artikel menarik

Saturday, August 20, 2011

beberapa kesalahan berhari raya


Hari raya tahun lepas dah lama berlalu. Tahun ni macam mana keadaannya tak tau la lagi kan. Tapi sebelum kita sambut hari raya tahun ni, jom kita flash back/review ada tak benda-benda kat bawah ni yang kita buat. Kalau dah buat pada tahun-tahun lepas, tahun ni kena perbaiki diri, jangan buat lagi. Buat apa? Kuih raya tak jadi? Nope.


Beberapa hari lagi nak raya, mulalah kita sibuk dengan persiapan hari raya. Kalau persiapan yang sederhana tak da masalah. Ini persiapan yang melampau. Contohnya, tukar perabot baru, tv baru, meja baru. Semua nak baru. Kalau tiap-tiap tahun tukar, rumah penuh sesak dengan tv, set meja, set perabut ja. Sebab tukar semata-mata nak raya. Lagi 1, sebab boleh la tunjuk kat jiran-jiran (bermegah-megah). Bazir pun 1 hal, kan amalan.... (you know who).


Semangat bangun awal pagi. Tapi bukan bangun awal yang jadi kesalahan. Yang salahnya, beria-ia bangun nak p solat sunat hari raya tapi solat subuh tadi tak bangun pun. Atau pun, hari lain tak pi masjid, tapi sempena hari raya baru nampak muka kat masjid. 


Mak aih, bergaya sakan/berhias yang terlampau. Ada yang belum raya pun, dah melaram habis time p terawih. Eye shadow, eye liner semua lengkap. Apatah lagi time hari raya. Kasut tinggi sampi 7 inci sedangkan nak jejak jalan kampung ja pun. Bukan maksud aku, p kampung kena pakai hodoh-hodoh. Bukan. Maksud aku, ikut keadaan dan tempat la kalau nak bergaya pun. Terpijak t**k ayam baru tau. Tak pun tumit terbenam dalam tanah, hahaha...


Ini 1 lagi yang kita buat. Tau la hari raya nak mintak maaf, tapi ada sesetengah orang yang kita tak boleh bersalam (antara lelaki dan wanita ajnabi). Tapi, kadang-kadang masyarakat kita ni terlalu mementingkan adat dari agama. Siap marah pulak kita, cakap tak hormat sebab tak nak salam. Kita pulak jadi serba salah, salam ja la. Kalau salam berlapik pun ada kemungkinan besar akan dimarah atau dipandang serong. "Hei, geli sangat ke nak salam sampai nak berlapik-lapik?'' Masalah bila berhadapan dengan orang yang sedikit jahil bab-bab macam ni. Last-last, pagi raya lagi dah dapat dosa.


Sebenarnya, mintak maaf ni bermusim. Musim hari raya ja. Bukan apa, kadang-kadang orang yang salah ni, malu nak mintak maaf awal-awal, tapi kalau time raya ni kurang la sikit malu tu. Ringkasnya, selagi tak hari raya, jarang nak dengar orang nak mintak maaf. Kalau ada tu, Alhamdulillah.


Qadha. Bulan Syawal bulan qadha, qadha makan. Almaklumla rumah terbuka merata-rata, orang buat jamuan tu jamuan ni. Pi tak salah, tapi makan tu sampai tak ingat apa lagi dah. Fokus benau, tak tengok dah orang kiri kanan.


Hari raya ja semua rancangan kat tv best-best. Itu kerja orang tv nak siarkan rancangan yang terbaik untuk stesen masing-masing. Nak tengok atau tak, kita yang buat pilihan. Punya nak tengok tv, sampai tak nak p melawat sanak saudara. Kadang-kadang, orang datang beraya kat rumah kita, yang budak-budak ni melekat lagi depan tv. Tak sambut dan salam orang datang beraya. Sampai macam tu sekali.


So, tu adalah antara kesalahan yang kita buat masa hari raya. Harap-harap tahun ni raya kita lebih sempurna sebab Syawal adalah pelengkap Ramadhan.
                                                            
"Jangan rosakkan pahala puasa dengan dosa pada hari raya"

Sumber : Majalah Solusi

Friday, August 19, 2011

segmen : memori Ramadhan by sakura


Salam Ramadhan untuk semua. Hari ni 18 Ramadhan, dh 18 hari dah puasa. Kejap ja kan, rasa macam baru start puasa tapi lebih kurang 12 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Jadi sebelum tu, rasa teringin pulak nak join segmen yang dianjurkan oleh miss snow sakura dan klik untuk maklumat lanjut.


Tengok budak-budak sekarang ni puasa, teringat pulak zaman aku kecik-kecik dulu puasa. Ada kawan-kawan yang kalau sehari puasa dapat rm 1 atau pun ada upah. Ada jugak yang kalau habis puasa penuh, boleh la mintak apa2 hadiah. Ada jugak yang puasa bila kat sekolah, tapi on the way balik dah boleh beli ais krim (puasa yang yok). Pendek kata, diorang ada kontrak dengan mak ayah masing-masing. Tapi aku tak. Itu bukan memori Ramadhan aku. 

Aku mula puasa start tadika, 6 tahun. Masa nak bangun sahur, seingat aku tak dak masalah. Janji boleh makan nasi dengan telur mata kerbau (lembu pun boleh) lepas tu kicap sikit buat kuah. Tapi tak la sampai jadi pulau nasi tu, kicap tu buat syarat ja. Nasi tu tak nak yang panas. Telur mata pulak nama ja telur mata tapi yang telur kuning tu kena pecahkan sikit. Tak pun minum susu ja. Boleh gak makan benda lain, tapi lagi semangat kalau makan nasi+telur mata+kicap.

Itu masa sahur. Ni masa tengah puasa pulak. Almaklumla tadika kan balik awal. Tadi masa tadika tak ingat apa-apa, tak ingat bab puasa. Ya la ada benda nak buat, cikgu mengajar, nak tulis itu tulis ini atau kawan ajak main. Balik rumah, asyik-asyik tanya jam pukul berapa kat mak. ''Mak, jam pukul berapa dah?'' ''Lagi berapa jam mak?" "Kejap ka lama lagi nak buka puasa?" Itu antara ayat-ayat tanya yang melekat kat bibir aku. Dah macam kaset yang banyak kali ulang-ulang dengar.  

Akhirnya, tiba lah waktu berbuka. Aku diskriminasi pada nasi, air lebih utama. Setiap kali berbuka, aku ada 6 atau 7 jenis air. Tamak kah? Bukan 6 atau 7 gelas penuh. 1 jenis air, dalam 1 cawan kecik. Means 7 jenis air, 7 cawan kecik. Cawan dah kecik, air dia pun sebenarnya sikit ja, dalam 3 4 teguk. Katakan hari 1st puasa, buka dengan air oren, air oren tu akan ditinggalkan sikit dalam cawan. Bawa ke hari esok. Penuh peti ais dengan cawan-cawan kecik tu. Nak basuh tak boleh, ada air, apatah lagi nak campur. Tengok-tengok 30 hari berlalu. Yay, Alhamdulillah aku puasa penuh !!

Macam tu la zaman puasa aku time dulu-dulu. Bila teringat balik, haish dah besar dah aku sekarang. Cepat masa berlalu. Seronok jugak terkenangkan zaman budak-budak, hahaha... Macam-macam perangai ada. Setakat tu ja lah yang nak dikongsikan. Selamat berpuasa untuk hari ni~

Thursday, August 18, 2011

Nuzul Al-Quran


"SALAM NUZUL AL-QURAN BUAT SEMUA"



Sempena Hari Nuzul Al-Quran tahun ni (1432 H), marilah kita sama-sama muhasabahkan diri, berusaha ke arah yang lebih baik. Al-Quran sebagai perhiasan atau panduan? Adakah Al-Quran sekadar untuk diperingati dan bukan untuk dibaca? Adakah selama ini Al-Quran kita jadikan petunjuk atau terletak di atas almari dibiarkan berhabuk? Biarkan minda kita dipenuhi persoalan-persoalan sebegini. 

Daripada apa yang dapat diperhatikan hari ini, kebanyakannya, kita lebih berusaha menjaga fizikal Al-Quran. Maksudnya, kita tak kan letak Al-Quran di atas lantai atau pun tempat-tempat yang kita rasa tak sesuai. Kalau ada berita mengatakan Al-Quran dipijak, dibakar atau dibuang merata-merata, wah... Bukan main kita melenting. Dan kita tidak akan berdiam diri saja sekiranya Al-Quran dihina dalam apa bentuk hinaan pun. Alhamdulillah, kalau kita masih mempunyai sikap membela Al-Quran jika perkara-perkara di atas berlaku. Itu sememangnya kewajiban seorang muslim.

Kita juga sakit hati apabila Al-Quran dikatakan ketinggalan zaman, tetapi kita sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran Al-Quran. Ini yang perlu kita muhasabah. Sama-samalah kita berusaha memahami Al-Quran dan mengamalkan ajaran/panduan yang terkandung di dalamnya. Jangan kita hanya 'Read More' di entri-entri blog, Al-Quran juga perlu kita 'Read More'. 

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)" {Al-Baqarah (2):185}

Sekian. Wallahualam

Wednesday, August 17, 2011

panduan membeli daging lembu



Sempena bulan puasa yang dah tak lama lagi nak raya, aku nak kongsikan bahagian-bahagian lembu. Sebab daging lembu ada yang lembut, kurang lembut dan paling lembut. Gerai yang jual daging adalah kedai yang sibuk bila hari raya bakal menjelma. Ramai orang yang berhimpun nak beli daging lembu yang lembut. Ya la, sapa yang nak daging yang penuh lemak. Buat tambah lemak yang memang dah banyak dalam badan ja. Tapi kalau dah tak da sangat, kita beli jugak, untung la dari tak dapat beli apa-apa atau pun dapat kepala lembu ja.

Mooooooo~

1) Paling lembut
    Rib
    Sir loin
    Short loin

2) Lembut
    Chuck
    Round

3) Kurang lembut
    Flank
    Short plate
    Brisket
    Shank


Bahagian round tu aku konfem memang lembut, ha3... 
Kalau dapat daging lembut, lagi senang nak potong, cepat empuk bila masak, so cepat sikit rendang tu nak siap, cepat boleh makan, he3... Tapi kalau tak dapat nak cari daging paling lembut, ada cara nak lembutkan dia. Banyak petua, macam rebus dulu dengan daun betik, macam-macam lagi la. Teknik potong daging pun kena betul, potong daging merentasi urat. 
So, lepas ni kalau nak beli daging, usha/aim siap-siap bahagian mana yang nak beli. Lepas tu, chup kat tokei daging tu. Dah chup, jangan ubah pandangan dari daging tu, tenung sederhana tajam. Jangan terlampau tajam, nanti orang suspek. ''Aish, dia ni kena penyakit lembu gila ke?? Lain macam ja tengok." 

Kalau orang semakin ramai, ingatkan tokei tu, kita nak daging bahagian mana. Bukan apa, nanti dia terkasi kat orang lain pulak. Dah dapat daging, jangan lupa bayar. Mentang-mentang la orang ramai, nak menyelit keluar senyap-senyap. Dah kasi duit, cakap beli dan terima kasih. Hadiahkan sebuah senyuman yang menawan tanda amat berpuas hati. 

*Sebut-sebut daging, teringat rendang daging. Uish, puasa. 

Tuesday, August 16, 2011

nama korea saya ialah....


Yeah, tuan-tuan dan puan-puan, adik abang kakak sekalian. Apa khabar semua? Bertemu kita sekali lagi dalam dalam segmen "My Name Is" ....

.... di Blogspot TV.

Hari ni kita nak try tengok nama kita dalam bahasa korea. Mana tau boleh jadi Jang Geun Suk atau pun Park Shin Hye ke?

Guna tarikh, bulan dan tahun kelahiran. Suka suki waktu tengahari hilangkan bosan dalam diri, hihihi... 


A) Nama pertama ialah nombor terakhir tahun kelahiran
     Contoh : 1987 (pilih no 7)
0. Park
1. Kim
2. Shin
3. Choi
4. Song
5. Kang
6. Han
7. Lee
8. Sung
9. Jung

B) Nama tengah ialah bulan kelahiran
     Contoh : April (pilih no 4)
1. Yong
2. Ji
3. Je
4. Hye
5. Dong
6. Sang
7. Ha
8. Hyo
9. Soo
10. Eun
11. Hyun
12. Rae

C) Nama akhir ialah tarikh kelahiran
     Contoh : 25 (pilih no 25)
1. Hwa
2. Woo
3. Joon
4. Hee
5. Kyo
6. Kyung
7. Wook
8. Jin
9. Jae
10. Hoon
11. Ra
12. Bin
13. Sun
14. Ri
15. Soo
16. Rim
17. Ah
18. Ae
19. Neul
20. Mun
21. In
22. Mi
23. Ki
24. Sang
25. Byung
26. Seok
27. Geun
28. Yoo
29. Sup
30. Won
31. Sub

Saya dapat nama Park Hyun Sup. Yang depan tu sedap dah, tapi yang Sup tu, erk... Macam Lepak Hirup Sup, hahaha... Okey la, selamat mencuba. Mana tau korang dapat nama yang sedap-sedap. Dah try? Dapat nama apa?

Jumpa lagi lain kali di Blogspooooot TV !!!
(^^,)Y

Sunday, August 14, 2011

promosi songkok raya


Bulan Ramadhan dah hampir 2 minggu berlalu, kita pun dah berpuasa hampir 2 minggu. Korang dah shopping? Baju raya? Kasut raya? Tudung/shawl raya? 
SONGKOK RAYA?? 

Haa, kalau belum beli songkok raya, boleh la singgah lama sikit kat sini. Nak beli untuk diri sendiri boleh atau untuk ayah, adik, abang, tok wan dan lain-lain lagi pun boleh. Cuma order saja, tak perlu start enjin kereta dan berjalan-jalan dari 1 kedai ke satu kedai untuk memilih dan membeli songkok raya.

Songkok ni special edition. Pembeli songkok ini sememangnya mempunyai citarasa yang unik kerana seni jahitan songkok ini sangat mengagumkan. Disebabkan songkok ni mendapat permintaan yang tinggi, tinggal saiz M, L dan XL ja. Harga pun berpatutan, cuma rm 45 sahaja.

Okey, kat bawah ni ada gambar contoh songkok tu. Tengok la saiz kepala korang sesuai yang mana. 


Saiz M

Saiz L

Saiz XL


Dah pilih saiz mana yang sesuai? Hehehe... Gurau ja, jangan marah. Mintak la kak, abang, mak, ayah, pak sedara atau mak sedara belikan. Pesan kat diorang, letak dalam sampul raya ok... (^^,)

~Selamat Berpuasa untuk Hari Ini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...