artikel menarik

Saturday, August 13, 2011

jadual waktu


*Klik untuk besarkan gambar atau beli kanta pembesar

Ni lah rupa jadual waktu PPTI (pusat pengajian teknologi industri) sesi 2011/2012. Tapi ni bukan untuk kos food tech ja, kalau tak boleh berasap kepala dengan telinga aku. Nak gak tau nanti masuk bulan 9 ni, kena belajar subjek apa. So google tengok, keluar jadual ni. Sekali tengok memang aku tak paham betul jadual ni. Tengok kali kedua pun still tak paham. Yang paham just perkataan biologi, lab, pengurusan. Yang lain semua kod. 

Lepas aku refer kat sini, macam yang disarankan oleh kawan aku baru la aku paham kod tu. Check tengok, mak aih..banyak gak subjek untuk sem 1 nanti. Dengar khabar food tech bakal jadi 3 tahun, bukan 4. Tapi, entah ya entah tak. Biasa la kan, indah khabar dari rupa. Dah kalau pack semacam jadual, nampak gaya ada harapan nak jadi 3 tahun. Cepat sikit aku habis, tak la tua sangat nanti, he3... Dalam surat tawaran sementara tulis 4 tahun, tapi dalam surat tawaran rasmi tulis 3 tahun. Jeng jeng jeng... Lebih kurang 24 hari lagi before nak daftar. 

Yeah, perlu mengaktifkan sel-sel otak aku semula !!

Otak yang ini...


bukan yang ini !!

*Otak-otak hanya perlu dibakar

entri kompilasi


Lagi 2 hari genaplah 2 bulan blog ni tak diupdate, ho3... Selama ni aku sibuk dengan dengan urusan duniawi. So, sebelum cukup 2 bulan tu aku terasa nak post entri. Tapi sila-silalah play video kat bawah ni tanda sorry aku tak update dengan entri baru. Kot-kot la orang yang singgah kat blog aku ni bosan dengan entri lapuk aku tu dan jugak blogwalker yang singgah sini tapi aku tetap tak singgah-singgah blog diorang.



Kalau artis boleh buat album kompilasi, aku pun boleh buat entri kompilasi, he3... Banyak sangat yang aku nak cakap taip so, aku gabungkan ja semua jadi 1 entri. Judul-judul yang anda boleh dapati daripada entri kompilasi ini ialah :

1)  Print Surat Tawaran
Alhamdulillah dapat usm, now its time to print the offer letter. Teruja la katakan, dah alang-alang print tu, habis aku print semua lampiran, senang sikit nak baca. Cuma tak tau lagi duduk kat hostel yang mana, yang lain maklumat semua dah ada. Lagi pun nanti kalau nak mintak apa2 pun nak pakai surat tawaran tu.

2)  Hasil Pengangguran
Aku memang dok kat rumah ja, tak buat apa-apa pun. Kalau aku betul-betul tanam anggur kat kebun ayah aku, rasanya ni lah hasil tanaman aku, dah berbuah lebat.



3)  Sedut Angin Bukit Bendera & Hello Baby


Haish, lamanya dah tak jejak kaki kat bukit bendera. Last hari tu masa form 4 sebab PKS (Pelancongan Koperasi Sekolah) dengan budak mrsm batu pahat. Alang-alang kawan dah cuti, kami berenam round-round la. Angin bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah, dah berkepul-kepul. Sedapnya kalau tidur~ Mula-mula jalan kaki, lepas tu teringin pulak naik buggy car, rm 60, dipandu oleh john. Tapi kami dapat naik free, he3... Bukan ja dapat ronda bukit bendera, sampai ke botanical garden sekali. Ada sebab kami dapat free, memang mencipta sejarah betul. Aku rasa kami orang yang 1st and last yang dapat naik buggy car free.


Lewat petang tu sempat gak singgah tengok baby shikin, a'isyah. Comel sungguh dipangkuan ibunya. Walaupun hampir-hampir tak dapat cari rumah, last-last jumpa gak. Jalan banyak sangat sampai tersilap jalan, ha3... Apa-apa pun rasa bahagia tengok kawan bahagia. (^^,)

4)  Ulang-alik ke Pejabat Daerah 
Berita baik bagi semua pelajar baru yang akan mendaftar di 20 IPTA negara. Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan sumbangan bagi pelajar yang ditawarkan di mana-mana 20 IPTA yang terpilih. Aku pun pi la ambik borang permohonan, isi, fotostat semua dokumen yang dikehendaki, minta pengesahan dan hantar !! Boleh la membantu aku dari segi kewangan, nak bayar yuran ke apa ke. 

5)  Keputusan UPU
Nama aku memang dah tak dihantar ke upu sebab aku dah setuju nak masuk usm. Ramai kawan-kawan aku yang tak dapat, pelik jugak. Result diorang pun ok what. Ramai yang kecewa, aku pun berharap ramai yang dapat, nanti boleh tambah geng kat usm tak pun bleh bincang-bincang kalau diorang dapat kos yang sama dengan aku. Lepas tu, senior dulu-dulu cakap, 1st intake ni diorang banyak ambik budak matrik. Time rayuan nanti baru ambik budak diploma. Sebab, diploma dah laku nak mintak keja, so kasi peluang kat budak matrik dulu. Hmm, macam tu pulak dah. Untuk kawan-kawan aku, aku doakan korang dapat tawaran tak lama lagi. Amin~

6)  Berangkat ke Nilai
Hirup udara negeri 9 sikit. Pi rumah mak teh aku. Alang-alang dah ada kat sana, singgah nilai 3. Bukan nak cari kain baju raya, itu dah tempah jahit dah. Ni untuk kain baju nak pakai masa kenduri kak aku nanti. yang besar-besar dah beli kain, yang kecik-kecik memasing beli jam. Lagi pun dah lama dah jumpa diorang, dah besar cousin-cousin aku. Almaklumla, adik-beradik jauh-jauh. Penang, kedah, n9, kelantan, kl, sabah bla bla bla... Hari kedua kat sana, pak su and family pulak datang jugak. Meriah la lagi. 3 keluarga berkumpul kat sana. Hari raya pun balik kampung lain-lain hari, tu yang tak dapat jumpa. Harap-harap raya nanti jumpa lagi ya !! 


7)  Ramadhan Tiba Lagi
Alhamdulillah aku masih dapat berjumpa dengan Ramadhan lagi tahun ni. Tahun ni punya puasa memang totally different. Tak perlu lagi beratur nak beli makanan kat kafe, turun ke kafe semata-mata nak beli ketul ais, kadang-kadang lauk habis. Itu yang tak best, yang best, buka puasa ramai-ramai kat padang, sesak-sesak kat bazar Ramadhan dengan kengkawan, buat rumah terbuka hari raya kat rumah lecturer. Tahun ni, puasa memang hari-hari kat rumah. Sahur pun tiap-tiap hari bangun dan makan. Tapi apa-apa pun memori puasa dengan kengkawan memang ada sebagai kenangan  yang terindahhhh...bila yang tertulis.... (nyanyilah kalau nak nyanyi sampai habis, he3~). Aku ucapkan 'Salam Ramadhan' untuk korang semua. Semoga puasa tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Masih dalam bulan Ramadhan lagi kan so, boleh ja aku nak ucap kan?? he3...

8)  Aktiviti Terkini
Aku dah tak larat nak tengok drama korea. Sekarang ni layan variety show pulak. Hello Baby, Invincible Youth, T-ara Dotcom, Haha Mong Show dll. Baru nak tengok. Dulu tak pernah tengok pun, ho3... Tak sampai sebulan lagi masa untuk aku bersantai. Rasanya berat badan pun dah naik, sebab asyik relax ja. May be aku boleh join skuad negara dalam acara bina badan. Tapi turun la kot bulan puasa ni, terawih pun 1 bentuk senaman jugak. 

Okey, dah habis dah sawang-sawang dan habuk kat blog ni. Harap korang dapat melawat tanpa terbatuk-batuk akibat habuk yang banyak. Sekian saja entri kompilasi 2011 aku. Jumpa di lain entri, ngee~ (^^,)Y

Wednesday, June 15, 2011

kempen jom tutup aurat


Photobucket

 Tanda aku buat entri ni adalah sebagai tanda aku menyokong kempen "Jom Tutup Aurat" oleh Mr.AnO. Walaupun tiada ganjaran yang diberikan oleh Mr.AnO tapi ada ganjaran dari Nya. Berdasarkan pemerhatian aku mengenai masyarakat sekeliling, ada pelbagai ragam mengenai aurat yang dapat aku lihat. Tak perlu la disebut kat sini, sebab rasanya kita sendiri boleh menilai keadaan sekeliling kita. Kempen dan entri ni bukan bertujuan menyindir sesiapa, tetapi ianya sebagai peringatan kepada diri kita termasuklah diri aku sendiri. Kadang kala manusia mudah leka dan agak goyah pegangan agama. Ingat memperingati itu amalan yang baik lagi mulia. Semoga kita semua tergolong di dalam golongan yang sentiasa ingat memperingati sesama muslim dan sentiasa membaiki kelemahan diri. 

Kalau anda juga turut menyokong kempen ni, sila la copy badge ni kat blog dan sebar-sebarkan pada kawan-kawan yang lain. Link kan entri pada Mr.AnO (^^,)


Tuesday, June 14, 2011

kejayaan anak melayu : dr afifi al-akiti


Aku tumpang bangga atas pencapaian Dr.Afifi Al-Akiti. Anak melayu pertama menjadi felo dan pensyarah di University of Oxford. Sebelum ni, tak tau pun pencapaian beliau. Tapi sejak masuk buletin 1.30 tv3, baru la aku tau. Beliau juga menguasai 7 bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris, arab, perancis, jerman serta bahasa klasik barat iaitu bahasa latin dan yunani. Wow, memang hebat. Untuk makluman lebih lanjut, tengok video kat bawah ni dulu.


Tu la sapa cakap melayu tak boleh? Lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam. Sebenarnya kita semua boleh, cuma antara nak atau tak, antara usaha atau tak ja. Kita kena yakin pada diri, jangan mengharapkan kejayaan orang lain ja. Sampaikan ada orang cakap macam ni, "Ala, dia tu pandai, boleh la" , "Mak bapak dia doktor, dia pun pandai jugak la". Mungkin kita terlalu merendah-rendahkan diri kita. Reaksi kita akan bertindak macam mana yang kita fikir. Tapi kalau yakin saja tanpa usaha tak jadi jugak. Kalau kita gagal sekali, tak bermaksud kita ni seorang yang gagal selama-lamanya. Kalau aku cakap macam ni, sesetengah orang mungkin akan kata, "Ayat lapuk la tu. Cakap senang la, cuba buat tengok " Mungkin dulu ada hikmah kenapa aku tak cemerlang spm. Tapi bila time diploma, Alhamdulillah keputusan aku semakin baik. Itu pun sebab aku bertekad, aku nak buat yang terbaik. Katakan la kalau dari pmr, spm aku asyik cemerlang ja, aku tak kan tau mcam mana nak berjaya. Sekarang ni aku dah tau, kadang-kadang gagal adalah kunci kepada kejayaan. Ni yang buat aku bersemangat nak sambung degree ni. Sorry, kalau terover, he3...

"Tanpa pengorbanan, kita tak kan berada di mana kita mahu berada"
Dr. Afifi Al-Akiti

Sunday, June 12, 2011

sambung belajar di usm~


Alhamdulillah, syukur. Itu yang terdetik dalam hati aku tengahari kelmarin bila check keputusan permohonan aku ke usm. Kalau sapa yang tak check lagi, boleh la check kat sini. Aku diterima masuk. Memang parents aku pun harap aku dapat, sebab dekat. Dulu dah ke kuantan, tambang bas pun almaklum ja la. Dapat jugak aku kos food technology, 4 tahun, ho3~ Mintak-mintak boleh la shortkan sikit, dulu pun dah ambik kos ni time diploma. 


So, tak payah la tunggu result upu (unit pengurusan universiti). Nama pun tak kan dihantar ke upu kalau dah accept usm. Yang aku tau ada la beberapa orang kawan aku yang dapat kos food tech gak, tapi ada sorang ja terlepas ke biologi. Tak tau la macam mana diorang nilai jawapan kami waktu jawab ujian munsyi tu. Tapi dia setuju jugak terima sebab kalau tolak kang keputusan upu dia tak dapat ke. Lagi pun usm ni dapat status apex. 


Tempat aku belajar nanti...

Friday, June 10, 2011

sunshine smile contest~


SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW !!

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu 22 Mei 2011. Hadiah utama berupa POLAROID INSTANT MINI 7S berserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APA NI ?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera di bawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan Julai 2011.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut :

2. Copy dan post entry ni di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mestilah CERIA !! Ikhlas atau tak belakang cerita.

4. Sediakan entry khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni :

5. Ajak minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di :

MUDAH KAN ? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)


Give you my big smile :

Hazirah cw : di sebelah kiri sekali, bertudung hitam dengan menyerlahkan gigi putih berseri, he3~
Ini adalah senyuman saya yang paling ceria sebab dah sampai di pantai dan sangat teruja untuk berkelah, ber'bbq'. Plus dengan kawan-kawan sekelas seramai 35 orang, memang excited. Dah lama plan, akhirnya masa mengizinkan. Kulit burned sikit pun tak pa, janji dapat bermain segumbira mungkin !! (^^,)Y

Nak tag 3 orang kat bawah ni :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...