artikel menarik

Tuesday, May 31, 2011

alkisah sang beruang, sang khinzir dan semut


Buat masa sekarang ni, aku buka facebook pun sekejap ja, baca status orang gitu-gitu ja lah. Tapi dah semalam, kawan aku yang sengal-sengal ubi (aina dan il) pun online gak, so agak lama la aku ber'facebook'. Kami berkomen-komen dari bab korean drama sampai la merapu ke kisah dongeng a.k.a bedtime story. Aku lah penglipur lara, tukang ceritanya, ha3... Bercerita itu ini ja dari pukul 11 lebih malam sampai 2 lebih pagi. Jumlah komen mencecah 204 komen. So, saja la aku nak share cerita dongeng yang aku cerita kat kawan aku semalam.

Mungkin ada sesetengah orang yang dah pernah dengar cerita ni, tapi dalam entri ni adalah cerita versi aku. Watak utama kisah ni adalah sang khinzir (b-a-b-i ; macam kurang sopan, ho3~) dan watak lain adalah sang beruang dan semut. Watak tambahan pula adalah pokok gajus. 



AMARAN : Sila baca cerita ini dengan intonasi dan penghayatan yang sesuai dengan jalan penceritaan kisah dongeng (^^,)


Pada suatu hari, sedang sang beruang asyik berehat kekenyangan di bawah pohon ceri, sang khinzir menyusup perlahan-perlahan ke belakang pokok ceri. Perut sang beruang yang buncit menggelebeh ke tepi itu dicuit kasar oleh sang khinzir. Apa lagi, sang beruang pun mengaduh kesakitan. Api kemarahannya meluap-meluap sehingga berasap telinga serta hidungnya. Beruang pun menjerit, '' Hoi, babi (beruang tak sebut khinzir sebab tengah marah gila ni) !!! Baik kau mula berlari sekarang, nahas kau nanti aku kerjakan ''. Sang khinzir pun memulakan lariannya sekuat hati menggunakan kakinya yang pendek. Hampir saja kaki sang khinzir tidak mencecah tanah. 


Setelah berkejar-kejaran selama 2 minit 48 saat, akhirnya beruang dapat menarik ekor sang khinzir sehingga hampir kesemua ekor khinzir yang panjang itu terputus. Hanya tinggal sedikit saja ekor khinzir dan ekoran itu, ekornya menjadi berpintal. '' Argh !! Habis ekor rebonding aku dah jadi curly '', kata sang khinzir kesedihan. Sedang asyik sang khinzir melihat ekornya, pokok gajus sedang menunggunya di hadapan. Akibat pelanggaran tersebut, habis kesemua biji gajus terkeluar dari buahnya. Sang beruang ketawa terbahak-bahak dan berlalu pergi setelah puas mengetawakan sang khinzir. Malangnya nasib bagi sang khinzir, lehernya yang jinjang itu, termasuk ke dalam dan hidung yang mancung bak seludang menjadi penyet. Sehingga ke hari ini, keturunan sang khinzir mempunyai leher yang hampir tidak kelihatan, hidung yang penyet di mana hidungnya jelas kelihatan kedua-dua lubang dan berekor curly bak rambut barbie dolls. 


Saksi utama semua kejadian tersebut adalah semut-semut yang merayap dengan tenang di atas tanah yang lembab dan selesa itu. Dek kerana takutkan amukan sang khinzir yang telah ditimpa nasib malang bertubi-tubi, mereka telah menahan ketawa dengan bersungguh-sungguh. Kesemua bahan makanan yang dikutip sepanjang perjalanan itu diletakkan di atas tanah dan tangan mereka diletakkan di pinggang mereka yang langsung tidak dapat dibezakan. Semut sahaja yang dapat mengenalpasti bahagian pinggang mereka kerana mereka tidak mempunyai bentuk badan bah kan mempunyai selulit. Tangan yang diletakkan di pinggang itu bukanlah untuk menari gelek kegembiraan, tetapi mereka telah menekan pinggang mereka sehingga menjadi ramping. Ratu semut berkata, '' Lihat pinggangku, cantik ramping kan ?? '' Akhirnya kaum kerabat semut pun mengamalkan amalan mencekak pinggang mereka supaya kekal ramping sehingga ke hari ini. 


SEKIAN~


Diharap anda yang membaca kisah ini terhibur (^^,)

Thursday, May 26, 2011

fall in love, jatuh cinta, wo ai ni, aishiteru, saranghae~




For this entry, I'm going to write it in english. Such a long time ago since i'm writing english essay, ho3...  Sometimes, when I'm reading the Remaja magazine, there's a few question like quiz about love. It's more about to help you identify your feeling deep inside heart. So, things are same here. If you are confused either you are in love or not, things below may help you solve that problem, he3...  

ARE YOU FALL IN LOVE WITH SOMEONE??


When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person. But when that special someone is not around, you might look around to find him/her. At that moment, you are in love. 

Although there is someone that always make you laugh, your eyes and attention might go only to that special someone. Then, you are in love.

That special someone was supposed to have called you long back to let you know of his/her safe arrival, your phone is quiet. Not ringing at all, even the sms tone. You are desperately waiting for the call. At that moment also, you are in love.

If you are much more excited for one short message from that special someone than other many long messages, you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase all the messages in your inbox because of one message from that special someone, you are in love.

Besides, when you get a couple of free movie tickets or other than that, you would not hesitate to think of that special someone. Then, you are in love. 

You keep telling yourself and friends, that special someone is just a friend, but you realize that you cannot avoid that person's special attraction. At that moment, you are in love.

When you are reading this entry, if someone appears in your mind, then you are in love with that person.

Your heart beat may become like this when you fall in love (^^,)

Thursday, May 19, 2011

robot manusia : hubungan istimewa dengan manusia ??


Robot? Manusia? Robot manusia? Baru-baru ni aku p tengok wayang, 2 cerita sekali, 'kongsi' dan 'fast furious 5' dan seperti biasa, bukan ni yang aku nak ceritakan. Tapi sebelum cerita start, ada iklan pasal cerita '3 2 1 cinta'. Katanya nisbah perempuan kepada lelaki ialah 37:1. Ini menunjukkan jumlah lelaki semakin berkurangan. Ya ka? Entah la, kalau nak tau lebih lanjut, kena la check dengan Jabatan Perangkaan Malaysia. So, mungkin pada masa depan, akan ada orang yang tiada teman sehidup semati? 

Dunia sekarang makin maju, alat semua canggih belaka. Sekarang ni, robot dibuat untuk mendekati manusia. Maksudnya, dari segi emosi, pergerakan dan kecerdasan. Menurut David Levy (penulis buku) robot bakal menjadi teman hidup manusia pada tahun 2050. Beliau juga berpendapat bahawa dengan semakin pintarnya robot, manusia dapat bermesra dan juga bercinta dengan robot. Sebab sekarang pun dah banyak robot haiwan contohnya, robot anjing yang jadi haiwan peliharaan peneman manusia. Kalau robot anjing pada aku, ok la sebab anjing ja pun. 


Tapi, ini kalau nak bercinta dengan robot, macam banyak mustahilnya.   Bukan bermaksud nak menolak kemajuan, tapi walau apa pun tahap kepintaran robot tu, tak kan ada hubungan percintaan antara manusia dengan robot seperti percintaan manusia dengan manusia. Robot tak boleh pilih, robot tak boleh menolak kita so, itu menjadikan hubungan antara manusia dengan robot membosankan. Tapi hubungan antara manusia dengan robot mungkin juga terjadi. Ramai orang kat luar sana yang hidup kesepian, mungkin mempunyai masalah personaliti (malu) atau masalah keperibadian. Hubungan antara manusia dengan robot akan menjadi pilihan orang-orang tersebut, sekurang-kurangnya untuk sekadar memenuhi ruang sebagai peneman. 


Muka sejibik kot dengan manusia betul, ho3~



Kalau korang pernah tengok drama jepun ni, 'zettai kareshi' atau pun dalam english nya 'absolute boyfriend', cerita ni memang best. Rank yang ke-20 dari 1556 kat dramacrazy.net. Kalau dah tengok cerita ni, mesti korang faham macam mana hubungan antara manusia dengan robot. Mungkin boleh gelak, ketinggian macam manusia normal, kulit lembut dan segalanya macam manusia, tapi emosi robot terbatas, dia tak boleh fikir sendiri, semuanya dah diprogram. Faham kan? Ho3... Kat bawah ni ada preview sikit untuk drama tu...





Monday, May 16, 2011

dedikasi untuk kawan-kawanku~


AMARAN : Entri ini sangat panjang, sila duduk tegak dan segarkan mata anda (^^,)Y

Hari khamis 5hb malam aku bertolak ke kuantan, nak hantar report praktikal aku sekali nak jilid kat sana. Lepas tu, 10hb kena interview dalam 15-17 minit, then settle la. Tapi 12hb malam batu aku bertolak balik ke penang, seminggu lepak kuantan. Wah, lega dah habis diploma, tapi perjalanan  aku lepas ni masih jauh. Tahun depan pulak kami akan berjumpa sebab nak konvo tapi tak tau la boleh lepak sama-sama or tak, kan datang dengan parents nanti, lagi pun time tu maybe dah sambung study or kerja so, tak boleh cuti lama-lama.

Memang joli sakan kat kuantan. Tengok wayang 'ku seru' dengan 'the priest', main bowling 2 game, jalan sambil check e-code *kalau tak tau e-code tu amenda, boleh klik sini* kat giant, masak-masak, makan ramai-ramai, beli 4 dvd korea, burn 50 keping dvd, tak tidur malam, masak nasi and goreng nugget pukul 3 pagi, wifi kat 'tc', stalk fb Bedan lepas tu gelak and macam-macam lagi kami (5-13 orang) buat, ho3~ Sejak siap report praktikal, aku dah pandai buat dedikasi, he3... So, ada sebaris dua ayat yang aku nak dedikasikan pada kawan-kawan sekelas aku, 34 orang tak termasuk aku.


1)  Nia - Orang penang 1st aku kenal di kuantan, hati kadang kala sedikit keras kadang kala 
lembut. Jangan jaga hati orang sangat sampai hati sendiri terabai. Plus, jangan banyak skandal sangat, ho3...

2)  Dila - Tak pernah cakap dengan ko waktu sem 1, sem 2 baru kenal. Ko memang kaki gelak. Aku ingat lagi time aktiviti kita bila seminggu aku lepak rumah ko, cuti H1N1. Kalau nak joli, aku akan ajak ko, he3...

3)  Peha - Kenal ko time minggu suai kenal, aku belek ko punya fail sijil. Tukang siang ikan haruan sepanjang kelas Product Development untuk Food Launching Day.

4)  Sue - Orang kelate 1st aku kenal, ko memang agak kecoh, i like~

5)  Tasha - Laser gak ek mulut ko, better ko join group debat nanti. Tapi bila tak puas hati ja kan, he3...

6) Nadz - Kamceng dengan kid/qid (entah camna dia eja). Aku and sapa ntah pernah samakan carrot dengan jari ko time kelas Operation Unit lau tak salah.

7)  Qid - Kaki gelak kuat gak ni, selalu nampak ko happy, bergumbira la katakan.

8)  Aina - Ang ajak join conference kat ym, best gak, lepas tu kami yang lain pun merapu sekali. Otak korea gak ni. Lama dah kita tak berconference, ho3...

9)  Yah - Ni lah ratu gelak sakan dalam kelas. Kadang-kadang tak lawak pun, tapi sebab ang gelak, aku pun nak tergelak dengar cara ang gelak.

10)  Il - Baru ja kenal dengan ko 2 3 bulan before praktikal sebelum ni kenal gitu-gitu ja. Sah, sorang lagi suka gelak besar, otak korea, senang nak masuk dengan ko and kaki joli, ha3... Cd ko nanti aku pos, ingat-ingatkan ek.

11)  Ari - Treasurer kelas aka OKS (orang kaya selalu), tukang fotostat dan orang yang selalu kami mintak tolong (homestay, jilid, bla bla bla), thanks ya...

12)  Ika - Mati-mati aku ingat ko pendiam but nope, masuk air gak ko ni...

13) Akak - Love your biscuits and cakes, puding pun... Peminat komik, aku selalu pinjam...wee~

14) Jijun - Aku gelar ang zombi, sebab cara ang jalan plus your seluar sedikit l****h. Certain orang ja tau, sebab ada sekali tu aku terlepas cakap, lalala~ Dah tembam sikit, bahagia la tu, bagus...

15)  Fikri - Banyak membantu. Sometimes blur, kadang-kadang tak paham apa ko cakap, tapi lama-lama paham la. Pembekal anime aku. Next time nak pizza and sundae lagi, he3...

16)  Palija - Mula-mula sakit telinga dengar suara ko, suara speaker, kui3... Selalu jadi event planner kitorang.

17)  Anip - Ko pun aku ingat pendiam, tapi itu dulu, lama-lama tak dah. Ingat lagi time bbq dangan kelas kita (DTM B), ko tak suka makan ayam sorang-sorang, kongsi baru sedap ko cakap.

18)  Lia - Ko panggil aku kiwi, ha3... Nyanyi dalm kelas tu, biasa la bagi ko. 

19) Una - Kita praktikal sekali. Lepas ni ang kena belajar mengemas and memasak lebih sikit, nak kahwin dah kan, hak3...

20)  Azza - Ko pun kadang-kadang gelak mengilai. Jangan gelak camtu tetengah malam k.

21)  Eyla - Eyla and Jerry. Ada sekali Jerry kena tinggal sorang-sorang kat parking. Vroom sana vroom sini ko dengan Jerry.

22) Ira - Orang cakap muka ko sama dengan aku. Cari r sampai cukup 7. Peminat komik and anime gak ni.

23)  Siti - Orang melaka tunggal dalam kelas. Aku pernah jalan kaki ke bazar ramadhan dengan ko 2 3 kali.

24)  Raja - Kalau ada apa-apa aku cakap tu, ko anggap la teguran dari sahabat k. Tak sempat borak panajng dengan ko hari hantar report tu. Kalau dah kahwin cakap r, kalau boleh aku p kenduri ko, he3...

25)  Nazyie - Ko memang kaki bermadah 2 3 menjak hari tu. Ko nampak kurus sikit r, ha3... 

26)  Mirul - Tak jumpa/nampak ko pun time hantar report hari tu. Selamat bersantai, cuti panjang ni...

27)  Dzul - Hai momo taru, kadang-kadang aku tak paham soalan ko tapi tak pa la, at least ko tak tau, ko bertanya. Tak habis-habis dengan belt kamen rider tu, ha3...

28)  Cik nad - Kenal since sem 1, sebilik dengan nia... Tapi dah sem 2 baru kelas kita digabungkan.

29)  Fiqa Qiela - Vroom vroom gak datang kelas. Hati-hati memandu, ho3...

30) Sham - I didnt forget u la, here is my dedication. Such a nice neighbour, he3...

31) Effa - Kadang-kadang aku panggil ko f saja, he3... Peminat fanatik k-pop, berjaya gak aku sedut game show and halwa telinga korea, he3... Nanti lepas aku burn cd, aku pos kan k.

32)  Hani - The only ajk kamsis dalam kelas, bagus-bagus...Any latest news, kabare r, jangan menyepi k.

33) Wani - Kem salam kat rohaya nanti, aku pengguna setia kicap rohaya, ngeh3...

34) Yana - Tukar nombor ek? Nanti jadi wanted lagi macam hari tu, ha3...


No ni sekadar no saja, bukan ranking orang yang aku suka ke tak. Jangan salah paham k. Jumpa lagi tahun depan. Good luck in your future undertakings, take care... Sayang semua, thanks jadi kawan aku !!!
  

Friday, May 13, 2011

award for my 100th follower....


Akhirnya, blog moshi-moshi ni berjaya jugak dapat follower yang ke-100. Dulu aku buat blog suka-suki ja, blogwalking pun tak pernah. So, sejak ada broadband ni, aku pun mula la berjalan-jalan dari 1 blog ke 1 blog. Tapi makin lama, broadbad aku jadi macam berukband, so ada masa laju ada masa lembs (lembab). Kadang kala aku pun sibuk dengan hal-hal dunia, ho3... Ok lah, apa-apa hal pun, aku nak kasi award tak seberapa ni kat my 100th follower. 




The lucky people is...................


Thankz yaw !!

Sunday, May 8, 2011

join contest blog paling cool pulak~



Hari ni aku join 1 lagi contest


Plus mudah untuk memenuhi syarat-syaratnya, he3...
Contest kali ini aku di tag oleh miss adiela untuk join contest anjuran cik eyza. Thankz yaw miss adiela.
Untuk join contest ni kena buat 1 entri pasal this contest. Tapi before that kena follow dulu blog cik eyza. Lastly, tinggalkan link kat ruang comment entry cik penganjur besar, ho3...
Haa, hampir-hampir lupa pulak... Jangan lupa tag 5 orang bloggers. 


Cool ke tak, entah la blog aku ni. Yang sedang-sedang saja, ho3~
Yeah, sesi tag mentag bermula!!!


khairul d'zaman
diana yusof
bird fizousz
isz
nazrul


Selamat menjoin contest ini (^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...