun singgah kat kedai kuih. Beli la, nak try tapi yang tu so so ja. Aku layan ja lah. Ada sekali tu aku beli kat stesen bas, yang tu pun ok ja la tapi dia punya harga tak padan dengan saiz. Memang kecik, tak salah aku macam 2.0 cm x 3.5 cm (lebar x panjang). Cepat ambil pembaris dan ukur tengok, ho3~  Lepas tu, pulut dia cuba anda bayangkan, hanya selapis. Better dia jual yang hijau kat atas tu ja. Besar tu harga dia sebiji 40 sen. Ada gak terasa nak buat sendiri tapi tak tau la bila nak jadinya. Sekarang ni aku masih dalam pencarian bakat terpendam membuat kuih seri muka yang sedap lagi berseri-seri. Semoga pencarian aku ni ada penghujungnya. Hidup kuih tradisional!! Hidup kuih seri muka!! Sorry, terover pulak. 

* minta maaf ya pada semua pembuat kuih seri muka yang membaca entri ini kalau-kalau anda terasa hati  (^^,)Y

Saturday, March 19, 2011

ini kisah masa depan saya



Saksikan sebuah kisah kejayaan saya iaitu cerita tentang seorang siswi istimewa yang giat mempelajari bahasa inggeris dan telah memenangi pelbagai penghargaan di peringkat dunia. Video ini hanyalah rekaan semata-mata, ho3~

Tidak ada salahnya jika kita berangan-angan buat masa sekarang tapi tapi pastikan anda menuju ke arah apa yang anda impikan itu. Teruskan usaha kita untuk kekal berjaya selagi mampu bak kata pepatah inggeris " ability is a good thing but stability is better ".

Selamat menonton video ini, anda hanya perlu klik link di bawah, he3~


Kat bawah ada sikit preview untuk video ni :













Monday, March 14, 2011

pisang dan kelebihannya

Ingat lagi tak dulu-dulu time sekolah rendah mesti ada karangan yang suruh kita cerita pasal kegunaan pokok kelapa. Tak pun, pokok kelapa dan kelebihannya. Macam-macam tajuk pasal pokok kelapa, kalau keluar time ujian aku pilih tajuk ni kadang-kadang. Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal pokok kelapa. Aku nak bagi idea kat penggubal soalan karangan BM. Jeng jeng jeng... 'Pelbagai Kegunaan Pisang' he3~ Aku suka makan pisang terutamanya pisang emas, tambah-tambah pulak kalau buat cokodok. Ayah aku pun addicted to pokok pisang, asyik ke kebun ja tengok pisang.


Terdapat pelbagai macam kegunaan pisang dalam kehidupan seharian yang meliputi akar, batang, daun, buah mahu pun jantung pisang. Keluar topik jap, jantung pisang aku suka buat masak lemak, ada ikan bilis sikit, hor liao~ Ok, masuk topik balik. Bagi tujuan perubatan, getah pisang didapati mujarab untuk menyembuhkan luka bisa akibat dipatuk ular atau disengat kala jengking. Untuk bunga pisang yang direbus, airnya boleh diminum bagi mengubati penyakit kencing manis manakala kulit pisang pula digunakan untuk merawat kudis.

Selain itu, jus pisang boleh menjadi penyembuh kepada masalah sembelit selain melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut (macam masalah perut yang asyik meragam la). Dalam perubatan Cina, Pisang Kaki dipercayai amat berkesan untuk meredakan demam dan serbuk putih yang terdapat di permukaan buahnya baik untuk paru-paru dan jantung. 

Ni pisang kaki, pisang ni aku makan sikit-sikit ja
Bagi tujuan kecantikan, air dari batang pokok pisang berkhasiat untuk melebatkan rambut manakala kulit Pisang Emas pula boleh digosokkan pada kulit untuk mendapatkan wajah yang halus dan licin.

Saturday, March 12, 2011

kilauan batu permata

Hmm, lama dah tak makan gula-gula Fox. Gula-gula ni dibungkus dalam tin macam tin buah laici tu, dalam paket plastik pun ada. Dulu selalu sangat makan, sekarang ni macam dah lama tak jumpa. Aku pun tak cari sebenarnya, tapi memang best gula-gula ni sebab sedap dengan pelbagai perisa dan warna-warni. Nak p beli la nanti. Macam-macam warna ada dan rasa ada, he3~ Ni la dia gula-gula tu. 





Gula-gula ni batu permata aku, hak3~ Ok la, aku go on dengan cerita pasal batu permata kat bawah ni . Tapi sebelum baca entri ni, jom cuci mata dulu gambar-gambar batu permata yang uncle google bagi. (aku pilih warna yang aku berkenan ja, kui3~)



Permata adalah sejenis batu yang terdiri daripada karbon pekat. Ia terbentuk jauh di dalam bumi yang mengalami tekanan kuat menyebabkan atom-atom karbon membentuk kristal.
Batu berbentuk kristal itu terkeluar ke permukaan bumi akibat letusan gunung berapi dan ia boleh ditemui di dalam batu-batu gunung berapi yang dikenali sebagai ‘kimberlite’ dan ‘lamproite’. Batu permata mempunyai nama dari mulai huruf A sampai huruf Z yang diklasifikasikan menurut kekerasannya yang dikenal dengan Skala Mohs dari 1 sampai 10.

Batu permata disifatkan oleh masyarakat dunia sebagai sangat berharga kerana ia adalah batu yang paling keras di bumi ini.Pada abad ke-16 manusia tidak pernah terfikir bahawa batu permata mempunyai kilauan dan cahaya yang cantik. Apabila saintis menyedari kegunaan cahaya barulah mereka mengetahui bahawa batu permata mempunyai kilauan dan cahaya yang terang.

Kelajuan cahaya dalam batu permata ialah 186,000 sesaat tetapi ia akan bergerak perlahan kira-kira 80,000 batu sesaat apabila melalui rintangan. Cahaya batu permata boleh terbias dan terpantul serta terpecah menghasilkan warna-warna pelangi, yang menyebabkan ia berkilauan. Bagaimanapun kilauan batu permata sebenarnya bergantung kepada potongannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...