artikel menarik

Sunday, January 2, 2011

"si putih"


SI PUTIH. Maksudnya bukan si putih, Shiro, anjing peliharaan Shin Chan tu. Bukan nak bercerita pasal siapa-siapa yang aku bagi gelaran sebab berkulit putih. Bukan juga nak berbicara perihal cerita indon tu, bawang merah bawang putih. Sebenarnya maksud aku ialah tentang beberapa jenis makanan yang baik untuk kesihatan kita dan ianya berwarna putih, he3...
Tauge a.k.a Si Putih
Dulu waktu sekolah rendah, mesti ada projek yang tanam kacang hijau tu kan?? Lepas tak berapa lama, jadi la tauge, he3... Sayur ini mudah ditanam dan dijual dengan harga yang murah. Tauge selalu gak diasingkan time makan sedangkan kandungan kalium di dalamnya adalah tinggi dan amat baik untuk kesihatan jantung
Sengkuang a.k.a Si Putih

Hmm, sengkuang memang sedap walaupun makan macam tu ja dan bertambah sedap bila makan dengan kuah rojak. Ada pelbagai vitamin di dalam sengkuang, antaranya ialah vitamin A, B1 dan C, fosforus,Dalam perubatan Cna, sengkuang merupakan penawar untuk penyakit bronkitis. Ia juga boleh meredakan demam, selesema dan batuk.
Lobak Putih a.k.a Si Putih

Lobak putih ni adik beradik dengan lobak merah gak, cuma warnanya yang ketara berbeza. Aku tak pasti pulak Bugs Bunny makan lobak putih atau lobak merah, ho3... Sayur ni tak digemari oleh orang ramai tapi kandungan glikosida di dalamnya boleh menyembuhkan rasa pedih di dalam perut dan juga mengatasi insomnia. Jika dimakan dengan kerap, ia boleh mencerahkan kulit kerana terdapat vitamin C di dalamnya. Selain mengandungi
kandungan antioxidant, sayur ini juga mengandungi kandungan air, glukosa, sukrosa dan fruktosa yang banyak.
Tauhu a.k.a Si Putih

Tauhu ni memang sedap kalau goreng, tak pun kalau nak masak apa-apa pun senang. Sebab tu la tauhu ni boleh dianggap sebagai menu sajian harian. Dalam tauhu mengandungi khasiat zat minyak Omega 3 bagi membantu menurunkan kadar kolestrol dan sebagai sumber protein. Selain tu, ia juga mengandungi vitamin A, B dan E serta kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium.
Bawang putih a.k.a Si Putih

Biasanya bawang putih ni memang akan disisihkan ke tepi pinggan termasuklah aku walaupun bawang putih ada kebaikannya. Tapi kalau dah tergigit tu, aku telan ja. Ada gak kawan aku yang suka sangat bawang putih. Sebenarnya dengan memakan bawang putih, angin di dalam badan boleh dikeluarkan. Ia boleh meningkat kan penghasilan hydrogen sulphide yang berfungsi melancarkan aliran darah dalam badan. Selain itu, ia juga boleh menjadi penawar batuk, tekanan darah tinggi serta menguatkan otot badan dan melambatkan penuaan.

Saturday, January 1, 2011

segumpal kata

* Apa punya tajuk entri la, biar ah...layan~
Rumah flat banyak blok,
Haish..dah lama aku tak berblog. (^^,)
Mulai 29 Nov 2010 hari tu adalah 1st day aku lapor diri untuk praktikal. Praktikal aku akan mengambil masa selama 5 bulan hinggalah 29 April 2011. Tarikh 29 November 2010 tu telah menggenapkan usia aku kepada 20 tahun. Tapi nak buat macam mana, tak dapat disambut sebabnya sibuk bersiap siaga nak p praktikal di kedah. So far, praktikal aku berjalan lancar la, tiada sebarang apa-apa masalah lagi dan harapnya sampai habis pun macam tu gak. Rumah pun dekat ja dengan kilang tu plus air dan elektrik pun free. Pendek kata semua free lah, kecuali makan ja la he3. Air dengan elektrik free sebab kilang tu jana sendiri. Tapi yang menyebabkan aku tak dapat nak berblog ni sebab internet sangat la slow di sana. Alang-alang aku dah balik rumah, baik aku gunakan bb (broadband) aku sebaiknya, ngeh3. Aku akan post entri tertunggak aku tu, nantikannya ya. Aku biasanya balik dalam 2 minggu sekali, so may be bila balik rumah ja kot aku boleh post banyak entri baru dan yang tertunggak, hu3. Sempena tahun baru 2011 ni, aku ambil kesempatan untuk ucap Selamat Menyambut Tahun Baru pada semua yang membaca blog aku tak pun entri ni. Orang lain selalunya akan merumuskan semua yang berlaku pada tahun 2010 so, aku pun nak buat macam tu la, 1 entri yang caca-marba (macam-macam). Kesimpulannya 2010 memang banyak gak benda yang berlaku dalam hidup aku dan aku harap tahun 2011 ni aku dapat melaluinya dengan sebaik mungkin. Good luck for your future undertakings and strive for money (ucapan untuk diri sendiri, kui3). Haa, 1 lagi aku harap permohonan UPU aku yang akan dibuka 10 Jan ni berjaya !!!

Sunday, November 28, 2010

result yang ditunggu...

26 November 2010

Kul 12 am tadi aku dok la mengadap laptop, nak tunggu result, tunggu punya tunggu tak da gak.

my Presario CQ40, dok menghadap laptop ni la

So, dah 12 suku aku pun malas dah nak tunggu, terus offline and shutdown. Pas subuh tadi pun check gak, tengok2 tak da gak lagi, adoi. Lama sangat dah tunggu ni. Kata 26hb so 12 am pn dh 26hb kan, apa aku peduli (selfish betoi, he3). So, aku pun berfesbuk la kejap. Tengok2, wah ramainya member2 aku yang online gak, semuanya sebab nak tunggu result, sementara tu kitorang pun merapu2 la dulu di ruangan chat, ho3. Rupa-rupanya kitorang ni tak perasan yang kat webpage tu dah tulis result keluar 26hb Nov, 10.30 am, layan. Tepat ja 10.30 aku terus taip i/c no dan matrix no. 1st klik, keluar "keputusan baik" pas tu aku klik "lihat keputusan".

Jeng jeng jeng....

Sekali tengok, Alhamdulillah. Aku dapat 3.87 PNM, 3.89 untuk HPNM. Termakbul la doa aku supaya sem ni pointer tu naik sikit. Dulu semakin naik sem, semakin turun pointer aku tapi mujur still AKJ, he3. Lega dah boleh relax tinggal nak print ja dan bersedia untuk praktikal. Thanks sangat pada family aku, tenaga pengajar dan juga kawan2 aku......

(^^,)

aku dah lama taip dah tapi malas nak habiskan so dipostpone..kui3

Friday, November 26, 2010

silent killer

Nowadays we can see many smokers out there. They consist of various age, from as early as middle school students until the age of the oldest. Smoking is not only dangerous for smokers but also those around them. Are they not aware of it or just turn a pair of blind eyes and deaf ?? Let us look at the video below about the adverse effects that happen to smokers....
After watching this video, do you want to quit or continue smoking? It was scary, imagine your lungs in such that way. I never want that lung,hu3... Take time to think and ponder your future and those around you.

curious but nervous

Hari ni 25 Nov 2010, maknanya esok 26 Nov 2010. Esok, result final exam aku untuk sem 5 akan dikeluarkan, hu3. Sem ni sekejap sangat jawab exam sebab straight 3 paper terus. Lepas tu baru sambung lagi 2 paper. Time nak jawab exam, mulanya rasa cam biasa ja pas tu risau sikit, boleh ke buat. Tapi bila dah jawab, ish cepat la habis, dah tak sabar nak tau result. Ya la, dah kalau kita buat something mesti la kita nak tau apa keputusannya, pada aku la, orang lain tak tau la macam mana diorang fikir. Terasa macam nak test power, konon la, ha3. Almaklumla, dah belajar 1 sem, berapa banyak ja yang lekat kat kepala.
Tinggal tak sampai 24 jam lagi pun dah. lebih kurang 10 jam ja lagi. Jap g kul 12 am aku nak bersiap siaga dah depan my lappy. Dah 2 minggu sejak aku punya last paper, selama masa tu gak la aku tertanya-tanya berapa la PNM dan HPNM aku sem ni. Nak bajet sendiri pun tak tau sebab sem ni aku main jawab ja, layan~ Tengah malam ni kena la bersedia dari segi mental dan fizikal untuk klik nak tengok result aku tu, ho3.
Kalau boleh nak maintain la yang sem lepas tu tapi kalau better dari sem lepas lagi bagus. Lagi pun sem depan aku dah tak ambil final exam sebabnya nak g praktikal sudah. Harap-harap dapat la AKJ lagi sem ni, satu lagi aku pun harap kawan-kawan aku semua akan pas dengan jayanya. Semoga segala usaha aku sem ni berbaloi....

Thursday, November 25, 2010

coklat yang mahal di dunia

Korang pernah makan tak salah satu coklat kat bawah ni? Baru dikira dalam pound, kalau tulis ringgit malaysia, memang lagi terkejut la kan. Coklat ni bukan ferrero rocher, van houston, toblerone. Semua bukan. Yang mahal, kat bawah ni.


CHOCOPOLOGIE
Creator : Knipschildt
Harga : $ 2600/pound
Location : Norwalk, Connecticut

Dicipta oleh Fritz Knipschildt, seorang chef yang mendapat pendidikan kulinarinya di Denmark pada tahun 1999. Knipschildt mencipta satu coklat yang paling sedap di dunia. Ianya amat berharga bagi sepotong coklat iaitu Truffle coklat gelap iaitu $ 250 dengan Truffle hitam Perancis di dalamnya (dalm gambar). Ianya juga merupakan Truffle yang istimewa, hanya ada jika ditempah awal, terutamanya apabila terdiri daripada 70 % koko Valhrona dan dicampurkan ke dalam ganache (coklat/krim cair yang digunakan untuk menyalut) dan minyak Truffle. Truffle yang diuli dengan tangan adalah paling berkualiti dan akhirnya ditabur dengan serbuk koko.

NOKA
Creator : Noka Vintages Collection
Harga : $ 854/pound
Location : Dallas, Texas

Satu kompilasi terbaik yang diperolehi dari ladang terpilih di Venezuela, CA'te d'Ivoire, Trinidad dan Ecuador, coklat Noka adalah yang kedua paling mahal di dunia. Ianya terdiri daripada 75 % asli, sepenuhnya dari koko dengan bahan-bahan lain seperti mentega koko dan gula. Satu fakta menakjubkan tentang pengeluar coklat ini ialah mereka tidak menambah mana-mana jenis bahan pengemulsi dan perisa vanila.


DELAFEE
Creator: Delfee
Harga : $ 504/pound
Location : Neuchatel, Switzerland

Bagi golongan wanita yang meminati emas, Delafee adalah coklat yang perlu dicuba. Ini kerana coklat ini dibuat dengan menyalut serpihan 24K emas yang boleh dimakan untuk setiap praline dengan tangan. Jika tidak, ia hanyalah terdiri daripada gula, minyak kelapa, mentega koko, susu tepung dan vanila.


RICHART
Creator : Richart
Harga : $ 120/pound
Location : Lyon, France

Coklat Richart mungkin merupakan coklat keempat termahal di dunia. Tetapi ianya terdiri daripada koko Criollo dari Venezuela yang dianggap sebagai koko yang berkualiti tinggi di dunia. Koko yang digunakan dalam coklat dikisar halus untuk memberikan rasa halus bagi penggemar coklat. Untuk menyerasikan dengan coklat yang terbaik, badam terbaik, rasberi, strawberi dan spesis ekzotik yang lain digunakan.


GODIVA
Creator : Godiva, 'G' Collection
Harga : $ 117/pound
Location : New York City, New York


Dengan asal-usulnya dari Belgium, seorang pembuat coklat yang terkenal, Godiva memperkenalkan coklat 'G' Collection baru-baru ini. Kesemua coklat dari 'G' Collection adalah terdiri daripada pelbagai bahan dan rasa seperti Palet d'Or, Tasmanian Honey dan Mexican Hot Chocholate. Aroma coklat bergantung kepada jenis bon-bon yang dihasilkan.

Gila mahal punya coklat-coklat ni kan. Kalau dah beli coklat mahal, lepas tu ada masalah kaviti, memang rosak lah gigi tu. Memang tak tau nak cakap apa la kan. So, lepas makan benda-benda yang manis macam coklat, gosoklah gigi anda, he3...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...