Sunday, December 25, 2011
Wednesday, December 21, 2011
muzik instrumental (piano):yiruma
Hai.. Aku baru ja habis jawab soalan assignment math. Tapi esok nak bincang tengok dengan member group aku, tengok kot-kot ada salah kat mana-mana. Sambil wat assignment tu, sambil telinga aku dok dengar muzik instrumental (piano). Orang yang kat bawah ni la pemain piano tu, Yiruma nama dia.
Yiruma adalah nama pentas bagi I Ru-ma yang dilahirkan pada 15 Februari 1978 merupakan seorang pemain piano yang popular dan dikenali di peringkat antarabangsa selain daripada menjadi seorang komposer di Korea Selatan. Beliau mula bermain piano pada seawal usia 5 tahun dan berpindah ke London untuk belajar di Purcell School of Music ketika berusia 11 tahun. Antara hasil karya beliau yang terkenal adalah seperti kat bawah :
River flows in you
Kiss the rain
If I could see you again
Kalau nak dengar yang lain lagi, boleh la pilih kat sini. Aku ada lagi kerja nak buat, soalan tutorial math, tapi dah tak ada mood nak buat. Tu yang post entri ni, nak kongsi muzik ni, hehehe...
Monday, December 19, 2011
Sunday, December 18, 2011
final exam dah dekat
Sekejap ja masa berlalu. Rasanya macam baru ja masuk sem 1, ni dah nak final exam dah. Nak kena study balik apa yang 4 bulan lalu yang aku dah belajar. Final exam aku start 5-19 jan. Selalunya, tiap2 minggu aku balik rumah, almaklumla u dekat dengan rumah. Tapi ni kali kedua aku stay kat hostel, kononnya nak study la. Lagi pun isnin and khamis ni ada test lagi. Kelas ganti pun ada lagi sebab syllabus tak habis cover, lagi pun minggu depan dah study week.
Risau la nak final exam kali ni. Yang dulu time diploma, dah 5 kali jawab pun x serisau ni. Sebabnya, tak ready lagi nak menjawab ni. Ada 2 subjek ja yang aku agak yakin sikit untuk jawab sekarang ni, biochem and introduction to food and technology. Agak la, bukan yakin sangat. 2 subjek ni jugak, pembuka dan penutup paper untuk final exam aku. Yang kat tengah tu, paper yang........ Macam mathematics, physical chem, organic chem, statistic. Dah la formula tak bagi. Soalan past years pun tak buat lagi. Jadual exam pun padat semacam kat tengah-tengah tu. Itu pun semalam kawan aku ajak pi pesta penang. Tapi aku tak pi pun, boleh gak belek-belek nota sikit, hohoho
So, untuk sapa-sapa yang dah nak final exam, good luck ok... InsyaAllah, kita boleh berjaya. Mana tau ada keajaiban akan berlaku. Buktikan pada kawan-kawan kita yang kita pun boleh. Keluarga pun meletakkan harapan yang tinggi. Dan aku ada extra sikit, nak buktikan pada orang yang selalu cakap besar dan over confident depan kawan-kawan (tak tau la dia sedar ke tak yang dia tengah cakap besar time tu). Semoga kita dijauhkan dari sifat riak dan takbur. Jangan lupa mohon pada Allah dan ingat yang Allah tak suka pada orang yang berputus asa. Cuba buat yang terbaik. Hwaiting!!!! (^^,)Y
Wednesday, December 14, 2011
seni:syarikat penerbangan
Selalu kalau kita nak buat garisan lurus, tapi tak lurus so, kadang kala mesti ada orang yang akan cakap camni, " Alah, biar ja..itu seni namanya". Tak pun setengah sesetengah orang tak faham lukisan yang mahal-mahal tu, nanti mesti ada orang cakap, itu lah seni. Hari ni nak cakap cerita pasal seni lagi. Hari tu ada cakap pasal seni pasir, tapi sekarang ni seni yang syarikat penerbangan hasilkan untuk kapal terbang diorang. Kononnya nak tarik perhatian bakal-bakal penumpang diorang la. Tapi memang lawa pun lukisan tu, aku tengok kat strange world. Jom tengok kat bawah.
Yang ni gambar mickey and minnie mouse tengah terbang sama-sama dengan aladdin and ratu dia tu. Nama pa ah, princess _________ (fill in the blank)
Yang ni pulak kononnya macam ada ikan melompat keluar dari laut ah. Padahal kapal terbang yang ada lukisan ikan, hehehe
Katakan la ada orang tanya, naik apa datang sini tadi? Cakap dengan dia, saya naik kereta terbang, bukan kapal terbang. (^^,)Y
Kalau kawan-kawan tanya ada ole-ole tak bawak balik dari oversea. Cakap ja ada. Ni ha, beruang seekor, ngeh3~
Yang ni pulak, mentang-mentang nama qatar airways, kambing gurun seekor dia kasi. Tapi ada la simboliknya tu.
Gambar yang second last ni yang aku paling suka. Macam comel ja paruh burung tu.
Tema kapal terbang yang last ni tema disney. Mickey ada, minnie ada, goofy ada, donald duck pun ada. Pendek kata, macam-macam ada, hohoho....
Kalau hiasan dalaman kapal terbang ni pun sama berseni macam kat badan kapal terbang tu, best ar. Sedap ja mata memandang. So, sapa yang ada kapal terbang tu bila lagi? Tapi ada ka? hehehe... Kalau nak lebih berseni, aku boleh tolong seni kan kapal terbang tu, ahaha....
Friday, December 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)











