artikel menarik

Saturday, May 7, 2011

kisah si siput vavi



Kenal tak haiwan apa kat atas tu? Jangan tak kenal sudah, he3... Itulah siput vavi yang aku jumpa tadi. Siput vavi?? Bukan sebab aku nak ejek orang yang tak dak gigi depan, saja ja sebab tak nak eja siput babi. Whateva la cara sebut or panggil haiwan ni, janji haiwan yang sama. Memang lama dah aku tak nampak siput vavi ni, tapi kalau jumpa pun yang kecik-kecik ja. 

Pernah tak dengar teka-teki ni? Kenapa babi...hmm, nak panggil ba alif ba ya ka khinzir? Khinzir la sopan sikit, he3... Kenapa khinzir bila jalan dia tunduk? Teka-teki famous ni, macam yang semua orang tau dan kalau yang tak tau tu, sebabnya dia malu mak bapak dia khinzir. So, dalam kes siput vavi ni, kenapa dia jarang-jarang aku nampak? Aku tak pasti la pulak korang selalu nampak atau tak, tapi kat rumah aku dia tak pernah berkunjung lagi la. Ni pun aku jumpa kat rumah mak jang aku. Walaupun aku jarang nampak, tapi bukan sebab aku perak/jakun bila nampak siput vavi sampai nak buat entri. Sebenarnya, repot praktikal aku dah setel, so aku banyak lagho (buang masa dengan kerja yang sia-sia).

Siput vavi ni ada 1 masalah yang dah lama dia fikir, dari zaman nenek moyang dia lagi. Konfius samada dia vavi or siput. Vavi, siput? Siput, vavi? Sebab tu kita jarang nampak dia, dia menyorok malu. Lagi pun dia mana ada cermin nak tengok muka dia sama macam vavi or siput. Dia pun tak tau cermin tu amenda. 

Aku rasa ni la entri aku yang paling mengarut, tapi tak tau la kot-kot ada yang lebih mengarutssss. Kalau ada, bagi tau aku ek, ho3... Ok lah, kita masuk bab ilmiah ckit, ckit ja. Pernah tak dengar sate siput babi? Jeng jeng jeng, amenda tu? Tengok kat bawah ni haa...




Sate ni memang sinonim kat Indonesia. So, hati-hati la lepas ni kalau makan sate, he3... Mana tau lau tetiba rasa kenyal semacam ka, baik tanya tauke tu cepat-cepat kot-kot la kan termakan sate siput vavi.... (^^,)Y

Wednesday, May 4, 2011

saya join contest gambar desktop lappy~


Sebenarnya, aku tengah sibuk menyiapkan report praktikal. Dah taip tapi bila time nak ikut format tu yang leceh sikit. Saja la aku buat dalam mode santai sebab tak nak serabut. Sebab tu jugak la aku da masa nak berleha-leha kat sini, he3... So, tadi aku buat kunjungan balas then ternampak contest ni. Rasa macam nak join pulak, ngee~  Contest ni adalah anjuran penganjur di bawah, ho3...




Kalau nak join contest ni, just klik gambar atau pun word penganjur kat atas tu. Penganjur suruh print screen dekstop lappy or computer. So, setelah aku print screen, ini lah rupanya dektop lappy aku.




Lepas dah print screen kena cerita why pilih picture ni. Aku ni seorang peminat anime (otaku). Plus, nampak macam sopan ja pakai tudung walaupun ada anak rambut terkeluar sikit. Itu sebab dia tak pakai anak tudung,  nanti aku suruh dia betulkan, he3... Lagi pun, aku tak minat kalau nak letak muka sendiri atau muka sebenar orang lain as a desktop background. Nampak lapang ja kawasan dan sejuk mata memandang, sebab tu aku pilih picture ni.

Pasal ikon pulak, aku memang tak suka serabut banyak-banyak ikon kat desktop. Bukan semua yang kita nak guna. Even aku as a student, aku tak letak mic.word or excel or power point kat desktop, aku letak kat start panel. Memang dah buat had 1 baris ja ikon, kang kalau banyak-banyak, desktop background pun tak perlu pakai lagi dah sebab tak nampak dah backgroundnya.

So, setakat ni ja la answer sheet aku, he3... To cik penganjur, best la contest macam ni. Memang menarik untuk dijoin. Nak tag 2 orang bloggers pulak.  


Pinnn...pinn...pinn.... Anda sudah di tag, ho3~

Monday, May 2, 2011

'ON SEDU' dan SMS ke 32333


Anda mengalami masalah sedu? Tidak perlu gusar, hanya taip ON SEDU dan sms ke 32333. Ada tak iklan kat tv macam ni? Lama dah aku tak tengok tv. Dulu selalu sangat ada macam-macam on, on rindu, on bosan, on cintan, on lawak la macam-macam lagi, onta ja tak da lagi, ho3... Beberapa hari lepas tapi dalam minggu ni la jugak, aku asyik tersedu ja. Dah minum air pun tak jadi apa lagi. Teringat pulak cikgu aku cakap, kalau sedu tu tandanya nak membesar. Kalau membesar ke atas ok la, tapi membesar ke tepi, nope!! Tapi aku tau la tu bukannya betul pun, saja ja kot orang tua-tua cakap. Lepas tu, aku minum air sikit lagi baru stop tersedu-sedu tu. 

Aku pun buat sedikit pembacaan. Sikit ja, sebab macam la aku rajin sangat, he3... So, bahagian yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. 


Tapi, kebiasaannya diafram bergerak dengan sempurna. Apabila kita menarik nafas, ia akan bergerak ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila kita menghembuskan nafas pula, diafram akan bergerak ke atas untuk menolak udara keluar. Tetapi ada ketikanya diafram menjadi terganggu. Apabila ini berlaku, ia akan membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Akibatnya, udara turut ditelan melalui kerongkong dengan mengejut. Udara yang berebut-rebut masuk itu akan melanggar kotak suara, maka terhasil la bunyi 'hik hik' .

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara apabila makan secara gelojoh, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Sekiranya mengalami sedu yang teruk (berterusan), ianya adalah akibat lebihan asid perut yang dirembeskan. Lebihan asid ni adalah disebabkan perubahan tidur yang tidak menentu, waktu makan yang tidak menentu, pendek kata semua yang tak menentu la. Makan banyak makanan yang berasid atau minuman berkarbonat pun boleh menyebabkan asid perut dirembeskan secara berlebihan. 

Ada orang yang kata, sedu boleh dihentikan dengan cara mengejutkan seseorang yang tengah tersedu-sedu tu. Mau nya dia ada sakit jantung, tak ke haru pulak kalau dia kena serangan jantung, so biar ja lah sedu tu bunyi seminit dua. Pendapat lain pulak, suruh tahan nafas then kira sampai sepuluh dan segera minum segelas air atau pun makan satu sudu teh gula/madu. Cara lain tak tau ada tak, cara yang kat atas pun aku tak pasti. Tapi kalau minum banyak air tu, memang berkesan. Kalau sedu berterusan walaupun dah macam-macam cara nak hilangkan, kena pi jumpa doktor ja la jawabnya. May be ada cara yang lebih efektif dan mujarab, kalau ada sapa-sapa yang tau boleh la kita berkongsi, ho3... Report praktikal aku tak habis edit ikut format lagi, so tata~

Sunday, May 1, 2011

tamat 5 bulan praktikal


Alhamdulillah syukur aku dah habis pun praktikal kat kilang gula 2 hari lepas. InsyaAllah lepas ni boleh la aku membersihkan segala sawang dan dan sarang labah-labah kat blog ni. Aku dah tak duduk kat sempadan, i'm back to the island, ho3... Mula-mula ingatkan tak sayu bila nak habis praktikal, tapi petang last day tu aku saja balik lewat, 6 lebih. Biasanya balik 5.15 tapi ni dah last buat kerja sama-sama dengan semua pak cik kat situ. Sempat la ambil gambar sekeping dua dan berusaha memasukkan topi keselamatan yang kaler oren tu dalam beg, banyak kali try sebab tak nak beg kembung semacam, malas nak pegang. Sebagai tanda kenang-kenangan la konon, he3... 

Tak tau apa yang mengsayukan kat situ cuma mungkin akan teringat balik masa-masa yang kami lalui bersama, he3... Lepas ni, mungkin aku akan rindu nak pi pasar malam samada isnin atau khamis, sebabnya nak makan nasi ayam singapore. Ho liao!! Mak cik yang selalu joging pagi-pagi tak serempak dah dengan kami yang naik motor pi sana pi sini. Dah tak boleh melepak kat kafe, minum petang sesama. Lepas ni, en.hashim kena buat kerja sendiri, saya dah tak da nak tolong buatkan. Dah tak dapat acar buah dari pak long dan mak long. Tak boleh dah pi kenduri yang selalu gak ada kat housing tu. 

Kompleks kilang dari pandangan atas

Ni la pak cik- pak cik yang ada petang tu, yang lain pi ambil sampel, ho3

Dan tak boleh lagi tolong buat analisis dan inspection sama-sama. Haa, satu lagi tak bersembang dah dengan training officer dan join program-program yang dia aturkan. Banyak lagi macam-macam benda yang tak boleh buat dah. Kalau ada kelapangan masa nanti boleh la pi melawat sana balik. Macam mana pun aku lega, sesi praktikal aku dah tamat dengan jayanya. Teori yang aku belajar pun relevan dengan kerja yang aku buat kat kilang ni. Boleh la aku berehat kat rumah pulak. Dari form 1-form 5 duduk kat hostel, masa diploma pun dan masa praktikal pun duduk jauh dari rumah. So, yang tinggal, nak hantar report praktikal dan tunggu keputusan untuk sambung degree, ho3... Apa-apa pun, home is the best remedy, blink2~

Saturday, April 16, 2011

semak warna urin anda~



Berdasarkan gambar di atas... Huh, macam nak tulis surat rasmi pulak kan?? Bukan niat aku nak kongsi kisah ada orang yang tak flush lepas masuk tandas walaupun aku pernah mengalaminya, tapi nak tunjukkan warna urin tu.  Kadang-kadang tu aku ragu-ragu gak, air tu memang keruh atau pun ada orang tak flush?? Penggunaan perkataan air kencing amat panjang untuk ditaip dan sedikit geli, so gunakan perkataan urin, he3... apasal kejap urin jernih kejap warna kuning sikit kan? Tu yang aku cuba nak kongsikan kat sini setelah lama aku menyepi dari dunia blogging, ho3~ 

Urin mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dengan apa yang masuk ke dalam tubuh. Selain air, urin mengandungi pelbagai garam bukan organik dan sebatian organik termasuk protin, hormon dan pelbagai jenis metabolite. Urin adalah larutan lutsinar yang boleh kelihatan dari tanpa warna (putih jernih) kepada warna tetapi biasanya kuning jernih. Cecair dan bahan yang ditapis oleh buah pinggang yang akan menjadi urin. Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang mengalami masalah jangkitan urin/saluran urin (urinary tract infection, UTI), urinnya adalah hampir tanpa warna. Urin boleh berbau hancing akibat tindakan bakteria dan kandungan ammonia akan memberi bau yang menyengat hidung hasil daripada penguraian urea (sebatian organik).

Warna kuning terang urin disebabkan oleh urokrom (pigmen yang memberi warna pada urin) dan juga penguraian bilirubin (pigmen kekuningan dalam hempedu) dan urobilin (pigmen hempedu yang dihasilkan oleh pengurangan bilirubin). Faktor lain wujudnya warna-warna berbeza urin adalah bergantung kepada jumlah air di dalam badan. 

Berikut adalah antara warna-warna urin :
  • Jernih - terlebih air, dianggap lebih sihat dari kekurangan air (dehidrasi).
  • Kuning/kuning bata cair - menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari darah.
  • Kuning bata - setelah makan sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium
  • Kilauan merah jambu - sekiranya memakan ubi bit, keadaan ini hanya sementara dan tidak berbahaya.
  • Hampir perang - mungkin merupakan simptom demam kuning.
  • Kuning gelap - menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi).
Kesimpulannya, minum la sky juice (air kosong) banyak-banyak dan tak payah risau pasal warna urin, kan senang. Lepas tu, satu lagi sebelum entri ni ditamatkan, jangan lupa flush ya selepas guna tandas. Untuk kebaikan dan kesihatan bersama gak~  (^^,)

Friday, March 25, 2011

charlie dan abangnya


Di suatu petang yang bosan lagi syahdu untuk melelapkan mata ni, aku yang sedang kebosanan berada di office pun mula menggunakan kemudahan internet yang sedia ada untuk post entri ni. Tapi internet hari ni ada problem la pulak, so sekarang entri ni dipos dengan internet broadband aku. Mujur laju sebab aku balik rumah hari ni, he3~ Aku nak share 2 video, pasal telatah charlie dan abangnya. Sharing is caring, ho3~ Amenda la aku merapu ni, layan... 



 Ha3, kesian kat abang charlie, kena gigit jari...baik gak abang dia ni, kalau tak mesti dah lama kepala charlie yang botak licin tu kena cepuk, ha3... Yang kat bawah ni pulak, versi autotuned. Sedap gak bila dah jadi lagu. Apa-apa pun, 'ouch'  tu mesti jelas. Enjoy watching this videos !!  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...