artikel menarik

Sunday, August 29, 2010

iklan merdeka~

Tinggal lagi 3 hari ja sebelum negara kita menyambut hari merdeka yang ke-53 sejak tahun 1957...banyak perkara yang telah nenek moyang kita korbankan pada hari lalu demi hari ini...tidakkah kita sedar bahawa pengorbanan mereka itu tidak berbaloi untuk disia-siakan begitu saja?? Jangan memperjudikan nasib negara dengan melupakan sejarah perjuangan negara kita kerana sejarah mungkin berulang.....

Iklan yang paling bermakna...

Ni iklan merdeka yang paling aku suka...very nice !!

another truth story...





Satu ketika dulu aku suka sangat dengar lagu english...corong-corong radio juga kerap memutarkan lagu-lagu hits dari barat...sejak kemunculan lady gaga,lagu-lagunya sahaja yang kerap bersiulan di bibir-bibir masyarakat kita...kat bibir aku pun...tapi sekarang ni rasa macam takut-takut pun ada gak nak dengar lagu english...mana la tau kot-kot ada maksud di sebaliknya yang kita x tau...lantaran itu,atas rasa tak nak dengar benda-benda yang kurang baik ni, aku pun delete lagu-lagu lady gaga,ho3...sebab dia yang paling berpengaruh sekali dalam bidang satanic dalam industri muzik...yang lain-lain pun ada gak tapi kurang menonjol...bukannya aku nak berlagak baik or alim,tapi kalau kita dah tau sesuatu tu tak bagus,buat apa nak ikut lagi kan?? lagi pun dia puja syaitan la wei...look at the videos below!!!




Saturday, August 28, 2010

the truth

Satu masa dulu seringkali masyarakat kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum / Akum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang marilah kita gunakan perkataan SALAM bagi manggantikan AKUM. Semoga ada manfaatnya.
1 lagi perkataan yang mengelirukan kita ialah BYE. Perkataan BYE merupakan jarum sulit orang kristian. Di dalam bahasa Arab bermaksud "fi hafzil baba" manakala dalam bahasa Malaysia bermaksud di bawah naungan pope(paderi). Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum. Ianya adalah lebih afdhal.

Sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman. Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya Barat...



graphology

Grapho ertinya tulisan Logy ertinya bidang ilmu Graphology ertinya ilmu bidang tulisan TEKANAN i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit BENTUK TULISAN i. Tulisan yang bulat-bulat, semua huruf ditulis dengan bulat Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logik) KECONDONGAN i. Condong ke kanan Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah ii. Condong ke kiri Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang iii. Tegak Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah iv. Campur-campur Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur KERAPATAN i. Jarang-jarang Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros ii. Rapat-rapat Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut PADA HURUF J, G, Y, Z i. Ada ekor a) Besar, panjang dan sempurna Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan b) Kecil, pendek dan tak sempurna Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri PADA PALANG HURUF T (t) i. Tinggi Tahap aspirasi tinggi ii. Rendah Mudah berpuas hati, cita-cita rendah iii. Tengah-tengah Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Fadzilah Kamsah mengenai kebanyakan orang....

Thursday, August 26, 2010

fitnah dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
Rasululah s.a.w telahberkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda telah bersabda:
Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yangdibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahaimanusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagaiTuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelumkamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanyaitu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah diameminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surahAl-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?"
Orang Arab itu akan berkata:
"Tentu."
Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya:
"Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dibelah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai:
"Lihatlah apa yang akan ku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian dia akan bertanya:
"Siapa Tuhanmu?"
Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulannya orang beriman, menjawab:
"Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalahmusuh Allah."
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasukorang yang paling tinggi darjatnya di syurga.
Kata Rasulullah s.a.w lagi:
Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya maka tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikianhujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggaldi Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kotaMadinah.
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedangmenangis. Melihat saya menangis beliau bertanya:
"Mengapa menangis?"
Saya menjawab:
"Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takutmendengarnya."
Rasulullah s.a.w berkata:
"Seandainya Dajjal datang padawaktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalaudia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dajjal munculpada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yangterasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.
Ada yang bertanya:
"Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga?"
Rasulullah s.a.w menjawab:
"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu. Menurut riwayat, Dajjal itu nanti akan berkata:
"Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?"
Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia:
"Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"
Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin."
Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh . Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A'lam.

Wednesday, August 25, 2010

bermuda triangle

Kisah bermuda triangle ni macam perkaitannya dengan kisah yang baru-baru ni gempar di facebook tentang siapa sebenarnya si lady gaga tu. Dia tu kan pemuja syaitan (berkenaan illuminate and freemason) so, bermuda triangle kiranya di bawah 1 skop or label yang berkaitan tentang dajjal a.k.a DJ, syaitan dan yang seangkatan dengannya. 

* kalau belum tau dan nak tau kisah lady gaga tu, boleh la klik sini

Idea ni sampai selepas pembacaan aku di facebook, tapi kisah yang nak disampaikan di sini ialah tentang bermuda triangle,1 tempat yang banyak kita hanya mendengar tentangnya.

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri. Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang ada di Bermuda Triangle? Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke utara. Anda dikira 'hilang'. Satu lagi tempat dikenali sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan yang serupa. Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan ok. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib !! Apa yang sebenarnya telah berlaku?? 

Teringat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda, maksudnya :

"Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu)."

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudahnya, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus iaitu panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.


Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara- perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan 'istana' syaitan yang mungkin tersembunyi di situ. Sebuah buku yang bertajuk "Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda" oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir juga ada mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. itu nyata mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan bahawa Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...