artikel menarik

Thursday, September 30, 2010

sang tebuan

28 Oct, BK B - Sang tebuan terbang dengan riangnya menikmati pemandangan sambil menghirup udara pagi yang segar. Sesekali, hinggap sebentar pada lampu kalimantang. Mungkin cahaya lampu kalimantang tersebut begitu menarik perhatiannya. Aksinya yang lincah terbang ke sana sini menarik perhatian aku, rakan-rakan dan pensyarah kami. Mana tidaknya, bunyi sang tebuan yang berdengung itu bergema di dalam gegendang telinga kami. Bukan itu saja, malahan sengatnya di hujung ekor juga dikhuatiri ramai. Keadaan kelas terganggu seketika, mata masing-masing tidak lepas memandang sang tebuan. Bagaikan dipanggil-panggil, sang tebuan mencari tempat baru untuk bertandang. Sekelip mata sahaja, sang tebuan telah sampai di bawah meja dan di atas beg rakanku. Suasana agak kurang tenteram, sekejap ''Aaahh" kemudian sekejap lagi pun "Aaahh". Dalam kekalutan itu, sang tebuan tiba-tiba terlanggar bilahan kipas yang sedang berputar ligat. Namun, sang tebuan meneruskan terbangannya tetapi agak tidak stabil. Dengan tidak semena-mena, rakanku, ika mokri, memegang dahinya di bahagian tepi. Aku ialah salah seorang saksi kepada insiden perlanggaran sang tebuan dan cik ika. Bagaikan tidak bersyukur akibat mendarat di tempat tidak keras, sang tebuan melepaskan sengatnya. "Aduh", ujar rakanku itu. Kemudian pensyarah kami pun memberi kebenaran kepada rakanku juga, cik fatimah untuk menghantar cik ika ke klinik berdekatan. Cik ika telah diberi 2 suntikan untuk melawan bisa sang tebuan itu. Begitulah alkisahnya, 'Sang Tebuan dan Cik Ika'
* BK B - nama kelas (instrumentasi dan kaedah analisis makanan)
Inilah tebuah yang comel dan cilik tetapi licik dan sengatnya jangan dilupa kerana sekali disengat, amat berbisa...

Monday, September 27, 2010

syawal 2010

Disebabkan lama tak post apa2 entri, ni semacam nak qado balik la...macam dah terabur pulak, raya 1st tak cerita lagi tup tup dah cerita raya ke 3.. xpa la, asalkan ada cerita..memang lama dah tak view blog ni, almaklumla den sibuk berayo, siapkan qhoje3 yang patutnya disiapkan time cuti raya,ha3...sekarang ni la baru da kesempatan nak post new entry sebabnya tiba2 lak terasa nak update + belum ada mood nak wat lab report, he3...tahun ni warna tema family aku ialah, spell with me, B-R-O-W-N...
my FaMa
kakakku

raya sakan

Sebenarnya dah lama nak post entri ni dari raya ke 4 lagi..tapi tak pos2 jugak sebab x siap2 menaip..sibuk sangat dengan macam2 perkara..tapi apa yang ditaip ni mungkin dah berubah dari yang asalnya sebab perasaan baru balik raya dengan sekarang ni x sama dah...walau macam mana pun, aku still nak post gak walaupun dah berminggu-minggu kita raya as long as kita still dalam bulan Syawal, kui3..
Hmm, macam mana nak mula r? Banyak sangat nak cerita, ibaratnya kalau buka paip air tu, paip sikit pun air dah mencurah-curah gila. Hari raya pertama aku just raya sikit-sikit ja pun, raya ke-2 pun sama gak. Tapihari raya ke-3, aku nak kasi tajuk dia, antara 2 negeri,ho3... Sebabnya aku dengan kengkawan beraya dari penang sampai ke kedah. Dari pagi kul 10 then balik pun kul 10 gak. Dalam perut ni memang terapung-apung makanan tu. Bihun ada, spageti ada, mee pun ada plus dengan air gas yang macam-macam kaler and perisa,he3... Tapi bila beraya di kedah tu, kitorang dijamu nasi daging lak. Ok,sedap. Rombongan raya kitorang ni seramai 10 orang yang naik 2 buah kereta. Itu pun ada gak yang x dapat join, kalau tak maunya 3 kereta kot. Pagi nya time, pas beraya kat penang, kami pun meneruskan perjalanan naik jambatan penang. Lalu lintas agak sesak sedikit (erk,macam info trafik lak). Sampai ja guar cempedak, kitorang pun terus dijamu dengan nasi daging,he3... Sebelum 2, kami berhenti ambil sorang lagi ahli rombongan raya ni kat sungai petani...dah sudah makan2 semua, kami meneruskan misi..pergi la pantai pulak, bergambar-ganbaran dengan suasana laut..kemudian, bergambaran dengan sawah padi pulak..tak tahu la sapa punya sawah, main tumpang ja.. dah la sembereno ja kitorang berhenti tepi jalan nak cari sawah yang cantik,ha3..macam2 aksi dan gaya dah puas dirakam oleh kamera yang canggih dan mahal (kawan den punyo), barulah meneruskan perjalanan pulang... memandu, memandu dan terus memandu hinggalah kitorang sampai di R&R sg dua..berhenti jap untuk solat...selesa jugak surau dia..tapi time 2 belum masuk waktu Isyak, so nak tunggu jam pukul 8.30 la...then, tetib ada sorang akak,eh mak cik kot tanya aku... " hazirah, isyak dah masuk ke? " aku pun jawab " belum lagi"... macam mana dia boleh tau nama aku r? may be dia dengar kot diorang sebut2 nama aku, kitorang borak2 kecil time 2...ho3~ dah selesai semua, masing2 balik ikut jalan sendiri la pas keluar dari jambatan penang untuk balik ke umah sendiri...the best raya with friends untuk tahun ni,thankz kawan2 ku !!! (^_^)

Sunday, September 12, 2010

tragedi 11 september 2001

Hari ni kita dah menyambut Hari Raya Aidilfitri yang ke-2. Genap pada tarikh 11 September 2010 ni, maka genaplah juga usia 9 tahun yang berlaku pada tarikh yang sama pada tahun 2001 selepas 1 tragedi yang menggemparkan seluruh isi dunia iaitu tragedi menara berkembar di New York yang dilanggar oleh pesawat. Selepas peristiwa tersebut, Islam telah dikambinghitamkan. Siapa perancang atau dalang yang sebenar?
Sebuah suaramedia telah menemui beberapa penemuan terbaru mengenai peristiwa ini yang cukup mengejutkan. Agen Zionis Israel dilaporkan terlibat dalam aksi serangan dua menara kembar di New York itu. Menurut artikel mingguan yang dicetak American Free Press, Ziad Al Jarrah, salah seorang pelaku pelanggaran pesawat ke menara kembar World Trade Center itu, merupakan orang yang bekerja untuk agen Zionis Israel, Mossad.
Sebelum itu juga, New York Times juga melaporkan saudara Ziad, Ali Al Jarrah merupakan warganegara Lebanon yang diduga sudah bekerja sejak 20 tahun belakangan sebagai mata-mata Israel. Ali dilaporkan mengintip gerakan Palestin dan kelompok Hezbullah Lebanon sejak 1983. “Ini bukan anggota keluarga (Ziad) pertama. Salah satu dari sepupu Jarrah, merupakan salah seorang daripada 19 pelaku pelanggaran pada tragedi 11 September,” tulis Times.

Hubungan erat antara Ali dengan salah seorang pelaku utamamemunculkan spekulasi bahawa Israel sengaja merekrut orang-orang muslim Arab. " Seluruh Amerika dan Eropah mengetahui bahawa tragedi 11 September direncanakan oleh CIA dan Mossad dan menuduh bangsa Arab dan mempengaruhi kekuatan Barat untuk terlibat dalam penindasan di Iraq dan Afghanistan, " kata Cossiga melalui media Corriere della Sera.

Alasan Cossiga salah satunya berdasarkan laporan bahawa pekerja perusahaan telekomunikasi Israel, Odigo, diminta meninggalkan tempat kerja mereka yang berjarak 2 blok dari WTC 2 jam sebelum pelanggaran tersebut berlaku. Pada dolar Amerika juga terdapat beberapa misteri, perhatikan gambar di bawah :

Dan ini juga salah satu misteri, cuba buat dan lihat.

1) Buka Microsoft Word

2) Taipkan Q33 NY dalam huruf besar

3) Tukarkan saiz font kepada saiz 48

4) Highlightkan Q33 NY kemudian tukar kepada font Wingdings

Apa yang anda nampak??

Q33 NY

* Q33 NY ialah nombor pesawat yang melanggar WTC pada tragedi 11 September 2001.

Sesungguhnya tulisan ini sudah lama wujud sebelum tragedi 11 September lagi tanpa sesiapa menjangkakannya. Kelihatan gambar sebuah kapal terbang melanggar WTC dan juga terdapat lambang tengkorak dan lambang Yahudi…

Adakah suratan atau kebetulan? Mungkinkah orang Yahudi yang mencipta system Microsoft ini sudah mengetahuinya dari awal? Atau adakah tragedi tersebut adalah angkara dan konspirasi Yahudi sebagai rancangan untuk menyerang ISLAM ??

Ini pula ialah rakaman dari CNN mengenai isu mewujudkan satu hari bagi memperingati tragedi ini dengan membakar Al-Quran secara besar-besaran. Cadangan ini dikemukakan oleh seorang paderi, Terry Jones. Tindakan mereka ini wajib dikecam dan marilah kita sama-sama berdoa agar mereka tidak melakukan perbuatan ini. Sebab utama mereka berani adalah kerana negara-negara Islam tidak bersatu malah di dalam negara kita sendiri juga agak goyah.
Ayuh, marilah kita sama-sama menyebarkan serba sedikit maklumat yang kita ketahui bagi masyarakat di luar sana. Semoga kita beroleh pahala yang besar, jihad di alam maya jika berdaya dan sehabis-habis daya adalah dengan berdoa.

Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya !!

InsyaAllah esok kita akan
menyambut Hari RayaAidilfitri
setelah hari ini hari yang
ke-30 kita berpuasa.
Semua orang pun dah siap membeli-belah
agaknya untuk persiapan
raya esok. Pada mulanya nak post
pasal resepi tapi last2
sebab esok dah raya, jadi
ucapan hari raya
yang dipost,he3...
So, " sElAmAt HaRi RaYa " semua !!!!

petua bersama

Berikut adalah antara beberapa petua yang perlu diamal dan dielakkan demi menjaga kesihatan anggota badan diri kita sendiri antaranya ialah kesihatan akal, badan, mata dan selain itu kesihatan rohani (jiwa) perlu dijaga. Rohani menggambarkan jasmani yakni dalaman menggambarkan luaran. Bak kata pepatah Arab, ' al-aqlussalim fi jismisssalim' ertinya : akal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Jadi, perlu bagi kita menjaga diri supaya kita dapat mengelakkan perkara yang merosakkan diri dan mengamalkan perkara yang memberi manfaat pada diri.
ROSAKNYA BADAN
  • akibat perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan dengan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
  • perkara yang boleh menerangkan penglihatan dan meyejukkan hati iaitu banyak melihat warna hijau (pokok-pokok), melihat air yang mengalir dan melihat barang/orang yang disayangi
MENGGELAPKAN PENGLIHATAN
  • perkara yang boleh menggelapkan pandangan ialah berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah yang masam dan banyak menangis
WAJAH BERSINAR
  • menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa
HILANG SINAR PADA WAJAH
  • antaranya ialah banyak berbohong, tidak mempunyai perasaan malu dan banyak bertanya tanpa ilmu
PERASAAN BENCI
  • akibat perasaan sombong, dengki, selalu berbohonh dan suka mengadu domba
MENDATANGKAN REZEKI
  • antaranya ialah qiyamullail (beribadah pada 1/3 malam selepas tidur), banyak berzikir, banyak beristighfar (pada waktu sahur, sebelum masuk waktu Subuh) dan bersedekah
MENYEKAT REZEKI
  • perkara yang menyebabkan rezeki tersekat ialah kerap tidur pada waktu pagi (bangun lewat), culas melakukan solat, malas dan juga perasaan khianat
LEMAH KEFAHAMAN DAN INGATAN
  • sebabnya ialah sentiasa makan makanan yang masam, kerap bersedih dan rungsing
MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN INGATAN
  • caranya ialah dengan hati yang gembira, makan atau minum dalam jumlah yang sedikit dan mengurangkan makanan manis dan berlemak
Renung-renungkan... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...