artikel menarik

Sunday, January 30, 2011

4.5 saat melipat baju



Terjemahan dari video di atas:

Tuan-tuan dan puan-puan. Mari sini rapat-rapat. Hari ini saya akan menunjukkan cara-cara melipat baju dengan cepat. Info ini sangat berguna untuk keluarga yang ramai ahlinya. Sebabnya, semakin ramai ahli keluarga, semakin banyak pakaian yang nak dilipat. Ok, saya tunjukkan sekarang. 

Sebenarnya aku hentam ja, ha3... Tapi apa yang video ni cuba sampaikan lebih kurang macam tu la. Aku tiru gaya orang jual ubat kat pasar malam kat rumah aku dulu-dulu. Ayat dia hampir sama, dia rakam then ulang banyak kali sampai habis waktu berniaga kat pasar malam. Aku pernah try cara yang oba-san ni tunjuk, kalau lipat baju yang lembut jadi la. Baju yang kain kasar sikit, anda perlukan sedikit kesabaran dan ketekunan.

Saturday, January 29, 2011

bermain badminton di suatu petang

Petang kelmarin, lepas balik ja kerja dalam pukul 5.30 kot, tetiba ja my housemates and I macam terlebih semangat untuk beriadhah. Hujung minggu hari tu aku balik rumah, memang diorang dah pesan kat aku suruh bawa raket. Raket?? Kitorang main badminton. Time aku bawa beg raket naik bus dan feri, orang asyik tengok-tengok ja. May be diorang ingat aku ni pemain badminton mana pulak?! Ada game ke?! Layan ja la, ha3...

Jadinya semalam kami pun bermain dengan gumbiranya, almaklumla lama sudah tak melakukan aktiviti sebegini, he3... Ni la 1st time kami melepak kat luar rumah, kalau tak mana adanya. Balik dari kilang ja, terus masuk rumah tak pun sekejap sangat stay kat luar tu. Kami pun start la secara amatur saja, he3... Tetiba ja, ada sorang mamat ni tengok kitorang main. Actually, mamat ni jiran aku. Dari ekor mata aku ni ja, aku dah tau dah, mesti dia nak join. Dia tingkatan berapa entah, aku pun tak pasti. Tapi yang aku pasti, dia selalu kena bebel pagi-pagi. Time tu, aku dok bersiap nak ke kilang la. Bukan aku eavedroppings, tapi memang clear bebenor suara bapaknya itu, ho3... Sebab dia susah nak bangun pagi g sekolah. 

Ok, biar la kat dia, end of his story. Dia ni agak 'sihat'. Tapi bagus la dia pun ada inisiatif untuk bersenam. Lepas agak lama dia tengok agak lama kitorang main, terus dia masuk rumah. Ingatkan dah balik, rupa-rupanya cari raket gak. Lepas tu, dia dengan tak semena-mena amek shuttlecock yang jatuh then serve. Ehh, apekehe nye?? So, memang betul la firasat aku yang mengatakan dia pun nak join gak. Disebabkan dia dah join, kami pun bermain la secara regu, ho3~ Apa-apa pun, puas la jugak dapat main, lama sangat dah raket ni tersimapan kat rumah lama aku. At least, kitorang da gak aktiviti nak buat time petang....



Ni la raket aku. Lama dah beli, time darjah 6 lagi. Walaupun dah lama, tapi still elok tapi bukan sebab aku jarang main, dulu kerap. Ayah aku belikan kat kedai sukan bawah tempat tuisyen aku, ho3~

Thursday, January 27, 2011

the power of human brain

Dalam entri yang lepas, kita dah try uji otak kita dengan mengelirukan antara perkataan yang hendak disebut dengan warna perkataan tadi. So, sekarang kita nak uji pulak dengan beberapa lagi siri yang boleh menunjukkan bahawa otak manusia ni sememangnya unik. Alhamdulillah, kita dikurniakan akal yang sihat, so jagalah sebaik-baiknya ok...Ada orang selalu cakap, '' Dia boleh la, dia memang dah pandai " tak pun ada jugak yang cakap macam ni " Alah, ko pandai, aku tak pandai macam ko ". Selalu aku dengar ayat-ayat tu, aku dulu pun pernah gak sebut. Tapi bila dah besar remaja sikit, aku fikir-fikir balik, sama ja semua. Sebabnya, masing-masing da otak dan akal yang Allah dah kurniakan. 





Yang pertama, cuba baca perenggan kat bawah ni. Boleh ke tidak? he3...

I cdnuolt blveiee taht I cloud aulactly uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid! Aoccdring to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The  rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthitl a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos nit raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig rghit? 


Kalau ada sapa-sapa yang nampak gambar ni berputar, may be dia perlukan rehat yang lebih kot... Pergi bercuti ke... Sebab gambar ni tak bergerak pun sebenarnya...












 Yang ni pulak, agak-agaknya selari tak? ho3...




Ok, yang last sekali... Mula-mula, klik gambar ni then fokus pada + di tengah-tengah tu. Lepas tu, mesti titik purple yang kita tengok tu jadi warna hijau. 



Wednesday, January 26, 2011

good exercise for your brain...

You have to look at the picture below and say the COLOUR of the word, not the WORD itself. This is just to tease your brain.  
Have fun !!




It's quite difficult right? But why is it so difficult? 


That's because 
the RIGHT side of your brain is trying to say the COLOUR 
while 
the LEFT side of your brain is trying to say the WORD

Sunday, January 23, 2011

my ikan pelaga ~



Ni lah ikan pelaga aku. Baru ja ambil kat rumah tok angkat aku petang tadi. Dah alang-alang aku keluar, on the way balik tu aku pun singgah sat, he3... Lama dah aku tak bela apa-apa haiwan. Dulu aku pernah bela burung, kucing, ikan pun pernah gak tapi aku tak la sampai bela haiwan yang pelik-pelik tak pun yang ekzotik. Sempenan bilik aku yang kosong saja, so sebab tu la aku rasa teringin gak nak bela ikan pelaga. Dulu pernah bela dah sekali, warna purple and merah. Lagi pun, tok aku tu memang hobi dia bela ikan ni, almaklumla time boring-boring boleh layan. Pas tu bila ikan tu dah besar, dia pun jual la. 

Saja aku letak guli kat dasar akuarium tu. Dulu guli tu guna untuk main congkak, sekarang ni tak dah. Dah la aku ada banyak guli, so gunakan ja la. Guli banyak-banyak tu aku dapat time lepas balik mengaji dulu-dulu, aku main guli dengan kawan-kawan mengaji and dua pupu (mak dia and ayah aku sepupu, kami jadi dua pupu) aku. Pas tu tadi aku korek kotak mainan aku yang dah berkurun tu. Jumpa kapal selam, dapat free bila beli Smarties. Aku suka Smarties. Ingat nak letak dalam tu, tapi kapal tu ada lubang kat bawah dia, so bila letak dalam akuarium jadi terapung, ho3...

Ikan pelaga aku ni tak da nama lagi pun. Tak tau nak bagi nama ke tak. Kalau ada idea, nanti letak la kot, he3~

Saturday, January 22, 2011

Bearbrick


Hari tu aku baca komik Uncle Loong. Komik ni mengisahkan kisah lucu dan pelik tentang peminat fanatik mainan. Dalam komik ada disebut pasal be@rbrick (bearbrick). Selalu gak bila aku keluar jalan-jalan, aku suka sangat singgah kedai mainan walaupun aku tak beli. Aku tengok ja, he3... Ni lah antara rupa be@brick, ada banyak lagi sebenarnya tapi just nak tunjuk pada yang tak tau. 





Hmm, cute kan Be@rbrick ni yang dikeluarkan oleh MediCom Toy 


Kedai permainan ni ditubuhkan oleh Tatsuhiko Akashi (1996). Produk permainan daripada MediCom Toy ni direka mengikut gaya hidup dan kehendak pasaran semasa. Be@rbrick dikeluarkan untuk memenuhi kehendak pasaran orang perempuan. Reka bentuknya ditukar daripada Kubrick (patung blok karakter manusia) kepada Be@rbrick (patung blok beruang). Semasa pertama kali diperkenalkan di Konvensyen Karakter Sedunia, Jepun pada tahun 2001, ianya diberi secara percuma dan terus mendapat sambutan ramai. Kalau la aku dah ber'uang' time tu, ho3... 

Be@rbrick boleh didapati dalam 5 saiz ketinggian (35mm, 50mm, 70mm, 280mm dan 700mm). Be@rbrick ni dah keluar bersiri-siri dah, yang black version pun ada, macam-macam ada. Walaupun Be@rbrick cuma ditukar bentuk luaran sahaja tapi kekuatan jenama MediCom Toy menjadikan Be@rbrick mainan rebutan di pasaran. Ish, tak da orang nak bagi aku hadiah Be@rbrick ni ke?? he3... Aku just ada t-shirt biasa dengan lukisan kartun Be@rbrick ja, ho3~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...